GAYA HIDUPSIHAT

Labu Kuning Kaya Khasiat. Digalakkan Sejak Zaman Rasulullah

Abu Talut mengkhabarkan, “Aku pernah menemui Anas bin Malik makan labu sambil berkata, “Sungguh engkau berasal dari pohon yang paling ku sukai, kerana Rasulullah SAW amat menyukaimu.””

Dalam al Ghailaniyyat disebut daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya, daripada Aisyah r.a, “Rasulullah SAW pernah berkata kepadaku, “Wahai Aisyah, jika engkau memasak makanan, banyakkan labu, sesungguhnya labu itu boleh mengubat kesedihan.”

Kandungan Nutrisi Labu Kuning

Labu kuning kaya nutrisi seperti kalium, antioksidan dan vitamin. Nutrisi dalam satu cangkir labu kuning rebus tanpa garam antara lain;

  • 49 kalori
  • 1,76 gram protein
  • 0,17 gram lemak
  • 12 gram karbohidrat
  • 2.7 gram serat
  • 5.1 gram gula
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10834″][thb_gap height=”20″]
Kari kentang bersama labu kuning (gambar Pinterest)
[thb_gap height=”40″]

Mengambil satu cangkir labu kuning dapat memenuhi keperluan seperti berikut;

  • Vitamin A lebih daripada 100 peratus
  • Vitamin C 20 peratus
  • Vitamin E, riboflavin, kalium, tembaga dan mangnesium hingga 10 peratus 
  • Thamin, B6, folat, asam pantotenat, niasin, besi, magnesium dan fosfor lima peratus

Selain itu, labu kuning juga bagus kerana;

  1. Rendah Kalori dan Tinggi Serat

Mahu menurunkan berat badan? Labu boleh dijadikan pilihan yang tepat untuk makanan diet. Selain sedap, ia membantu menurunkan berat badan kerana rendah kalori dan karbohidrat. Labu kuning juga membuat anda merasa kenyang lebih lama. Ini disebabkan labu memiliki kandungan serat yang cukup tinggi yang berfungsi untuk memperlambat proses pencernaan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10835″][thb_gap height=”20″]
Kek labu kuning (gambar Pinterest)
[thb_gap height=”40″]

2. Cantikkan Kulit

Labu kuning dikatakan merawat kecantikan kulit. Kaya pelbagai vitamin, mineral, serat, dan antioksidan yang diperlukan tubuh agar tetap sihat dan muda. Kandungan beta-karoten dalam labu menghasilkan antioksidan yang baik untuk menangkal radikal bebas dan mencegah radiasi daripada sinar UV, justeru lebih awet muda.

3. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

Kandungan vitamin A yang tinggi dalam labu kuning boleh membantu tubuh melawan infeksi, virus dan penyakit daripada menular. Minyak labu membantu melawan pelbagai jenis infeksi bakteria dan jamur. Tidak hanya itu, labu kuning juga mengandung hampir 20 peratus jumlah vitamin C harian yang disarankan. Hal ini membantu kamu pulih dengan lebih cepat. Disarankan makan sup labu kuning terutama jika cuaca sejuk kerana dapat mencegah selesema dan batuk.

4. Menajamkan Penglihatan

Kandungan beta-karoten yang terdapat dalam labu menjadikan buah ini kaya vitamin A yang berfungsi membantu retina menyerap dan memproses cahaya. Penurunan fungsi retina boleh menyebabkan kebutaan jika tidak ditangani dengan baik. Selain itu, labu kuning juga mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua antioksidan yang membantu mencegah katarak, bahkan memperlambat perkembangan degenerasi makula.

5. Menurunkan Tekanan Darah

Labu kuning sangat kaya kalium. Mengambil makanan yang mengandung kalium sama pentingnya dengan mengurangi asupan natrium untuk menurunkan tekanan darah. Asupan kalium ke dalam tubuh juga mengurangi kemungkinan diserang strok, pembentukan batu ginjal, dan mempertahankan kepadatan tulang.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10836″][thb_gap height=”20″]
Sup labu kuning (gambar Pinterest)
[thb_gap height=”40″]

6. Membantu Pertumbuhan Tulang

Labu kuning sesuai untuk tulang kerana kandungan kalsium di dalamnya dapat memastikan tulang lebih sihat dan tumbuh dengan baik. Sesuai sekali diberikan kepada anak kecil untuk tumbesaran.

7. Baik untuk Gigi

Selain tulang, buah labu kuning dikata elok untuk gigi. Pengambilan labu kuning memastikan ia memberi nutrisi gigi agar lebih kuat dan sihat.

8. Memelihara Kesihatan Jantung

Kandungan folat, karotenoid dan magnesium dalam labu kuning sangat baik untuk kesihatan jantung. Magnesium akan bekerja merehatkan pembuluh darah sehingga dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah terjadinya penyakit strok dan serangan jantung. Selain itu, labu kuning juga dapat mencegah terjadinya aterosklerosis yaitu suatu keadaan dinding pembuluh darah arteri mengeras akibat penumpukan lemak pada dinding dalamnya.

9. Anti Inflamasi

Labu kuning juga berfungsi sebagai makanan anti inflamasi. Labu  meredakan nyeri yang dirasakan di beberapa bahagian tubuh.

10. Mencegah Kanser

Kandungan beta-karoten yang tinggi pada labu selain untuk mata dan kulit, juga ternyata membantu melawan kanser. Penelitian menunjukkan orang yang mengambil makanan yang kaya beta-karoten memiliki risiko lebih rendah terhadap beberapa jenis kanser terutama kanser prostat dan kanser paru-paru. Selain itu kandungan antioksidan daripada vitamin A dan C dalam labu kuning bertindak sebagai pelindung sel dalam tubuh untuk melawan radikal bebas penyebab kanser.

Related posts

The OPPO Reno6 Series Making Every Shot Magical

admin

Melawan Haba Dan Cuaca Panas? Ini Beberapa Langkah Menyejukkan Ruang Kediaman
Tanpa Penghawa Dingin!

adminwm

Could we BE any more excited?

admin

Leave a Comment