FESYEN

27 Tips Membeli & Penjagaan Yang Anda Perlu Tahu Dan Praktikkan

Buy less, choose well and make it last – Vivienne Westwood

Masa untuk membeli-belah; di antara bulan Oktober hingga Disember setiap tahun, memang jualan murah di merata gedung. Sebuah gedung ‘textile’ terkenal saat rencana in ditulis sedang mengada jualan murah besar-besaran.  Masha Allah beribu manusia berpusu-pusu, mana tidaknya sehingga 80-90 peratus diskaun. Seyugia, kalau anda sanggup berhimpit dan berebut-rebut sebenarnya inilah masa terbaik membeli, barang murah tidak bererti tiada kualiti. Namun begitu jangan tergopoh gapah. Fikir juga sebelum membeli, jangan kerana murah anda ‘end up’ membeli berkayu-kayu fabrik. Kemudian tidak pasti untuk dibuat apa, dipakai bila dan sebagainya. Ini sering terjadi kepada anda yang tamak… melihat barang murah sebab berduit beli semua, sedangkan anda tidak tahu untuk apa pun sebenarnya dibeli? Akhirnya bilik menjadi tempat longgokan kain baju yang anda sendiri tidak tahu hendak buat apa pun. Ya, elakkan pembaziran. Di bawah ini ada 26 cara bijak membeli dan tips berguna bagi mempastikan setiap pembelian menguntungkan dan anda bangga memilikinya.

