AGAMA

Sasaran Pembahagian Zakat

Allah s.w.t berfirman, “Sesungguhnya zakat-zakat ini, hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, bagi orang yang berhutang untuk di jalan Allah dan orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah:60).

Ibnu Katsir r.a. ketika menafsirkan ayat ini dalam kitab tafsirnya II: 364 mengatakan,  “Tatkala Allah s.w.t menyebutkan penentangan orang munafik yang bodoh itu atas penjelasan Nabi s.a.w. dan mereka mengecam Rasulullah mengenai pembahagian zakat, maka kemudian Allah s.w.t menerangkan dengan jelas bahawa Dialah yang membahaginya. Dialah yang menetapkan ketentuanNya, dan Dialah pula yang memproses ketentuan-ketentuan zakat itu, sendirian, tanpa campur tangan siapapun. Dia tidak pernah menyerahkan masalah pembahagian ini kepada siapapun selain Dia. Maka Dia membahagi-bahagikannya kepada orang yang telah disebutkan dalam ayat di atas :

Apakah kelapan-lapan golongan ini harus mendapatkan bahagian semua ?

Pakar tafsir kenamaan Ibnu Katsir menegaskan bahawa para ulama’ berbeza pendapat mengenai delapan kelompok ini, apakah mereka harus mendapatkan bahagian semua, atau kah boleh diberikan kepada sebahagian di antara mereka? Dalam hal ini, ada dua pendapat:

Pendapat pertama, mengatakan bahawa zakat itu harus dibahagikan kepada semua delapan kelompok itu. Ini  adalah pendapat Imam Syafi’I dan sejumlah ulama’ yang lain.

Pendapat kedua, menyatakan bahawa tidak harus dibagikan kepada mereka semua, boleh saja, dibagikan pada satu kelompok saja antara mereka, seluruh zakat diberikan kepada kelompok tersebut, walaupun ada kelompok-kelompok yang lain. Ini adalah pendapat Imam Malik dan sejumlah ulama’ salaf dan khalaf,  antara mereka ialah Umar bin Khatab, Hudzifah Ibnul Yaman, Ibnu Abbas Abul’Aliyah, Sa’id bin Jubair, Maimun bin Mahcar, Ibnu Jarir mengatakan, “Ini adalah pendapat mayoritas ahli ilmu. Oleh kerana itu, penulis, (Abdul ‘Azhim bin Badawi) menyebutkan semua kelompok yang berhak menerima zakat di sini hanyalah untuk menjelaskan pengertian masing-masing kelompok, bukan kerana keharusan memberikan zakat itu kepada semuanya.

Imam Ibnu Katsir mengatakan, bahawa ia akan menyebutkan hadith-hadith yang bertalian dengan masing-masing daripada LAPAN kelompok kita:

Kelompok pertama; Fakir
Daripada Abdullah Ibnu Umar bin al-Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Zakat tidak halal bagi orang yang kaya dan tidak (pula) bagi orang yang sihat dan kuat,” (Shahih : Shahihul Jami’ no: 7251, Tirmidzi II: 81 no: 647, ‘Aunul Ma’bud V:42 no:1618, dan Abu Hurairah meriwayatkannya lihat Ibnu Majah I:589 no: 1839 dan Nasa’i V:39).

Daripada Ubaidillah bin ‘Adi bin al-Khiyar r.a. bahawa ada dua sahabat mengkhabarkan kepadanya bahawa  mereka berdua pernah menemui Nabi s.a.w. meminta zakat kepadanya, maka Rasulullah memperhatikan mereka berdua dengan seksama dan Rasulullah mendapati mereka sebagai orang yang gagah. Kemudian Rasulullah bersabda, “Jika kamu berdua mahu, akan saya beri, tetapi (sesungguhnya) orang yang kaya dan orang yang kuat berusaha tidak mempunyai bahagian untuk menerima zakat,” (Shahih : Shahih Abu Daud no: 1438, ‘Aunul Ma’bud V: 41 serta Nasa’i   V:99).

