FESYEN

10 Jenis Tas Tangan Yang Patut Ada Dalam Gerobok Anda

[thb_image alignment=”center” image=”4386″ img_size=”medium”]

“If the handbag could think, it would have a terrific inferiority feeling, because, not having been bought, it would feel useless” – Erich Fromm

A great handbag is a must. Sepatah kata Ashley Greene (pelakon dan model), “When it comes to fashion, I love skinny jeans, a simple top, and a great handbag,” manakala Coco Jones, (pencipta lagu dan penyanyi dari Amerika) menyebut, “When I want to treat myself, I will almost  always get myself a new handbag.

Ya, begitu ramai yang di luar sana merasakan tas tangan sebagai pelengkap penampilan kerana tanpanya barangkali anda tidak mahu keluar rumah. Beg bukan sahaja berkeperluan untuk mengisi pelbagai barang tetapi ia menjadi semacam simbol menentukan siapa dirinya, seolah peribadinya  diukur daripada tas tangan yang dijinjing.

Masa berlalu, hari ini setiap orang merasakan mereka perlu banyak tas tangan tetapi sebenarnya hanya ada 10 jenis beg yang seorang mesti mesti ada di gerobok untuk digunakan pada bila-bila masa.

1. The cross body  – beg tangan yang bertali yang boleh dipanjang pendekkan mengikut keadaan, dan memudah untuk dibawa ke sana ke sini. Beg tangan jenis ini fabriknya tidak boleh terlalu berat kerana anda perlu mengisi pelbagai barangan di dalamnya, dan tidak juga terlalu kecil. Ya sizenya mestilah sederhana. Jika kecil ia tidak boleh berfungsi banyak, dan besar sangat pun ia menyusahkan diri juga. Bayangkan bersesak-sesak dalam LRT dan beg anda pula yang menghalang keselesaan orang lain. Beg sebegini sesuai untuk ke pejabat khasnya.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” image=”4385″ img_size=”medium”][thb_gap height=”20″]

2. Shoulder bag – size sederhana. Inilah jenis tas tangan yang paling sesuai dengan gaya harian anda. Ia nampak sleek tetapi sophisikated, waktu sama adanya ciri-ciri sporty. Ia selesa kerana mudah dipegang dan tidak mudah diragut kerana ia kuat di dalam gengaman. Yang paling penting kualiti fabriknya. Dapatkan jenis kulit yang bermutu tinggi atau jenis suede yang nampak ringkas. Ada juga di kalangan wanita tidak suka bau kulit, lantaran penganti sebaiknya ialah fabrik jenis kanvas sebagai pilihan.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” image=”4393″ img_size=”medium”][thb_gap height=”20″]

3. Tote – Saya rasa setiap wanita perlukan sebuah beg Tote – biasanya untuk mengisi semua keperluan di setiap ketika, yang boleh memuatkan apa sahaja yang dibawa sehari-hari. Sebagai guru misal, tentu anda tahu apa benda yang tidak boleh tidak mesti dibawa setiap hari. Begitu juga dengan seorang ahli perniagaan, pengurus jualan dan eksekutif pemasaran misalnya. Barangkali sebuah laptop perlu di samping wallet dan telefon bimbit. Kalau wanita beg makep mestilah dibawa bersama. Kepada suri rumah terutama yang beranak kecil, tote amat diperlukan bila berpergian, mungkin jenis kanvas untuk membubuh lampin, sehelai dua baju, bekas susu… nampaklah lebih bergaya.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image alignment=”center” image=”4461″ img_size=”medium”]
[thb_image alignment=”center” image=”4387″ img_size=”medium”]
[thb_gap height=”20″]

4. The day clutch – Ada wanita lebih menyenangi Day Clutch Bag yang berfungsi atau clutch yang boleh mengantikan purse atau wallet mereka. Untuk ini cari yang punya banyak poket-poket supaya boleh memuatkan seperti lesen memandu, kad pengenalan, satu dua kad kredit dan waktu boleh diletakkan juga telefon bimbit dan bedak serta gincu. Kadang-kadang anda tidak mahu dibeban dengan pelbagai benda lain terutama jika keluar sarapan atau makan tengahari. Mengapa pula memberatkan tangan kalau keperluan seperti duit dan kad sudah tersedia. Begitu ramai wanita sekarang mahu nampak relaks apatah lagi ia ringan. Andai perlukan dibawa lebihan barangan, campak saja clutch tadi ke dalam tote atau Casual bag anda. Biasanya day clutch sedikit besar daripada clutch untuk kegunaan malam, bentuk, warna dan hiasannya sederhana.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” image=”4389″ img_size=”medium”][thb_gap height=”20″]

