GAYA HIDUPMelancong

Kemeriahan Deepavali Masih Terasa – Menarik di The Little India, Klang!

Negeri Selangor sebuah Negeri di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum, budaya dan warisan. Asal usul nama Daerah Klang adalah perkataan dalam Bahasa Mon-Khymer iaitu “Klong”. Nama Klong didefinisikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden, seorang orientalis dan ahli Bahasa yang pakar dalam Bahasa Melayu mengenai Klang yang merupakan sebuah Pelabuhan yang menempatkan banyak gudang.

Tourism Selangor menyenaraikan Program Hos Komuniti Selangor yang boleh dilakukan di The Little India yang terletak di Jalan Tengku Kelana, Klang. Jom kita terokai aktiviti-aktiviti Hos Komuniti yang menarik untuk anda cuba sekiranya sampai ke Daerah Klang;

Sarapan Pagi di Love Mom Restaurant

Kira-kira 30 tahun lalu, pemilik restoran Love Mom atau lebih “Mummy” sangat dikenali di kawasan Lorong Menalu, Taman Chi Liung, Klang telah memulakan perniagaannya sendiri yang dahulunya dikenali sebagai Klang Curry House. Masakan di sini mengikut resipi turun-temurun daripada ibunya yang berasal dari Sri Lanka. Pelbagai pilihan sarapan pagi ditawarkan, antaranya idli, vadai, chapati dan puri. Anda juga pesan menu lain seperti roti canai, thosai dan appam. Semestinya sarapan pagi anda sungguh menyelerakan!

Singgah ke Kuil Sri Nagara Thendayuthupani

Kuil Sri Nagara Thendayuthupani merupakan kuil Hindu tertua di Klang, Selangor. Kuil yang berusia lebih daripada 150 tahun ini dikendalikan oleh komuniti Nagarathar atau Nattukottai Chettiar di sini. Kuil ini terletak di Jalan Bukit Jawa berdekatan dengan Little India, Klang ini juga dikenali sebagai Kuil Sree Raja Rajeswary dan berfungsi sebagai tempat kebudayaan bagi penganut Hindu di Daerah Klang. Saksikan sendiri upacara dan

Kenali Pakaian Tradisional Kaum India di Sri Kumarans Silk Saree!

Sri Kumarans Silk Saree terletak di Little India, Klang yang menjual pelbagai jenis saree, yang merupakan pakaian tradisional perempuan bagi kaum India. Anda berpeluang untuk menyarung sendiri pakaian tradisional yang berwarna-warni ini serta mengenali dengan lebih lanjut tentang ciri khusus pakaian tradisional ini, sama ada dari jenis Saree atau Dhoti. Selain itu, anda juga boleh membeli permaidani, langsir, cadar dan banyak lagi di sini!

Belajar Menganyam Kalungan Bunga di Boothan Florist!

Bunga salah satu elemen yang penting bagi penganut agama Hindu. Bunga, terutamanya yang telah dianyam menjadi kalung selalunya digunakan sempena perayaan penting seperti Deepavali, Thaipusam dan banyak lagi! Menariknya lagi, sekiranya anda sertai aktiviti Hos Komuniti ini, anda berpeluang untuk mempelajari caramenganyam kalungan bunga yang seringkali kita lihat semasa perayaan-perayaan yang telah disebutkan.

Related posts

Resipi Bubur Oat Untuk Pesakit Diabetes

admin

SINDROM DOWN TIDAK ADA PENAWAR, 1 DARI 1,000 BAYI DILAHIRKAN SETIAP TAHUN

adminwm

Janji Allah

adminwm

Leave a Comment