AGAMA

Bagaimana Mengetahui Hari Raya Bermula

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, adalah Hari Raya bagi kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia khususnya.

Hari Raya Fitrah ditentukan melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Merukyah atau melihat anak bulan pada petang 29hb hijrah bagi menentukan sama ada keesokan harinya 30hb atau 1hb. Sekiranya anak bulan kelihatan di ufuk selepas matahari terbenam maka keesokan harinya dikira awal bulan baharu tetapi sekiranya tidak kelihatan maka bulan tersebut digenapkan menjadi 30hb. Di Malaysia dan negara MABIMS, sekiranya anak bulan tidak kelihatan berdasarkan kaedah rukyah maka kaedah Imkanul Rukyah akan digunakan bagi menentukan keesokan harinya 30 hb atau 1 hb. Kaedah Imkanul Rukyah adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:

  • Umur anak bulan melebihi lapan jam ijtimak (bumi, bulan dan matahari berada segarisan).
  • Ketinggian anak bulan di ufuk selepas matahari terbenam sekurangnya dua darjah.
  • Jarak Lengkung di antara pusat matahari dengan pusat bulan sekurang kurangnya tiga darjah. Di mana sekiranya anak bulan pada petang 29hb memenuhi kriteria Imkanul Rukyah maka keesokan harinya dikira sebagai awal bulan baru dan bulan tersebut menjadi 29 hb sahaja.

 

MABIMS: ialah suatu bentuk kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga muslihat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik negara anggota. Negara anggota MABIMS adalah Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura.

Gambar utama: Berita Harian Online
[thb_gap height=”40″]

Related posts

MAULID NABI MUHAMMAD SAW

adminwm

Sakit Pengampun Dosa

admin

SOLAT ISTIKARAH UNTUK JODOH TERBAIK

admin

Leave a Comment