  1. Choose well, kata pereka fesyen terkenal Vivienne Westwood. Ya ambil masa sekiranya anda keluar untuk membeli-belah. Luangkan waktu untuk memilih daripada jenis fabrik, corak, warna,(kalau fabrik untuk dibuat apa, pejamas, Kemeja, celana, kurung dan kebaya, ya tentukan). Jika baju siap untuk disesuaikan pula tempatnya. Dalam fikiran sepatutnya sudah ditetapkan, anda membeli untuk dipakai di mana? Adakah untuk majlis rasmi, menghadiri majlis perkahwinan, ke pejabat dan sekadar santai di hari minggu?
  2. Pilihan mesti dibuat dengan kadar kemampuan, elak membeli yang jauh daripada kemampuan dan memikir wangnya nanti untuk membayar semula daripada amaun yang telah digunakan (ini selalunya terjadi bagi pengguna kad kredit, anda belanja dulu, konon memikirkan nanti dicari duitnya, dan menyejukkan hati ‘for the next few month’ tidak mahu membeli apa pun), tetapi berakhir hutang berlonggok dan tidak terbayar.
  3. Sekali lagi diingat kepada pengguna kad kredit, inilah punca ramai muflis. Anda melampaui batas  penggunaan kad tanpa ada system kawalan pada diri sendiri. Memang waktu membeli anda tidak merasakan rugi sebab tidak nampak duit cash yang dikeluarkan.
  4. Ingat! Yang terbaik anda perlu membayar jumlah penuh kepada penggunaan kad kredit bila bilnya sampai, dengan membayar sedikit mahu sekadar separuh, inilah yang terjadi; anda berakhir membayar beratus-ratus setiap bulan sekalipun sudah tidak lagi menggunakannya. Ramai juga kerana tidak terbayar terpaksa disaman dan akhirnya menjadi muflis.
  5. Tips lain kepada pengguna kad, elak menggunakan kad sendiri membantu membelikan untuk orang lain. Yang biasa berlaku orang itu akan membayar kepada anda dalam bentuk cash tetapi anda tidak melangsaikannya serta merta;  menggunakan wang untuk hal lain dan meninggalkan bil yang tinggi kepada anda. Tips kedua… elak juga merajinkan diri membeli online secara kad kredit, anda berakhir dengan gila membeli dan membeli yang kemudiannya menanggung hutang yang tidak terbayar.
  6. Kata Vivinne lagi, make it last. Maknanya yang dibeli itu mestikan tahan lama dan berasa satu kepuasan menggunakannya. Alah membeli menang memakai, jadi pakaian yang dibeli mestilah jenis berkualiti, tahan lama malah boleh diberikan kepada orang lain andai sudah jemu mamakai. Jika tidak sesuai lagi untuk anda atau sudah ketat boleh disedekah kepada badan-badan yang memerlukan. Disebabkan berkualiti  juga ia boleh dipakai oleh adik beradik lain atau anak-anak kita yang lain. Saya gembira sebab banyak baju anak-anak saya boleh diberikan kepada sepupu-pupu mereka, bukankah berbaloi. Namun bayangkan sekali pakai nah sudah tertetas atau koyak.
  7. Membeli yang klasik – Inilah yang terbaiknya kerana anda tidak akan salah gaya. Boleh dipakai lama dan tidak dikatakan out of date. Sebaliknya jikalau terlalu mengikut trend semasa, bila musim berganti, anda nampak tidak lagi ‘in fashion’ malah ada ketika boleh diketawakan.
  8. Kain baju mesti dijaga dengan baik. Ramai suka membeli tetapi tidak pandai atau tidak berkisah tentang penjagaannya. Ada yang memakai dan dicampakkan ke tepi malah dibiarkan busuk dengan peluh dan sebagai. Sebab mungkin ia murah, so anda rasa tidak penting untuk menjaganya, soalannya kalau begitu mengapa membelinya?
  9. Sesekali biarkan pintu almari baju anda terbuka supaya  udara dapat mengalir ke dalamnya. Dengan demikian pakaian akan tahan lama.
  10. Sebulan atau dua bulan sekali keluarkan isi almari dan bersih daripada habuk dan pastikan tiada lipas yang menjadikan almari baju anda tempatnya membiak.
  11. Pakaian sebaiknya diasingkan mengikut temanya, misalnya satu sudut untuk baju kurung dan kebaya, kot dan jaket, top and kemeja, yang bersekuian dan embroideries, jeans, celana dan sebagainya. Yang demikian bukan sahaja mudah mencarinya tetapi keadaan di dalam almari cantik dan teratur… kalau anda suka satu warna contoh putih atau hitam, dan sering memakainya, elok diasingkan mengikut warna dan menjimat masa mencarinya.
  12. Ikut peraturan label yang terlekat di bahagian dalam baju, sekiranya perlu cucian kering (dry cleaning) jangan memadai membasuh, kerana anda akan hanya bermimpi untuk menggunakan kali kedua.
  13. Warna putih sukar juga untuk menjaganya. Asing kala membasuhnya,  jangan juga dibiarkan baju di dalam sarung plastik (terutama baju yang cucian kering) berlama-lamaan tanpa dikeluarkan, kadang-kadang ia akan bertukar kekuningan.
  14. Baju, beg dan kasut-kasut yang mahal amat digalakkan disimpan dalam bilik berhawa dingin. Jikalau anda mampu membeli pakaian harga angka empat atau lebih, tiada masalah ‘your  walk in closet’ berudara nyaman.
  15. Hari ini sebilangan besar kita punya berpasang-pasang kasut, ada sampai angka ratusan. Nah kasut sebenar tidak boleh dibiarkan tidak berpakai bertahun-tahun… ia mudah rosak. Jangan kata apa, kasut yang berjenama mewah harga ribu-ribu pun akan rosak kalau tidak dipakai dan tidak berjaga… ambil masa menggeluarkan dari almari kasut dan bersih. Dan pakai, jikalau tidak sudi lagi berikan kepada yang memerlukan… ada orang tidak kisah memakai bekas kasut kawan atau adik  kalau kasut itu selesa, apa lagi berjenama dan mereka sendiri tidak mampu membelinya.
