Uncategorized

“This.. stuff?” Kisah Tentang Monolog Miranda Priestley Yang Lain Daripada Skrip Asal The Devil Wears Prada

Kemungkinan salah satu babak yang paling penting yang menyumbang kepada transformasi Andy Sachs daripada seorang wanita yang langsung tidak pandai bergaya kepada wanita berpenampilan chic dalam filem The Devil Wears Prada. 

Babak ini menceritakan tentang Miranda Priestley, Ketua Pengarang majalah Runway (lakonan Meryl Streep) bersyarah di hadapan Andy (Anne Hathaway) tentang kesan-kesan berkaitan industri fesyen, setelah Andy yang dengan tidak sengaja tergelak sinis akan pakaian yang dipilih Miranda untuk sesi penggambaran dan menganggap pakaian-pakaian tersebut sebagai ‘barang biasa’.

Monolog ringkas tetapi tajam dan tepat menusuk oleh Meryl Steep itu membuatkan Andy berkecil hati, tetapi juga dia mula nampak bagaimana seriusnya orang majalah dalam bilik itu memandang dunia fesyen, yang seterusnya mengaitkan sweater cerulean (biru) yang dipakai Andy dengan helaian fesyen kelas atasan yang Andy sebentar tadi, anggap tidak menarik.

Ini sama sekali merupakan satu detik ikonik; penulis senario Aline Brosh McKenna dan pengarah David Frankel mendedahkan cerita di sebalik babak ini dalam majlis tayangan filem itu di Festival Vulture di Los Angeles beberapa hari lalu.

Pada asalnya, dalam skrip tidak pun menyebut tentang sweater cerulean. “Ada satu ketika (pereka kostum Patricia Field) memilih skirt berkotak, kerana jelas sekali saya menulis keseluruhan sudut babak itu dari pandang pereka fesyen British, Vivienne Westwood, tetapi kebetulan di set masa itu ada sweater dan warnanya biru,” sebut McKenna kemudian menambah, “Sebenarnya Miranda Priestley sendiri yang memilih warna biru seperti yang dia sebutkan dalam empat masa berbeza dalam monolognya. “Saya sebenarnya menghantar Meryl beberapa jenis warna biru; ada lapis, azure, cerulean.”

Tentang monolog Meryl yang berliku-liku hingga mencapai ton yang tegas itu, terang McKenna, “Dipendekkan cerita, kami duduk bersama untuk satu jangka masa yang lama, dan saya tuliskan monolog yang jauh lebih panjang lagi. Kemudian saya berbincang dengan Meryl dan David dan akhirnya ia menjadi lebih panjang daripada yang asal dan ketika menghantarnya pada David saya kata, “Ini dah jadi sangat panjang, saya tahu awak tidak akan menggunakan kesemuanya, tetapi ini sajalah yang saya ada.””

Dan untuk penonton yang protes rujukan palsu yang disebut dalam monolog itu, contohnya koleksi pereka Oscar de la Renta pada 2002 dan jaket tentera Yves Saint Laurent yang kononnya telah mendorong lapan pereka lain untuk menanam warna yang sama yang digunakan dua pereka fesyen itu dalam koleksi mereka sendiri – pada McKenna dan Frankel, mereka tidak peduli tentang aspek ini. Kata McKenna, “Banyak dialog tentang fesyen yang saya reka sendiri kerana saya tahu tidak ada satu pun diantaranya yang akan menjadi kenyataan. Ia hanya kedengaran nyata (kerana dialog diucapkan dengan bagus oleh pelakon berpengalaman yang membuatkan apa yang diucapkan nampak seperti betu-betul terjadi.)” 

Selepas filem itu keluar di pawagam, ada seseorang datang memberitahu saya yang ia tidak berasaskan kisah fesyen yang sebenar. Saya telefon David, saya sedih dan saya kata pada dia, “Well, awak tahu, jika seseorang itu buat filem dan dia mendapat keuntungan $325 juta serata dunia dan kemudian filem tersebut mendapat pula pencalonan Oscar, jadi maksudnya dia boleh buat apa saja yang dia nak dengan filem dia!”

Jom kita imbas semula babak tersebut;

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Perbezaan Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman Berbungkus (Drinking Water)

admin

Pendapatan Ratusan Juta Sepanjang 2018… God Bless Kim Kardashian!

admin

Masih Selesa Dipakai, Walhal Kanta Lekap Sudah Tamat Tempoh?

admin

Leave a Comment