GAYA HIDUP

DIET VEGAN YANG IBU-IBU PERLU TAHU

Apakah diet vegan?

Diet vegan, atau veganisme, bermaksud anda tidak mengambil apa-apa yang dibuat daripada produk haiwan. Selain apa juga jenis daging, ayam dan ikan, ia juga termasuk telur, keju, dan susu apa pun yang berasal daripada haiwan. Makanan vegan adalah makanan yang hanya menggunakan bahan daripada tumbuhan, tanpa produk haiwan sama sekali. 

Jika anda fikir makanan vegan cuma sayur dan tidak banyak khasiat, anda salah besar! Makanan vegan kaya akan nutrisi seperti serat, vitamin, dan antioksidan. Buah-buahan, sayuran, kacang-kacangan, dan biji-bijian memenuhi gizi harian anda tanpa khasiat daripada haiwan. 

Kini ramai sudah beralih ke makanan vegan kerana ia tidak mengemukkan dan bagi yang menjaga berat badan makanan daripada tumbuhan umumnya lebih rendah kalori namun mengenyangkan. 

Dengan pola makan yang seimbang, anda bisa lebih mudah mengontrol berat badan tanpa merasa kelaparan.

Makanan vegan dikatakan tidak  memuakkan. Anda boleh menghidangkan apa jua jenis makanan, susu daripada almond misalnya, keju vegan daripada kacang dan banyak lagi hidangan vegan yang boleh anda dapatkan di pasaraya, yang pasti menyelerakan dan kaya vitamin serta galian yang diperlukan untuk badan. Dan ia menyenyangkan. Ia sesuai untuk semua orang, sama ada yang sihat mahupun yang terlantar sakit, yang kecil hingga orang tua.

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa pola makan vegan boleh membantu mengurangi risiko penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, dan masalah jantung. 

Ini disebabkan makanan vegan cenderung lebih rendah lemak jenuh dan tinggi serat, yang baik untuk kesihatan tubuh. Makanan vegan bukan cuma sekadar trend, tetapi juga pilihan gaya hidup yang bermanfaat untuk kesihatan semua.

Adakah makanan vegan sihat?

Yes, being vegan is super healthy!  Tapi boleh juga tidak menyihatkan kalau anda makan chip dan biskut vegan. Kunci diet sihat vegan adalah mengurangkan apa juga makanan diproses dan junk foods. Makan makanan asas tumbuhan, cuma kalau perlu makanan process itu sekadar untuk menyedap rasa sahaja.

When you have at least five servings of fruit and vegetables, two or more portions of wholegrain foods (morning cereal, wholemeal bread, whole wheat pasta), a couple of servings of pulses (beans, hummus, tofu) and some nuts and seeds daily, it’s a healthy vegan diet.

Selain itu ambil supplemen – vitamin B12. Ini harus lebih kerap sebolehnya setiap hari dan vitamin D. Vitamin D digalakkan untuk semua bukan setakat pengamal vegan sahaja, ini kerana kita terdedah kepada sinar matahari dan baik untuk kulit.

Bagaimana mendapatkan protein dalam vegan?

Sebenarnya kebanyakan makanan berasaskan tumbuhan mengandungi protein yang tinggi, kekacang seperti kacang kuda, soya, tofu, tempeh, hummus dan kacang dhal misalnya. Dan bijiran penuh seperti oats, gandum, bijiran gandum, roti, quinoa, mentegan kacang dan semua ini kaya protein.

Bolehkah pengamal vegan makan madu?

Tidak boleh sebab madu adalah hasil daripada product binatang, lebah. Saat mengambil ada juga lebah-lebah yang mati kerana kelalaian manusia.

Bolehkah pengamal vegan makan telur? 

Tidak boleh sama sekali, sebab ia hasil daripada ayam. 

Bagaimana pula dengan coklat?

Ada juga coklat bukan daripada hasil tumbuhan, jadi hati-hati kala membelinya. Kerana ada juga coklat mengandung lemak susu, mentega susu, whey, casein atau minyak mentega, atau lacto dan kerana ia hasil daripada lembu ia tidak vega. Bagaimanapun cocoa butter diekstrak daripada cocoa beans dan ia adalah hasil vagen. Begitu juga milk chocolate ia tidak vegan kerana ia mengandungi susu untuk hasil textur lebih berkrim. Coklat putih juga tidak vegan sebab ia mengandung lemak susu lembu.

Ada pelbagai jenis diet vegan antaranya ialah

  • Diet vegan bijirin. Diet ini adalah daripada semua sumber tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran,  whole grains, legumes, nuts dan seed.
  • Diet vegan daripada produk mentah. Diet ini daripada produk mentah buah-buahan, sayuran kekacangan, biji-bijian atau makanan daripada tumbuhan yang dimasak pada suhu bawah 118°F (48°C) 
  • 80/10/10 diet. The 80/10/10 diet. Diet ini daripada hidangan mentah yang menghadkan tumbuhan kaya lemak seperti kekacang dan avokado dan menumpukan lebih kepada buah-buahan hijau. It is also referred to as the low fat, raw food vegan diet or fruitarian diet.
  • Solusi berkanji (Starch solution).  Ia rendah lemak, high carb vegan diet sama dengan the 80/10/10 diet, tetapi ia memberi fokus pada hidangan berkanji seperti ubi kentang, nasi juga jagung dan menolak buah-buahan.
  • Raw till 4.  Diet vegan rendah lemak ilham daripada 80/10/10 diet dan solusi kanji. Hidangan mentah ini dimakan sehingga jam 4 p.m  dan hidangan malam hidangan daripada tumbuhan.
  • Thrive diet. Diet hidangan mentah berasas tumbuhan dan hidangan dimasak pada suhu yang rendah.
  • Junk food vegan diet. Vegan diet ini daripada tumbuhan yang dibuat seolah daging dan keju, kentang goreng, pemanis vegan dan produk-produk lagi dalam makanan vegan yang diproses.

Sumber internet

Related posts

Persembahan Tarian Singa Setiap Hari Bermula CNY Hingga Chap Goh Meh di Palace Of The Golden Horses

admin

Sokong Bendera Putih

admin

Kisah Seorang Cancer Survivor – “Life Is Beautiful.” – Dr. Hajah Mai Sargeant

admin

Leave a Comment