EX BIBIK

Awas Bila Bibik Mengurut! Dijampi Serapahnya Kamu

Sepetang di kediaman Datin Maimun (DM). Awalnya saya hanya mahu deliver produk Princess Kastula Breast Firming Essence yang ditempah. Pelik juga hanya dua bulan lalu dia membeli empat botol, dan katanya sudah habis. “Hemm kalau ramai pelanggan macam ini bisa buat saya senang,” kata di hati.

“Mengapa hendak balik cepat sangat. Mengopilah dulu,” dia terus memujuk. Tidak lama kemudian saya dijemput ke meja makan. Wah cukup berselera dengan hidangan laksam dan teh tarik. “Bukan I yang masak tahu, Kasma yang masak.” “Siapa Kasma?”  “Friend” “Sekali ajar dia masak sedap gila, paling sedap I pernah makan.” Dan DM terus memuji, sehingga saya jelak pula dengan pujiannya macamkan tiada cerita lain.

“Dia pandai mengurut, (sambil memperkenalkan Kasmanya kepada saya). Rupanya yang dikatakan kawannya itu ialah pembantunya tetapi lebih senang membahasakan kawan aje. Dia orang Indon, ya bekerja dengan I tapi I tidak suka nak sebut dia bibik I. Untuk dia mengurut pun dia perlu mendapat persetujuan. Sis I datang ke rumah tempuh hari dan tangannya sakit so bila I minta Kasma urut dia buat sekejab macam tidak bersungguh. Selepas itu dia excuse untuk solat dan lepas solat dia beritahu saya, pendampingnya kata, sebenarnya tadi dia tidak boleh terus urut. Dia mesti mendapat kebenaran
daripada pendampingnya dan kerana itu pendamping memarahinya.

Katanya disebabkan tidak meminta kebenaran dadanya sakit dan dia banyak sendawa. (Dalam hati berkata eh mengarutnya.) Ada masa-masanya dia tidak mahu mengurut kerana katanya pendampingnya kata tidak boleh.” “Maksud you?” “She will ‘check’ if that day ‘orang’ tu kata jangan urut dia tidak boleh, maknanya tidak boleh lah.” Saya amat pelik, dan saya beritahunya, “you must be careful, macam pelik aje.” “You don’t have to worry, she is okay, dia kata tuk neneknya memang tukang urut dan dia pun bukan belajar di mana-mana, kepandaian datang dengan sendirinya.

Banyak ceritanya yang buat saya tidak senang mendengarnya. Dan saya teringat pernah dipesan oleh seorang teman… “Jangan senang-senang serahkan badan kita diurut-urut oleh mereka ini, terutama yang tinggal di rumah kita dan bekerja dengan kita. Kalau boleh elakkan. Mereka boleh menjampi serapah, memasukkan benda ke badan kita dan sebagainya. Tambah yang ada bela-membela ini, ada pendamping dan guru, bahaya bila ada penjaga dirinya.”

Kebanyakan orang Indon katanya datang bukan badan kosong. Meningalkan anak bini/laki, meninggalkan kampong halaman, sawah bendang dan ladang, menempuh gelora dan gelombang laut sudah tentu mereka tidak berani pergi begitu sahaja. Rata-rata melengkapkan diri dengan pendinding, penjaga… untuk mereka berani menghadapi dugaan dan cabaran. Ada membawa pendampingnya sekali. Itu sebab ada bos terkancing gigi kalau hendak menegur atau memarahi. Ada pula yang mengarah bos
dan yang menariknya bos mengikut kata. Ada berhabisan membeli itu dan ini untuk pembantu. Bukan kita yang kena layan sebaliknya bos yang melayan mereka.

Setiap inci badan kita (masa mengurut) dia nampak dan bukan di luar tetapi terus ke dalam. Mereka ‘tuju’ sampai ke jantung hati. Memang betul ada yang pandai, mengalahkan doktor. Ada kata orang yang diurut ada darah tinggi, ada lemah jantung, ada kelestrol ah pelbagai dan peliknya tekaan mereka banyak kali pun ada betul. Bila kita sudah percaya urutan itu boleh mengurangkan segala macam penyakit, kita serah lagi dan lagi. Seorang teman katanya setiap hari dia mesti berurut dan ada caj yang dikenakan pula ketika mengurut sementara bos senang hati memberi. Sesetengah pula sekalipun tidak dikenakan bayaran tetapi ramai yang termakan dengan kata-kata. Itu lah kadang-kadang ada tertipu puluhan ribu ringgit, kerana diperdaya oleh pembantu sendiri.