5. The evening clutch – Ramai sekali merasakan clutch tidak penting, sebab kecil dan fungsinya tidak seberapa. Sebaliknya untuk ke majlis rasmi, malam khasnya, elak mengheret tas tangan besar sekali pun ia amat mahal lagi mewah jenamanya. Walau mahal sekali pun tas tangan anda, sama sekali tidak cantik bila dipadankan dengan dress malam yang berhias batu gliter. Ia sebenarnya menolak keindahan apa juga pakaian yang berperincian indah. Ini tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya kepit sahaja clutch, serentak gaya elegan anda terpancar. Apa yang anda perlukan ia satu clutch, yang timeless; dalam hitam satin atau clutch warna emas metalik atau perak metalik. This is one bag that should be as seasonless as possible, yang boleh digunakan sehingga bertahun-tahun dan selama mungkin. Kalau hendak lebih ‘spackle’ terutama yang hitam satin, pilih yang di pemegangnya ada claps yang spackle. Yang lebih klasik sebenarnya lebih menarik dan sesuai untuk apa juga jenis pakaian malam itu.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” image=”4390″ img_size=”medium”][thb_gap height=”20″]

6. The casual day bag – Ada ketika kita mahukan ‘a little more fun with your look’ dan menonjolkan peribadi anda. Seorang lady of leisure jika anda mahu lebih splurge dan menyenangi jenis yang boleh dibimbit dan adakala beg sama mahu pula disangkutkan ke bahu… pilihan tepat ialah jenis Casual . Jika anda pula seorang yang gaya lebih kepada rock n roll hem dapatkan jenis Casual Day Bag yang ada studded. Sementara bagi mereka yang personaliti lebih sporty… pilihannya banyak sekali daripada jenis yang sederhana harga kepada jenama mewah.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” image=”4391″ img_size=”medium”][thb_gap height=”20″]

7. Beg ikonik – Ya mahu tidak mahu untuk jenis yang ini, yang disebut beg ikonik, anda perlu mencari daripada jenama designer terkenal. Ramai teruja, dan jika anda sedang mencari dan mahu membelinya, fikirkan beg yang boleh dipakai sampai bila-bila… malah untuk diturunkan kepada anak cucu. Dengan jumlah wang dilabur untuk mendapatkannya, sudah tentu anda tidak boleh membelinya selalu… jadi fikirkan warna sesuai bagai memenuhi citarasa keseluruhan peribadi anda. Ya hari ini, beg klasik ikonik seperti Hermes Birkin menjadi kegilaan wanita seluruh dunia. Begitu juga dengan beg Chanel, 2.55 terkenal dengan ‘most iconic handbags ever designed’. Beg ini sendiri memberitahu siapa pembawanya, making a statement and outlasting any trend.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” image=”4392″ img_size=”medium”][thb_gap height=”20″]

8. Beg berwarna – Ya, ada istilah dalam bahasa Ingeris, ‘black is always the new black’
tetapi ada ketika diri mahu meraikan warna, kerana dengan warna, mood juga dapat berubah. Tidak mudah menggayakan beg yang berwarna seperti hijau, merah, kuning, ungu, biru… namun kalau pilihan anda adalah beg yang berwarna, cuba elak memadan dengan warna baju warna sama. Sebaiknya pilih spectrum warna yang bertentangan untuk menghasilkan kontras. Namun terpulang kepada pilihan peribadi anda, walaupun tidak digalakkan daripada top, skirt dan pant, kasut dan kemudian beg juga warna sama, tetapi anda yang menentukan gaya sendiri. Namun pakar gaya memberikan tips, jika anda suka menggenakan warna tanah, warna camel dan warna kelabu asap, jadi amat cantik jika beg anda merah atau kuning. Sementara jika baju anda banyak sekali merah carilah tas dalam warna-warna kebiruan supaya warna pakaian anda tidak ‘menjerit’ sangat.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image alignment=”center” image=”4394″ img_size=”medium”]
[thb_image alignment=”center” image=”4395″ img_size=”medium”]
[thb_gap height=”20″]

9. The straw basket – Sudah dua musim pereka di Barat menyenangi tas tangan diperbuat daripada straw. Dengan harga jauh lebih murah sudah tentu anda boleh mengisi pelbagai barangan di dalamnya dan satu yang menarik, aneka reka corak berwarna warni straw mudah digunakan untuk menghidupkan rupa beg ini. Ikon fesyen terkenal Jane Birkin membuatkan tas straw (straw basket) ini terkenal pada tahun 70-an, sebelum Hermes mencipta signature tas tangan The Birkin untuk memperingatinya.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” image=”4396″ img_size=”medium”][thb_gap height=”20″]

10. Beg kulit – The Leather Day Satchel. Agaknya semua fashionista memiliki tangan ini yang diperbuat daripada kulit. Anda tidak susah hati tas tangannya rosak atau pecah kerana kekuatan kulit itu boleh menampung apa sahaja di dalamnya. Namun bila membeli, fikirkan sizenya juga, kalau badan besar dan beg kecil sudah tentu tidak nampak seimbang, begitu juga size anda kecil dan tas tangannya besar, tidakkah seperti anda boleh muat di dalamnya.

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” image=”4397″ img_size=”medium”][thb_gap height=”20″]

Quote Fesyen
“I’m very organised these days, and I keep my life in my handbags, like most women.” Britt Ekland, pelakon dan penyanyi.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Lagi Ramai Pengikut Lagi Maju Kerjaya: Apakah Kelebihan Bagi Model Yang Miliki Ramai Followers Di Media Sosial?

admin

“Yang tak seronoknya bila idea rekaan KREE tidak difahami oleh pelanggan.” – Qayyum.

admin

Fakta Menarik Mengenai French Sole

admin

Leave a Comment