COVER STORY

Lilyana Abdul Latif, CEO MyNEF.. Trend Industri Terkini & Tips Menjadi Entrepreneur Berjaya

Kali pertama diperkenalkan kepada wanita ini, saya yakin dialah personaliti yang mahu saya ketengahkan bulan berikutnya. Sebagai CEO sebuah Yayasan  yang ‘penting’ buat ahli perniagaan, saya amat terpanggil untuk menemuramahnya. Dua minggu selepas itu, saya hadir di satu majlis usahawan, dan wanita ini bertindak sebagai moderator. Bagus sekali pengisian dan soalan-soalan yang dikemukakan kepada tetamu-tetamunya. Begitulah saya rasa tidak sabar membawa dia ke studio untuk bergambar lantas menemuramahnya.

Siapa Lilyana?

Lilyana Abdul Latif mendapat pendidikan awal di SMK Assunta.  Tamat tingkatan lima beliau menyambung pengajian di PPP (Pusat Pendidikan Persediaan), UiTM. Dua tahun di dalam program ini sebelum dihantar ke Amerika Syarikat, belajar di dalam bidang Sains Komputer.  Ibunya pernah bertugas sebagai guru besar dan ayahnya bekas Juruterbang MAS.

Memulakan kerja sebagai ahli perniagaan pada 2002, setelah lima tahun dalam dunia korporat yang disebutnya sebagai ‘corporate frustrations’. “Kawan-kawan menggelar saya sebagai Serial Entrepreneur. Syarikat pertama yang saya tubuhkan ialah Aleph One Sdn Bhd. Aleph One menjalankan perniagaan dengan memberi perkhidmatan melatih korporat, juga perkhidmatan web dan perkhidmatan pembangunan. Selain itu Aleph One menguruskan perkhidmatan pengurusan projek malah pada satu ketika memberikan perkhidmatan pengurusan untuk mengadakan majlis-majlis.

Kami juga mempunyai klien, antaranya Khazanah Nasional, Petronas, Maybank, CIMB dan beberapa agensi kerajaan. Saya juga menjadi rakan kongsi kepada beberapa individu yang mahu memulakan syarikat,  sesetengahnya kini masih dalam operasi, dan sesetengahnya juga sudah tutup kedai.

“Businesses are like that – some make it, and many do not. But for me, the journey allowed me to learn about working with people: partners, employees, all manner of clients and suppliers. I like the excitement of starting new things and I am very comfortable in ‘unknown” situations’, and I get energised by situations that allow me to create new rules, and new things.

Hari ini Lilyana ialah Pengarah Urusan kepada Yayasan MyNEF (‘a private “not-for-profit” foundation called “New Entrepreneurs Foundation (MyNEF)”. Our mandate is to grow the tech industry in Malaysia and to continually cultivate new technopreneurs.

Tugas beliau antara lain menjalankan program-program yang dapat meningkatkan kemahiran teknopreneur dalam dunia perniagaan, juga dalam dunia teknologi, “We help tech companies “connect-the-dots” towards funding and capitalisation, media awareness, and access to markets and partnerships. Our activities are not bound to Malaysia – we also have partners, and run programmes, across South East Asia,” kata Lilyana.

“Sebagai CEO MyNEF, saya menguruskan sepasukan kecil para pengarah-pengarah program, pengurus-pengurus projek dan pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Tugas saya memerlukan saya sentiasa dalam usaha untuk mendapatkan kolaborasi dan rakan kongsi yang membolehkan Yayasan ini mencapai mandatnya dengan berkesan.  “I am ultimately responsible for securing projects, and benefactors so that we are sufficiently funded.” katanya.

“Yang menarik dan paling seronok mengenai  tugas saya ini, ia memberikan saya peluang berkerjasama dengan individu-individu yang bijaksana, waktu sama membantu syarikat-syarikat tekno berkembang maju. Setiap kali kami memberi khidmat nasihat dan konsultasi memulakan perniagaan, kami sendiri dapat menambah ilmu dalam hal-hal yang bersangkutan, mengenai teknologi terkini dan proses teknologi yang ‘menimbulkan gangguan baru’, dalam bahasa Inggerinya, ‘new disruptive’’.

Pabila ditanya tentang projek yang Lilyana jalankan,  katanya, “Oh maaan, we run many projects concurrently at MyNEF! We have short-term programmes, long-term programmes, small meetups to large scale events. But perhaps there are one programme that I would like to talk about.