Kerana kenal DM lama, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena padanya. “Sudah berapa tahun si Kasma kerja dengan you?” “Empat, tapi I ada juga seorang lagi pembantu yang datang hari minggu. Kasma tidak boleh kerja kuat sangat itu pun I buat more of my personal PA. Dia jaga hal peribadi sesekali kalau I mahu makan yang istimewa seperti hari itu, I suruh dia masak. You know I share my beauty product, macam Princess Kastula, dia kata dia senang bau dan suka sangat. Katanya buah dadanya yang leper sudah berisi.  Dia kata produknya bagus sekali dan I kata okaylah, kita boleh share. You know even we share the same lipstick and face powder.” (my God, saya terus mengucap di dalam hati).

Dah sah DM sudah terkena dengan si bibiknya. Tak pernah dengar orang share beauty product dengan pembantunya dan baru lah saya dapat jawapan mengapa produk saya cepat sangat habis. Dia tolong  sapukan dan kemudian dia juga sapu pada buah dadanya.” Saya tertelan air liur mendengar penjelasannya.

Setiap tahun saya beri dia pulang ke kampong halamannya walaupun majikan lain membenarkan pulang dua tahun sekali. “You mesti faham, hari lain dia dengan kita, wajarlah dia pulang setahun sekali dengan kos tambang kita yang tanggung. “I jenis yang tidak kedekut, selain gaji I beri dia wang saku RM2000. Dalam hati itu sebab bibik-bibik kebanyakannya lemak sangat, sebab adanya orang macam DM  yang melayan mereka sampai begitu.

Pendek cerita lain kali kalau suka sangat berurut, pergi spa dan biasanya di sana si pengurut tiada personal interest dengan kita. Lepas berurut kita balik dan mereka melayan pelanggan yang lain. Kalau kita sahaja dan lebih-lebih lagi yang simpan penungggunya, dan mengikut arahan daripada pendampingnya, orang begini perlu kita hati-hati. Anda mungkin tidak perasan dan merasakan dia baik, biasanya pun mereka ini di hadapan kita sungguh baik, lembut gigi dari lidah tetapi dalam pada itu hati tidak baik,  tidak jujur dan ada yang mencuri. Allahukbar.

Pembantu tunjuk alim tapi penyangak!

Ini satu lagi cerita di mana si pembantu bijak mengena orang kita. Lagipun sepatah kata kawan saya, kita tidak percaya hal karut marut dan jampi serapah ini, kalau percaya dosa besar.  Sebalik orang dia kerana kejahilan dan tidak kisah hal dosa boleh buat apa sahaja asal boleh hidup di negara.

Pembantu di rumah Encik  Bakar seorang lelaki. Asalnya dia dibawa masuk ke Malaysia sebagai pekerja kontrak. Setelah Bakar tidak lagi berminat menguruskan kontrak perladangan dan sukar mendapat pekerja, dia tidak lagi memperbaharui lesen kontraknya. Dan menamatkan perkhidmatan pekerjanya yang ada. Mereka dihantar pulang kecuali  Pak Harman tidaklah tua mana dalam usia 47 tahun dan katanya boleh buat semua kerja. Boleh memasak, mencuci rumah malah mensterika baju… dan kerana senang dengan kerajinan Harman dia mengajak tinggal bersamanya. Tiga hari seminggu membuat kerja-kerja di rumahnya sementara hari lain Harman bebas membuat kerja luar bagi menambah pendapatannya. Untuk kerja tiga hari seminggu dia dibayar  RM800 dan selain itu dia diberi sebuah bilik untuk Harman tinggal. Apa lagi yang Harman mahu? Dia dilayan bagai saudara sendiri.

Harman dalam diam cuba membuat pelbagai bagi memikat lagi hati Bakar. Menjadi imam ketika bersolat dan sering memberitahu dia berpuasa. Dan hajatnya dia mahu ke Mekah. Katanya setiap sen gaji yang diberi oleh Encik Bakar disimpan, kerana hendak membawa isteri dan ibu sekali. Ringan tulang dia membantu pasti diberikan ganjaran. Selalu juga dia membuat muka sedihnya dengan pelbagai cerita direka, dan  Bakar pasti menolongnya. Tektiknya bila meminjam untuk kali pertama kedua, dia mesti memulangkan semula supaya dia nampak jujur.