  16. Sekali lagi seperti baju-baju tadi, simpanlah mengikut bentuknya, kasut pelbagai rupa, wedges, heels, boots, slippers, sport shoes, hai jangan dicampur semua sekali letak mana suka, it will look so messy dan nampak buruk kalau dicampak pada satu sudut dan dibiarkan busuk di situ.
  17. Begitu juga dengan tas tangan… kita kini tidak hidup dengan satu dua tas tangan dan beg yang sama itulah yang dijinjing setiap hari waima ke pasar basah sekalipun. Tas tangan mengikut tempat berpergian, ada shoulder bag, tote, purse,  clutch (day clutch and evening clutch) jenis cross body dan daripada kulit, fabric, straw dan rotan. Supaya worth all the money, simpanlah sebaiknya, semua ini boleh tahan lama andai penjagaan diutamakan. Simpan dalam sarung yang disediakan dan ‘be proud of using it’, lagipun mengapa dibeli dan kemudian malu memakainya?
  18. Ada orang mengikat perut untuk mendapatkan sesuatu beg idamannya, dan jangan pula kita kata dia bodoh sampai sanggup tidak berbelanja ke hal-hal lain. Pada saya itu pilihan hatinya dan siapa kita untuk mengatakan dia tidak bijak. Terpulang kepada jenama dan sama ada ia ‘limited edition’, adakala harga akan naik walaupun sudah 10 tahun di dalam simpanan anda. Take good care of your bags and who knows someone offer you triple the original price.
  19. Why buy original if it look just the same! Ini statement kepada orang yang tidak faham akan mutu dan kualiti dan penjenamaan. Saya difahamkan ada yang bertukar ganti beg yang membawa logo jenama besar, bertukar ganti dengan warna berbeza. Sebab katanya dia somebody, dan orang tidak akan tahu yang dia pakai fake beg. (helo mengapa hendak tipu diri sendiri, boleh jadi memang ada yang tidak tahu, tetapi kan tidak best pakai fake dan kita merosakkan industri jenama tertentu. Ada sebab misalnya mengapa beg Hermes mahal. Sebaliknya anda  membeli beg yang rupa sama di Petaling Street dan tayang kata Birkin original… untuk apa sebenar? Kemudian tiba-tiba ada tahu is a fake whereas you got millions in the bank… hem fikirlah sendiri replikasinya.
  20. Buy less, ya mengapa perlu anda ada deretan beg tangan fake kerana ia cuma menyesakkan almari. Beli satu yang original  dan pakailah semahunya, dan tidak kah ia lebih bernilai daripada punya ratusan, in the end kulitnya terkupas-kopas… percayalah beg original anda yang satu itu masih tinggi nilainya daripada puluhan di almari tetapi semuanya fake.
  21. Anda kata tiada bezanya… itu sekali pandang pada mata kasar, pemilik original tahu akan kualiti dan ketahanan, hanya jauhari yang mengenal manikam.
  22. Begitu juga tentang baju dan kasut, anda tidak perlu membeli banyak. Ada orang bila suka beli satu design 10 warna, kalau anda tanya saya ini bukan langkah yang bijak, sebaliknya beli paling banyak tiga. Kerana anda pasti akan nampak ‘boring’ dengan satu design sahaja.  Hidup akan lebih menyeronokkan kalau anda mencuba pelbagai cara dan kelainan di setiap pertemuan.
  23. Jika sudah ada beralami-almari pakailah, bergaya semahunya dan bertukar gantilah selalu. Tahukah anda ada orang terusan memakai yang sama dengan alasan malas hendak mengeluar, nanti kena cucian kering dan sebagai… rugi duit. Hai membeli tidak ingat dunia tidakkah merugikan duit? Dan untuk  dijadikan hiasan almari sahaja kah? Atau untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan bahawa anda kaya dan punya closet yang hebat, yang penuh dengan produk-produk mewah. Tiada maknanya.
  24. Sekali lagi, fikir dan pastikan yang dipakai kena pada tempat. Ziarah jenazah, elok serba hitam atau putih, atau sebiasa-biasanya  baju, dan wajib menutup aurat. Jangan sekali dijadikan masjid dan tanah kuburan sebagai tempat anda menayang baju berkerlipan, berwarna-warnaan. Saya menulis kerana menyaksi seorang hamba Allah ke kubur macam ke majlis kahwin. Hormatilah ahli keluarga dan orang lain yang bersedih itu, kerana baju yang gemilang dan berwarna-warni bermakna anda dalam keadaan bergembira dan elak anda menjadi tumpuan ramai.
  25. Tidak ada baju yang ringkas, tidak pernah suka jubah dan tidak suka hitam dan putih. Tidak perlu berjubah, asal baju menutup aurat dan tidak menarik perhatian orang ramai, itu sudah cukup baik. Kala tidak ada… tolong dapat  sehelai dua, ia sebagai persediaan jikalau terpaksa hadir ke tempat begitu.
  26. Bagi yang suka membeli, harap suka juga memberi, percayalah anda akan lebih happy bila barangan anda menjadi kesayangan orang lain dan dia akan menjaga dengan baik. Jadi adakan masa untuk ‘spring cleaning’, pasti ramai di luar sana menunggu kalau ianya masih baru… elak memberi yang sudah koyak rabah, ini menghina namanya.
  27. Ramai juga yang hanya nampak duit sahaja, menyedekahkan kepada orang tidak mahu, rugi  jadi apa? Saya cadang jual dengan harga berpatutan. Di kedai Pre Love, atau ada disebut kedai produk terpakai anda boleh meletakkan barang-barang anda. Ketahuilah ada ramai juga yang berhajat membeli produk yang bukan baru tetapi bermutu.
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Pereka Fesyen Dan Muse Yang Menginspirasi – Dato’ Sri Bernard Chandran

admin

Bell & Ross New Boutique in Ginza, Tokyo

admin

Bell & Ross THREE COMPETITION CHRONOGRAPHS

admin

Leave a Comment