The first is ASEAN Rice Bowl Startup Awards. The Rice Bowl gets about 1000 startup nominations across South East Asia every year. All 10 countries in ASEAN celebrate their own Rice Bowl Startup Awards in their own country. And once the National-level winners are announced, they continue to compete at the regional level. MyNEF works with country-level partner each year to run the regional awards gala night.

The benefit of the ASEAN Rice Bowl Startup Awards are 2-fold: one, the media attention that a startup gets in their own country. If they become winners at the regional level, they usually get regional coverage also. The 2nd benefit is our Investor Matching programme. Every year, we get about USD20-30 million in investor initial pledges and about half of that amount will close, meaning startups get their additional funding.”

Pernahkah Puan menghadapi masa kegagalan dan faktor yang paling terkesan kerana kegagalan itu? Dan bagaimana  bangkit semula?

I have failed many times in life – but I never regret the actions that led to the failure. I keep moving forward – but I make sure I LEARN from my failures.”

Sebagai CEO sudah pasti Lilyana perlu tahu tentang trend-trend terkini. “Bagaimana Puan ‘stay up to date with the latest industry trends?”

Jawapannya ringkas, “saya banyak menonton video. Saya juga membaca blog-blog atau online media dan paling penting saya mendengar apa kehendak semasa para pelanggan dan mendengar apa kata rakan kongsi. Juga mengambil tahu tentang kerjayanya. Be conscious and deliberate to climb and pursue your career path,” sambungnya.

Dan bila ditanya, bagaimana untuk berjaya dalam kerjaya dari kaca mata seorang CEO, ini jawapan Lilyana, “take charge’ over your career. Be conscious and deliberate to climb and pursue your career path. Don’t take your job as just something that pays your salary. Love what you do. Grow what you know. When your boss asks you to do tasks – don’t solve it for your boss. Solve it for your “boss’ boss”. Then, you are being truly helpful to your boss. Develop problem-solving skills. Get comfortable with tech. Terakhir katanya,  “Pastikan skil komunikasi anda adalah baik, yes develop good communication skills.”

Ditanya lagi sebagai CEO, apa tiga perkara yang sangat penting pada masa depan syarikat dan yang membuatnya barangkali berjaga malam untuk memikirkan?

Lilyana ada tiga jawapan. Pertama, katanya, “Bolehkah saya membayar gaji-gaji mereka setiap hujung bulan? Kedua, bolehkah saya memberi inspirasi kepada anak-anak buah saya?  Dan ketiga, bolehkah saya mengembangkan perniagaan ini?

Saya juga meminta  Lilyana memberi tips-tips untuk berjaya sebagai entrepreneur. Nasihatnya, ‘Be nice to people. Be genuinely concerned over your customer’s pains. Be financially-literate. Always be aware if gaps and opportunities dan sentiasa menimba ilmu.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Bercakap mengenai kemelesetan ekonomi yang kian dirasa oleh rakyat jelata dan apa yang setiap ahli masyarakat boleh bantu menaikkan taraf hidup, Lilyana tegas memberitahu, “Menambah kualiti hidup bukan bermakna menambah kekayaan. Sebaliknya dengan menambah ilmu pengetahuan, mengurangkan jenayah, menyediakan akses untuk pendidikan dan kesihatan khasnya. Kemerosotan ekonomi terjadi kerana pelbagai sebab dan eleman – ia mungkin disebabkan defisit perdagangan (lebih kepada import daripada eksport), krisis matawang, produktiviti yang menjunam, kegagalan negara untuk bersaing dengan perdagangan antarabangsa  dan sebagainya. Tetapi di Malaysia masalah utamanya, ialah kita selalu menyalahkan orang lain, menyalahkan kerajaan, – as if we are just bystanders to the economic slump or crisis.”

“Kita mahukan lebih kekayaan – tetapi bila berniaga kita tidak mahu membayar gaji yang tinggi kepada pekerja. Kita mahukan gaji yang tinggi tetapi kita tidak mahu membayar cukai. Bila cukai rendah, sekolah-sekolah tidak dapat dibina, infrastruktur tidak dapat dikerahkan, dan kita tidak dapat membayar gaji yang tinggi kepada penggerak kepada pemacu ekonomi seperti guru-guru, pakar perubatan tempatan dan polis umpamanya.”

Kata Lilyana lagi, “Setiap ahli masyarakat mempunyai peranan masing-masing di dalam dunia yang amat kompetitif ini.  Setiap orang perlu, “up their game” or “raise the bar”. Kalau anda seorang guru katakan, anda perlu menjadi seorang pendidik atau mentor. Andai anda doktor, jadilah pakar yang dikenali seantero dan andai anda berkerja sebagai pemunggah sampah, banggalah bahawa anda berjaya menjaga kebersihan di kawasan sekitar kejiranan.”

