FESYEN

Double-Date Yang Fashionable

Mereka satu-satunya pasangan yang tidak pernah tertinggal walau selangkah dalam memilih fesyen yang bergaya.

Di malam parti pelancaran Koleksi Reebok Victoria, pasangan ini tiba di lokasi acara, The Flower Shop dalam penampilan cukup fashionable, daripada koleksi peribadi bagi projek masing-masing.

David memakai Kent dan overcoat Curwen, hoodie dan denim. Look kasual yang dipilih kena dengan acara dan membolehkan blaus bercorak ular sawa dan seluar merah berkaki lebar yang dipakai Victoria menyerlah di tengah pentas di malam istimewanya.

Penghargaan keluarga Beckham terhadap fesyen mengalir dalam nadi keluarganya, dan pasangan ini disertai anak mereka di parti iaitu Brooklyn bersama teman wanitanya Hana Cross, yang bergelar model. Mereka juga memilih look yang kasual, Cross dengan denim daripada koleksi Resort 2018 Victoria, manakala Brooklyn mengikut jejak langkah bapanya dan mengekalkan kesederhanaan dengan kemeja bercorak kotak Dickies dan seluar denim biru terang.

Parti ini memberi peluang untuk sesi double-date, menunjukkan ibu bapa ini menyokong dan membiarkan stail kasual generasi mereka  menyerlah.

[thb_gap height="40"]

Related posts

Valentino Pink PP Collection Advertising Campaign

adminwm

Bosan Memakai Gaun Putih Di Majlis Perkahwinan? Lihat Gaun Berwarna Yang Dipakai Pereka Jewelry Ini

admin

BEAUTÉS DU MONDE: CHAPTER TWO

adminwm

Leave a Comment