Kelompok kedua; Orang-Orang Miskin
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang miskin itu bukanlah mereka yang berkeliling minta-minta agar diberi sesuap dua suap makanan dan satu biji kurma,” (Kemudian) para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, (kalau begitu) siapa yang dimaksud orang miskin itu?” Jawab Beliau, “Mereka yang hidupnya tidak berkecukupan dan dia tidak punya kepandaian untuk itu, kalau diberi sedekah, dan mereka tidak mahu minta-minta kepada orang lain.” (Muttafaqun ‘alaih:Muslim II : 719 no:1039 dan lafadz baginya, Fathul Bari III : 341 no: 1479, Nasa’i V:85 dan Abu Daud V:39 no: 1615).

Kelompok ketiga: Para Amil Zakat
Mereka adalah orang yang bertugas menarik dan mengumpulkan zakat. Mereka berhak mendapatkan bahagian daripada zakat, namun tidak boleh berasal dari kalangan kerabat Rasulullah s.a.w. yang haram menerima zakat. Hal ini ditegaskan oleh hadith shahih riwayat Imam Muslim dan lain-lain :

Daripada Abdul Mutthalib bin Rabi’ah al Harits bahawa Fadhl bin al Abbas r.a. menghadap Rasulullah s.a.w. lalu memohon kepada beliau agar mereka diangkat sebagai penarik dan pengumpul zakat. Beliau bersabda, “Sesungguhnya zakat itu tidak halal bagi keluarga Muhammad dan tidak (pula) bagi keluarga Muhammad; kerana zakat itu adalah kotoran (untuk mensucikan diri) manusia.” (Shahih ; Shahihul Jami’ no:1664, Muslim II : 752 no:1072, ‘Aunul Ma’bud VIII: 205.(Imam Nawawi berkata, “Ma’na AUSAKHUN NAAS ialah zakat itu sebagai pembersih harta benda dan jiwa mereka, sebagaimana yang ditegaskan Allah Ta’ala, “Pungutlah sebahagian daripada harta benda mereka sebagai zakat yang mensucikan mereka dan membersihkan (jiwa) mereka.“ Jadi zakat adalah pembersih kotoran. Lihat Syarah Muslim VII:251).

Kelompok keempat: Muallaf
Kelompok muallaf ini terbahagi kepada beberapa bahagian.

1. Orang yang diberi sebahagian zakat agar kemudian memeluk Islam. Sebagai misal Nabi s.a.w. pernah memberi Shafwan bin Umayyah sebahagian daripada hasil rampasan perang Hunain, di mana waktu itu dia ikut berperang bersama kaum Muslimin:
“Nabi s.a.w. selalu memberi kepada hingga beliau menjadi orang yang paling kucintai, setelah sebelumnya beliau menjadi orang yang paling kubenci.” (Shahih : Mukhtashar Muslim no: 1558, Muslim II:754 no:168 dan 1072, ‘Aunul Ma’bud VIII: 205-208 no: 2969, dan Nasa’i V:105-106).

2.Golongan orang yang diberi zakat dengan harapan agar keislamannya kian baik dan hatinya semakin mantap.
Seperti pada waktu perang Hunain juga, ada sekelompok perajurit beserta pemukanya diberi seratus unta, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya aku benar-benar memberi zakat kepada seorang laki-laki, walaupun selain dia lebih kucintai daripadanya (laki-laki tersebut) kerana khawatir Allah akan mencampakkannya ke (jurang) neraka Jahanam.” (Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari I: 79 no:27, Muslim I:132 no:150, ‘Aunul Ma’bud XII : 440 no:4659, dan Nasa’i  VIII:103).

Dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim disebutkan dari Abu Sa’id r.a. bahwa Ali r.a. pernah diutus menghadap kepada Nabi s.a.w. dari Yaman dengan membawa emas yang masih berdebu, lalu dibahagi oleh Beliau s.a.w. kepada empat orang (pertama) al-Aqra’ bin Habis, (kedua) Uyainah bin Badr, (ketiga) ‘Alqamah bin ‘Alatsah, dan (keempat) Zaid al-Khair, lalu Rasulullah bersabda, “Aku menarik hati mereka.” (Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari III: 67 no:4351, Muslim II:741 no:1064, ‘Aunul Ma’bud XIII : 109 no:4738).

3. Bahagian ini ialah  muallaf yang diberi zakat lantaran rakan-rakan mereka yang masih diharapkan juga memeluk Islam.

4. Mereka yang mendapat bahagian zakat agar menarik zakat daripada rakan-rakannya, atau agar membantu ikut mengamankan kaum Muslimin yang sedang bertugas di daerah perbatasan. Wallahu a’lam.