Perlahan-lahan dia membawa barangan-barangan berharga dari rumah tuannya. Dan seolah mata Bakar dan isteri digelapkan. Mereka tidak pernah merasakan  diubat untuk melemahkan badan sampaikan Bakar percaya segala cakapnya.  Sering si Harman berceramah mengenai agama dan mengajak dia bersedekah.  Bakar yang satu ketika terkenal kedekutnya sudah tidak lokek lagi, mengeluarkan wang yang konon kata Bakar ke jalan Allah tetapi semua ke sakunya.

Kerana Bakar tidak mahu mendengar cakap isterinya yang mensyaki pak Harman menggunakan dia, Bakar terus tertipu. Memang isteri Bakar sejak awal mengingatkan tetapi apakan daya dia, kerja pun pun dia memang tidak larat; mencuci, mensterika malah memasak pun dia tidak lalu kerana penyakit jantungnya dan membiarkan Harman menjadi pengurus di rumah itu. Dari tiga hari seminggu menjadi lima dan kemudiannya kata Bakar, Harman tidak perlu lagi bekerja di tempat lain. Tiga ribu gajinya selain mengajar Bakar dan anak-anaknya mengaji. “Awak diam sajalah, itu pun ada Harman kalau tidak awak mampu ke hendak buat kerja rumah ini dan waktu sama memandu kita ke sana ke mari?” “Terpulang kepada abanglah, jangan percaya sangat, ini nasihat saya.”

“Satu lagi, sejak abang berurut dengannya, saya rasa abang ni macam kena rasuk aje, berapa ribu abang sudah berhabis dengannya?

 

“Awak jangan  menuduh yang bukan-bukan, si Harman tu jujur. Apa salahnya aku berurut, apa awak dengki aku berurut?

“Bulan tujuh pak Harman akan balik ke Jakarta dan kemudian akan mengerjakan haji, masa itu fikir sahajalah siapa yang mahu membuat semua kerja ini,” kata Bakar. Selalu juga mereka bertengkar dan Harman sedar apa yang berlaku. Lagipun Bakar senang bercerita kepadanya, apatah lagi minta Harman yang mendoakan untuknya.

Seminggu sebelum berangkat pulang Harman mohon berhutang dengan Encik Bakar RM20,000 konon hendak menambah wang pakej hajinya. “Sepatutnya cukup bos, tetapi tanah aku tidak terjual pula dan isteri aku tidak lepas kalau hendak ke haji. Itu pun aku sudah cakap pada ibu aku, aku kena batalkan niat bawanya ke Mekah. Sebenar RM20,000 itu pun tidak cukup tetapi tak apalah… isteri ada barang kemas untuk dijual.” Ooi banyak lagi cerita simpatinya membuat Bakar kasihan.

“Bos jangan takut saya lari, saya tidak kan ke mana-mana. Ikutkan hati pun aku mahu tunggu sampai dekat-dekat waktu haji baru pulang tetapi urusannya banyak sekali di sana. Aku mohon sangat, selepas pulang nanti dan kembali bekerja aku akan bayar semua wang itu. Lagipun aku mana lari ke mana, mana ada abos sebaik bos aku Pak Bakar.”

Aidilfitri berlalu seterusnya Aidiladha pun berakhir. Khabar daripada Harman tidak pernah didengari lagi. Bakar terkedu, jam, rantai, gelang malah  duit daripada matawang asing juga lesap. Bakar pun tidak apa lagi yang hilang tetapi yang pasti ratusan ribu juga hanya tiga tahun Harman bersamanya.

Bagaimana wang sedekah yang sepatutnya sampai ke rumah anak-anak Yatim? Sempat Bakar menjengok salah satu dari rumah yang diminta Harman menghantarkan bantuan. Menurut pihak rumah kebajikan tersebut mereka tidak menerima apa-apa bantuan. Terkejut Bakar. “Rupanya dia pencuri, penipu?” rungutnya kepada isteri. “I dah cakap, abang marah saya. Abang kata saya yang cerewet, dan apa yang telah dia lakukan kepada kita? “Tak apalah sekurang-kurangnya saya sudah rajin ke masjid,” kata Bakar untuk menyejukkan hatinya. “Saya rasa abang kena cari ustaz yang bertauliah. Belajar balik dan entah apalah ilmu  yang diajar kepada abang. And check abang punya bacaan… uztaz konon tetapi penyangak besar,” isteri membebel. Bakar hanya mampu terdiam.

Related posts

Aku Beri ‘Share’ Kepada Maid Aku

admin

Bibik Cantik, Isteri Cemburu…

admin

Kalau Saya Tipu Allah Laknat…

admin

Leave a Comment