Saya juga terpanggil bertanya akan apa bentuk perniagaan yang dirasakan terbaik untuk disertai sekarang. CEO MyNEF ada jawapannya, “Bisnes yang ada ‘CLEAR gap and you have the ability to FILL that gap.’ Contoh, anda baru sahaja berpindah di kawasan perumahan yang baru. Anda melihat jiran-jiran yang  mula menduduki kawasan itu. Apa yang mereka perlukan untuk hari-hari permulaan di situ dan juga pada hari minggu? Pada saya ialah makanan contohnya, Nasi Lemak. You will have a captured monopoly … for a while at least. Maksud saya, there is no such thing as the “perfect” business. Owning a business is like having a child. You grow it, you love it, you put a lot of energy into it and get to watch it grow and scale.”

Pada saya yang tidak punya wang, bolehkah saya mulakan perniagaan dan bagaimana pula caranya?
Tegas beliau membalasnya,  Let’s be realistic, you MUST have SOME money to start a business – sebab kalau nak daftar syarikat pun kena ada duit. Pada pendapat saya, paling kurang jika hendak mulakan apa-apa perniagaan – you need some SEED capital makna paling tidak sedikit modal.

Di Malaysia ini anda boleh memulakan perniagaan, mungkin dengan modal sebanyak RM30,000. Caranya, anda boleh memperuntukkan sebanyak RM5,000 untuk modal awal ‘setups’ (guaman dan pendaftaran syarikat, kad perniagaan,  emel korporat dan sebagainya) – dan anda perlu juga memperuntukan lagi RM5,000 untuk membayar gaji sendiri untuk lima bulan mendatang. Supaya dalam masa lima bulan itu, anda mesti mencari jalan untuk menjual sesuatu yang mana paling kurang memberikan anda (net) untuk bulan-bulan selepas itu.  Jadi, sekiranya anda berazam untuk memulakan syarikat Pengurusan Korporat misalnya, maka dapatkan syarikat untuk membeli perkhidmatan pengurusan untuk syarikat mereka. Rata-rata kini purata penyelia korporat boleh mengenakan caj sebanyak RM3500 sehari (atau lebih). Justeru andai hanya mendapat cuma dua hari untuk penyeliaan latihan tadi, syarikat sudah pun memperolehi  RM7000. Anda memperuntukkan kos bahan latihan dan buku nota, sijil dan lain-lainnya sebanyak RM2000, anda masih mendapat RM5000 net, untuk membayar gaji anda. Daripada itu, anda mungkin mahu menambah nilai kepada jenama latihan dan seterusnya besar kemungkinan anda akan mendapat lebih banyak kerja-kerja latihan, dan boleh mengaji pekerja, mampu membayar sewa, penyelenggaraan pejabat dan sebagainya.

“Ini hanya satu contoh dan ada berjuta cara membuat duit sebenarnya.  If you have NEVER done any business before, you SHOULD explore basics of business planning, financial projection and your OPTIONS to expand your ideas for a business. Jangan berhenti daripada bekerja (kalau makan gaji misalnya) sehinggalah anda sudah ada jalan pasti untuk memulakan perniagaan. Selain daripada itu nasihat saya ialah, bukalah mata dan bukalah telinga untuk sebarang peluang, buat baik, dan sentiasa mahu belajar daripada orang lain.

Cukup dengan cerita berniaga, tentu anda mahu tahu apa yang wanita ini lakukan pada masa lapang dan bagaimana dia relaks,  ke mana berpergian?

“Bagi saya banyak cara hendak rileks. Menghabiskan masa dengan anak-anak ‘actually relaxes me’. Saya ada banyak projek dengan ketiga-tiga anak saya, antara lain membuat buku-buku untuk mereka, mengajar bagaimana untuk melukis atau sketch, main game Mindcraft atau Roblox  – atau cuma keluar makan-makan dan bercerita dengan mereka, Ya, ke Spa, itu pun kalau berkesempatan – saya akan menghilangkan diri selama dua hingga empat jam ‘for some ‘me’ time di spa-spa sekitar Klang Valley.  Saya juga tengok movie atau dokumentari di Netflix.”

Diolah Oleh: Wirda Adnan.

Gambar Steve Ou

Mekap dan dandanan Nabil (012 6202068) menggunakan MAC

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Mas Idayu – Disukai Dibenci

admin

Adelin Dato’ Azman Happy Girls Are The Prettiest

admin

Julia Jamal & Lynn Alias

admin

Leave a Comment