Apakah muallaf sepeninggal Nabi s.a.w. masih berhak mendapatkan bahagian daripada zakat?

Ibnu Katsir r.a. mengatakan bahawa dalam hal ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama’ bahawa para muallaf tidak usah diberi bahagian daripada zakat setelah beliau wafat, kerana Allah telah memperkuat agama Islam dan para pemeluknya serta memberi kedudukan yang kuat kepada mereka di bumi dan telah menjadikan hamba-hambaNya tunduk pada mereka (kaum muslimin).

Kelompok yang lain berpendapat, bahawa para muallaf itu tetap harus diberi, kerana Rasulullah s.a.w. pernah memberi mereka zakat setelah penaklukan kota Mekah dan penaklukan Hawazin, zakat ini kadang-kadang amat diperlukan oleh mereka, sehingga mereka harus mendapat bahagian dari zakat.

Kelompok kelima: Untuk memerdekakan Budak
Diriwayatkan daripada al-Hasan al-Bashri, Muqatil bin Hayyan, Umar bin Abdul Aziz, Sa’id bin Jubair, an-Nakha’i, az-Zuhri, Ibnu  Zaid bahawa yang dimaksud riqab, bentuk jama’ daripada raqabah “budak belian” ialah hamba mukatab (hamba yang telah menyatakan perjanjian dengan tuannya bila mana sanggup menghasilkan harta dengan nilai tertentu dia akan dimerdekakan). Diriwayatkan juga pendapat yang sama dengan pendapat tersebut daripada Abu Musa al-Asy’ari, dan ini adalah pendapat Imam Syafi’i dan al-Lain.

Ibnu Abbas dan al-Hasan berkata, “Tidak mengapa memerdekakan budak belian dengan wang daripada zakat.” Ini juga menjadi pendapat Mazhab Imam Ahmad, Imam Malik, dan Imam Ishaq

Ada banyak hadith yang menerangkan besarnya pahala memerdekakan budak, dan Allahs.w.t untuk setiap anggota badan budak tersebut memerdekakan satu anggota badan orang yang memerdekakannya daripada api neraka, sampai untuk kemaluan sang budak Allah memerdekakan kemaluan orang yang memerdekakannya. Sebagaimana yang ditegaskan dalam hadith berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang telah memerdekakan seorang budak mukmin, nescaya Allah dengan setiap anggota badannya akan membebaskannya anggota badan (orang yang memerdekakannya) dari api neraka, hingga orang itu memerdekakan (masalah) kemaluan dengan kemaluan.” (Shahih : Shahihul Jami’us Shaghir no:6051, Tirmidzi III:49 no: 1581).

Hal itu tidak lain, kerana balasan suatu amal perbuatan sejenis dengan amal yang dilakukannya. Allah berfirman, “Dan  kamu tidak diberi pembalasan, melainkan apa yang telah kamu lakukan.” (QS.ash-Shaffat.39).

Kelompok keenam: Orang-orang yang Berhutang
Mereka terbahagi menjadi beberapa bahagian : Pertama, orang yang mempunyai tanggungan atau dia menjamin suatu hutang lalu menjadi wajib baginya untuk melunasnya kemudian melunaskan seluruh hartanya kerana hutang tersebut; kedua, orang yang bangkrup; ketiga, orang yang berhutang untuk menutupi hutangnya; dan keempat, orang yang berlumuran maksiat, lalu bertaubat. Maka mereka semua layak menerima bahagian daripada zakat.

Dasar yang menjadikan pijakan untuk masalah ini ialah hadith daripada Qubaishah bin Mukhariq al-Hilali r.a. ia berkata, “Aku pernah mempunyai tanggungan (untuk mendamaikan dua pihak yang bersengketa), kemudian aku datang kepada Rasulullah s.a.w. menanyakan perihal beban tanggungan itu.” Maka Beliau bersabda, “Tegakkanlah, hingga datang zakat untuk kuberikan kepadamu!” Rasulullah s.a.w. melanjutkan sabdanya, “Ya Qubaishah sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal, kecuali bagi tiga golongan: (Pertama) orang yang memikul beban untuk mendamaikan dua pihak yang bersengketa, maka dihalalkan baginya meminta, sampai berhasil mendapatkannya, sehingga berhenti memintanya.

