FESYEN

Semarak Fesyen Self Portrait

Nama Han Chong mungkin kurang popular di Malaysia, tetapi pereka ini telah beraksi cemerlang di lapangan fesyen antarabangsa. Anak muda kelahiran Pulau Pinang ini tidak memandang ke belakang lagi dalam menyusun atur strategi agar jenamanya pantas bergerak seiring arus peredaran masa kini untuk mendapat tempat di dalam arena fesyen global.

Dari barisan selebriti A list sehinggalah ke keluarga di Raja Britain Kate Middleton yang dilihat menyarung helaian daripada Self Portrait. Label ini juga tidak takut untuk menggunakan supermodel Bella Hadid sebagai penghias kempen buat koleksi musim panas 2022. Jenama ini sekali lagi mencuri tumpuan dengan menggunakan model hi demand Irina Shayk sebagai penghias kempen koleksi resort 2022 lantas menjadikan populariti buat jenama ini kian bertambah.

Tidak berhenti di situ, berbekalkan visi dan halatuju yang kuat jenama ini, Self Portrait telah diberikan penghormatan untuk mengadakan satu parti di Mayfair London bersama Vogue British yang dihoskan sendiri oleh editornya Edward Enninful bersama Irina Shayk. Majlis yang serba glamor ini turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal Liam Payne dan Maya Henry, Jean Campbell, Lila Moss dan ramai lagi.

Sedikit Mengenai Self Portrait
Dilancarkan pada 2013 Self Portrait mendapat perhatian mendadak media, antara sebab kerana strategi harganya yang bersederhana, dan menjadi pilihan Kristen Stewart, Reese Witherspoon, Rachel McAdam dan Beyonce – memakainya ketika hadir di Wimbledon 2016.

Pada 2016 Self-Portrait dicalonkan oleh British Fashion Council untuk Anugerah ‘British Emerging Talent’. Pada November 2018 Chong melancarkan biasiswa lima tahun membantu pelajar Sarjana Fesyen Saint Martins Pusat yang mana setiap tahun penerimanya akan juga mendapat akses ‘mentorship’ daripada Self Portrait

Related posts

LOEWE’s Flamenco new supersized and nanosized designs

admin

LILIT. x Nurita Harith Evokes Festive Sentimentality With its New Collaborative Collection

adminwm

Uniqlo U 2023 Spring/Summer Collection

admin

Leave a Comment