AGAMA

“Api neraka jahanam melebihi 96 kali panasnya api dunia.”

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam, gelap dan pekat, tiada cahaya dan tiada pula neraka itu menyala atau terang.

Rasulullah SAW bersabda, “Api kamu ini hanyalah satu bahagian dari tujuh puluh bahagian api di neraka jahanam.” Para sahabat menjawab, ”Yang ini pun sudah cukup berat panasnya.”

Nabi berkata lagi, “Bahkan api neraka itu melebihi sebanyak 69 kali ganda panasnya api dunia.”

“Api neraka jahanam juga telah dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi hitam, seperti malam yang gelap gelita.” (HR. Tirmidzi).

Neraka jahanam memiliki tujuh pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri daripada api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah daripada api.

Di setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar daripada api, pada setiap bilik itu pula terdapat 70,000 ekor ular dan kala jengking, dan setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking tersebut mempunyai 70,000 qullah bisa.

Penjaga atau Penyeksa Neraka Jahanam

Neraka Jahanam dijaga ketat dan memiliki malaikat penyeksa yang sangat patuh terhadap Allah, memiliki tubuh yang sangat tegap, berperawakan besar, riak wajah menakutkan, suara yang amat kasar dan garang, sadis dan keras. Tersebut dalam al-Quran:

“Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim:66:6)

Keluasan

Keluasan neraka jahanam mempunyai tujuh tingkat iaitu:

  • Setiap tingkat mempunyai 70 ribu daerah.
  • Setiap daerah mempunyai 70 ribu kampung
  • Setiap kampung mempunyai 70 ribu rumah
  • Setiap rumah mempunyai 70 ribu bilik
  • Setiap bilik mempunyai 70 ribu petak
  • Setiap petak mempunyai 70 ribu ular – ular ini panjangnya 70 hasta, dalam mulut ular itu mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

Ada pokok Zakum dan di bawahnya ada 70 ribu rantai. Setiap rantai akan diseret oleh 70 ribu malaikat.

Satu rantai sahaja jika diletakkan di bumi nescaya bumi akan cair. Jika percikan sebesar lubang jarum nescaya terbakar seluruh penduduk bumi. Andai sehelai baju api neraka digantung nescaya musnahlah bumi dan isi-isinya. Andai terbuka neraka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakar dunia dan isi-isinya.

Manusia di padang mahsyar terdapat dua macam kelompok iaitu;

  • Manusia berbentuk minyak petrol, mudah terbakar bagi orang yang banyak dosa
  • Manusia yang macam air, tidak mudah dijilat api, iaitu orang beriman.
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Amalan & Doa-Doa Untuk Memancarkan Cahaya Wajah

admin

JANGAN PANDANG REMEH KEKEJAMAN ISRAEL

adminwm

Dinyatakan Imam Ghazali 23 Adab Bersahabat Dalam Kitab Bidayatul Hidayah

admin

Leave a Comment