AGAMA

Kelebihan 10 Terakhir Ramadan

وعنْ عائِشَةَ رَضِيَ اللَّه عنْهَا، قَالَتْ: كانَ رسُولُ اللَّهِ ﷺ يُجاوِرُ في العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رمضَانَ، ويَقُول: “تحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ في العشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضانَ” (متفقٌ عَلَيْهِ )
Daripada Aisyah RA katanya, “Adalah Rasulullah SAW jika memasuki 10 akhir bulan Ramadan baginda akan bersabda, “Berusahalah kamu sungguh-sungguh mencari Lailatul qadar dalam 10 akhir bulan Ramadan.”” (Muttafaq ‘Alaih)

وَعَنْها رَضِيَ اللَّه عنها أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ: تَحرّوْا لَيْلةَ القَدْرِ في الوتْرِ مِنَ العَشْرِ الأَواخِرِ منْ رمَضَانَ ( رواهُ البخاريُّ ).
Daripadanya (Aishah RA), “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Bersungguh-sungguhlah kamu mencari Lailatul qadar pada malam-malam ganjil dalam bulan Ramadan.”(HR Bukhari)

وعَنْهَا رَضَيَ اللَّه عَنْهَا، قَالَتْ: كَانَ رسُول اللَّهِ ﷺ: إِذا دَخَلَ العَشْرُ الأَوَاخِرُ مِنْ رمَضَانَ، أَحْيا اللَّيْلَ، وَأَيْقَظَ أَهْلَه، وجَدَّ وَشَدَّ المِئزرَ. ( متفقٌ عَلَيهِ).
Daripadanya (Aisyah RA) katanya, “Rasulullah SAW jika memasuki 10 akhir bulan Ramadan, baginda akan menghidupkan malamnya dan akan membangunkan ahli keluarganya dan mencerutkan ikatan kainnya.” (Muttafaq ‘Alaih)

وَعَنْهَا قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَجْتَهِدُ فِي رَمضانَ مَالا يَجْتَهِدُ في غَيْرِهِ، وَفِي العَشْرِ الأَوَاخِرِ منْه مَالا يَجْتَهدُ في غَيْرِهِ” ( رواهُ مسلمٌ )
Daripadanya (Aisyah RA) katanya, “Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadat pada bulan Ramadan melebihi daripada ibadatnya di bulan lain. Dan baginda mempertingkatkan lagi kesungguhan ibadatnya pada 10 akhir Ramadan melebihi daripada bahagian (Ramadan) lainnya.” (HR Muslim)

وَعَنْهَا قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِن عَلِمْتُ أَيَّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العفْوَ فاعْفُ عنِّي. ( رواهُ التِرْمذيُّ وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ ).
Daripadanya (Aisyah RA) katanya, “Aku pernah bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, apa pendapat kamu jika aku mengetahui (menduga) malam itu Lailatul qadar, apakah yang paling baik aku katakan?” Baginda menjawab, “Berdoalah (dengan doa ini) : ( اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي ) : Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka kepada kemaafan, oleh itu maafkanlah (segala dosa-dosaku). (HR Tarmidzi – Hasan Sahih)””

PENGAJARAN HADIS DI ATAS :

1. Lailatul qadar akan turun pada setiap tahun hanya dalam salah satu malam dari malam-malam 10 terakhir bulan Ramadan.
2. Lailatul qadar sangat-sangat besar kemungkinan akan turun pada malam-malam ganjil daripada malam-malam 10 akhir bulan Ramadan.
3. Pada 10 akhir bulan Ramadan Rasulullah SAW akan menghidupkan malam-malamnya dan membangunkan ahli keluarganya untuk sama-sama mencari Lailatul qadar. Baginda juga tidak ‘mengganggu’ sterinya kerana fokus hanya beribadat kepada Allah SWT.
4. Baginda Rasulullah SAW mempertingkat ibadatnya kepada Allah pada 10 akhir Ramadan melebihi daripada ibadat-ibadatnya pada bulan-bulan lain. Dan baginda lebih-lebih lagi bersungguh pada 10 akhir Ramadan berbanding 20 hari pertama Ramadan.
5. Doa yang sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk dipanjatkan pada 10 akhir Ramadhan ialah ( اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي ) apakah pada malam genap atau ganjil, lebih-lebih lagi jika kita merasa itulah malam Lailatul qadar.

Semoga lima hadis sahih di atas akan mendorong setiap kita untuk bersungguh-sungguh mempertingkat ibadat kepada Allah. Jadikanlah 10 malam terakhir Ramadan tahun ini lebih baik daripada 10 akhir Ramadan tahun-tahun yang berlalu.

 

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Hari Arafah dan Doa Mustajab

adminwm

SOAL JAWAB MENGENAI IBADAH KORBAN?

adminwm

Hukum Mengibar Bendera Putih

admin

Leave a Comment