AGAMA

Zakat Fitrah & Siapa Yang Wajib Menerimanya

Ramadan akan menyusur pergi  dan Syawal menanti. Perkara wajib mesti didahulukan yakni menunaikan Zakat Fitrah.

Zakat Fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Adil Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

Syarat Zakat Fitrah
Islam – Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan Zakat Fitrah
Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
Jika salah satu daripada tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Hukum Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah. Berdasar hadith berikut, Daripada Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan (mewajibkan) zakat fitrah satu sha’ tamar atau satu sha’ gandum atas hamba sahaya, orang merdeka, baik laki-laki mahupun perempuan, baik kecil atau  tua daripada kalangan kaum Muslimin; dan beliau menyuruh agar dikeluarkan sebelum masyarakat pergi ke tempat shalat ‘Idu

Hikmah Zakat Fitrah
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan yang kotor, dan sebagai makanan bagi orang miskin. Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum (selesai) solat, maka itu adalah zakat yang diterima (oleh Allah); dan siapa saja yang mengeluarkannya selepas solat, ia dikira sebagai sedekah, (bukan zakat fitrah).”

Siapakah Yang Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah?
Yang wajib mengeluarkan zakat fitrah ialah orang muslim yang merdeka yang sudah memiliki makanan pokok melebihi keperluan dirinya dan keluarganya untuk sehari semalam. Di samping itu, ia juga wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk mereka yang menjadi tanggungannya, seperti isterinya, anak-anaknya, pembantunya asal  mereka itu muslim.

Besarnya Zakat Fitrah
Setiap individu wajib mengeluarkan zakat fitrah sebesar setengah sha’ gandum, atau satu sha’ kurma, atau satu sha’ kismis, atau satu sha’ gandum (jenis lain) atau satu sha’ susu kering, atau yang semisal dengan itu yang termasuk makanan pokok, misalnya beras, jagung dan semisalnya yang termasuk makanan pokok

Dalam Syarah Muslim VII:60 Imam Nawawi menegaskan, “Menurut mayoritas fuqaha tidak boleh mengeluarkan zakat fitrah dengan harganya (bukan berupa makanan pokok).”

Pendapat Imam Abu Hanifah r.a. yang membolehkan mengeluarkan zakat dengan harganya tertolak, kerana ayat Qur’an mengatakan yang ertinya, “Dan Rabbmu tidak pernah lupa.” (Maryam : 64).

Andai kata mengeluarkan zakat fitrah dengan harganya atau wang dibolehkan dan dianggap mewakili, sudah barang tentu Allah Ta’ala dan RasulNya menjelaskannya. Oleh kerana itu, kita wajib mencukupkan diri dengan zahir nash-nash syar’I, tanpa memalingkan (maknanya) dan tanpa pula memaksakan diri untuk mentakwilkan.


Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
Daripada Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah memerintah (kami) agar zakat fitrah dikeluarkan sebelum orang berangkat ke tempat solat “Idul Fitri”. (Takhrij hadithnya lihat pembahasan Hukum Zakat Fitrah, beberapa halaman sebelumnya).

Bagi yang punya, boleh mengeluarkan zakat fitrah satu atau dua hari sebelum ‘Idul Fitri. Sebab ada riwayat daripada Nafi’, berkata, “Adalah Ibnu Umar r.a. menyerahkan zakat fitrah kepada mereka yang berhak menerimanya; dan kaum Muslim yang wajib mengeluarkan zakat mengeluarkannya sehari atau dua hari sebelum ‘Idul Fitri.” (Shahih : Fathul Bari III:375 no:1511).

Haram menunda pengeluaran zakat fitrah hingga di luar waktunya, tanpa adanya uzur syar’i. Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah (atas kaum Muslimin) sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan kotor, dan sebagai makanan bagi orang miskin. Maka barang siapa yang mengeluarkannya seusai solat Aidilitri’, maka dari itu termasuk sedekah biasa.” (Nash hadith ini sudah termaktub dalam pembahasan Hikmah Zakat Fitrah).

Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah
Zakat Fitrah hanya diberikan kepada orang-orang miskin saja. Ini didasarkan pada Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan melalui Ibnu Abbas r.a., “Sebagai makanan bagi orang miskin.” (Teks Arabnya termuat dalam pembahasan Hikmah Zakat Fitrah).

Sumber: Diadaptasi dari ‘Abdul ‘Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil ‘Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma’ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm. 448 – 453.

Related posts

Sombong Dalam Islam – Hukum dan Bahayanya

admin

Menolak Ajakan Suami ke Tempat Tidur, Meminta Cerai… Berikut Tanda-Tanda Isteri Derhaka

admin

Menangislah Kerana Allah, Bukan Kerana Makhluk

admin

Leave a Comment