(Kedua), orang yang tertimpa kebingungan yang sangat, kerana rosaknya harta bendanya, maka kepadanya dihalalkan meminta zakat, sehingga ia mendapatkan kekuatan untuk menutupi kepentingan hidupnya. (Ketiga), orang yang mendapatkan kesulitan hidup hingga tiga orang daripada pemuka kaumnya berdiri (lalu bertutur), bahawa kesulitan hidup telah menimpa si fulan, maka baginya dihalalkan meminta hingga mempunyai kekuatan untuk memenuhi kehidupannya. Maka tidak ada hak bagi selain yang tiga kelompok itu untuk meminta wahai Qubaishah!”  (Shahih : Mukhtashar Muslim no: 568, Muslim II: 722 no:1044, ‘Aunul Ma’bud V:49 no: 1624, dan Nasa’i V:96).

Kelompok ketujuh:  fisabilillah ialah para mujahid sukarelawan yang tidak memiliki bahagian atau gaji yang tetap dari kas negara.

Menurut Imam Ahmad, al-Hasan al-Bashri dan Ishaq bahwa menunaikan ibadah haji termasuk fisabilillah. Menurut hemat penulis Syaikh Abdul ‘Azhim bin Badawi, tiga imam itu mendasarkan pendapatnya pada hadith berikut :

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bermaksud hendak menunaikan ibadah haji. Lalu ada seorang wanita berkata kepada suaminya (tolong) hajikanlah aku bersama Rasulullah s.a.w.” Maka jawabnya, “Aku tidak punya biaya untuk menghajikanmu.“ Ia berkata (lagi) kepada suaminya, “(Tolong) hajikanlah diriku dengan biaya daripada menjual untamu (yang berasal dari zakat) si fulan itu.” Maka jawabnya, “Itu diperuntukkan fi sabilillah Azza Wa Jalla.” Kemudian sang suami datang menghadap Rasulullah s.a.w. lalu bertutur, “(Ya Rasulullah), sesungguhnya isteriku menyampaikan salam kepadamu; dan dia meminta kepadaku agar dia bisa menunaikan ibadah haji bersamamu. Ia mengatakan, kepadaku, “(Tolong) hajikanlah aku dengan biaya daripada hasil menjual untamu (yang berasal daripada zakat) si fulan itu,’ Lalu saya jawab, “Itu diperuntukkan fisabilillah,’ “Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ketahuilah sesungguhnya, kalau engkau menghajikannya dengan biaya berasal daripada hasil tersebut, bererti fisabilillah juga).” (Hasan Shahih : Shahih Abu Daud no : 1753, ‘Aunul Ma’bud V:465 no : 1974, Mustadrak Hakim I: 183, dan Baihaqi VI: 164).

Kelompok kelapan: Ibnu Sabil
Adalah seorang yang musafir melintas di suatu negeri tanpa membawa bekal yang cukup untuk kepentingan perjalanannya, maka dia pantas mendapat daripada bahagian zakat yang cukup hingga kembali ke negerinya sendiri, meskipun ia seorang yang mempunyai harta.

Demikian juga hukum yang diterapkan kepada orang yang mengadakan safar dari negerinya ke negeri orang dan dia ia tidak membawa bekal sedikitpun, maka ia berhak diberi bahagian daripada zakat yang sekiranya cukup untuk pulang dan pergi. Ada pun dalilnya ialah ayat 60 surah at-Taubah dan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah.

Daripada Ma’mar dari Yasid bin Aslam, dari ‘Atha’ bin Yassar dari Abi Sa’id r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Zakat tidak halal bagi orang yang kaya, kecuali bagi lima (kelompok): (pertama) orang kaya yang menjadi amil zakat, (kedua) orang kaya yang membeli barang zakat dengan harta pribadinya, (ketiga) orang yang berutang; (keempat) orang kaya yang ikut berperang di jalan Allah, (kelima) orang miskin  yang mendapat bahagian zakat, lalu dihadiahkannya kembali kepada orang kaya,” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 7250, ‘Aunul Ma’bud V : 44 no : 1619, dan Ibnu Majah I: 590 no :1841).

Sumber: Diadaptasi dari ‘Abdul ‘Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil ‘Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma’ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm. 439 – 448.

Related posts

Tanggungjawab sebuah perkahwinan

adminwm

Dalil dan Sandaran Doa Awal dan Akhir Tahun

admin

Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga

admin

Leave a Comment