
Apabila meja makan menjadi sebuah karya seni
Kita selalu bercakap tentang bagaimana seseorang berpakaian untuk menerima tetamu. Tetapi bagaimana pula apabila meja makan turut perlu “berpakaian”?
Pinggan menjadi kanvas.
Napkin menjadi tekstur.
Sudu dan garpu menjadi aksesori.
Gelas memberi kilauan.
Dan susunan semuanya — seperti gaya berpakaian — memberitahu sesuatu tentang tuan rumah.


WM membawa anda mendekati gaya persembahan di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.
MELAYU



Warisan yang disusun dengan moden
Bayangkan kain batik atau songket sebagai runner, pinggan seramik putih atau tanah liat, mangkuk kecil untuk sambal, sudu dan garpu dengan kemasan brass, gelas jernih dan napkin kain.
Tidak perlu terlalu sarat.
Warisan tidak semestinya kelihatan lama. Ia boleh dilihat sangat moden apabila diberi ruang.
CINA



Seni keseimbangan
Chopstick menjadi sebahagian daripada visual.
Mangkuk Porselin, chopstick rest, sudu porselin , cawan teh, napkin dan mungkin satu elemen merah atau jade.
Cuba idea chopstick rest itu — kecil tetapi menunjukkan perhatian kepada detail.
Seperti dalam fesyen, kadang-kadang aksesori kecil yang menentukan keseluruhan look.
INDIA



Warna yang berani, tekstur yang kaya
Ini boleh menjadi yang paling colourful. tembaga, kain bertekstur, warna tona permata, mangkuk kecil, sudu dan pinggan mangkuk yang lainnya..
Sebagai nota, kiita tidak perlu pun membuatnya terlalu tradisional. Biarkan satu atau dua warna menjadi hero.
Seperti seorang wanita memakai saree yang indah — kita tidak perlukan aksesori sarat di dada dan lengan untuk menjadikannya kelihatan mewah.
BARAT



The Art of Classic Elegance
Lapik meja linen putih.
Porselin.
Sudu garfu perak.
Gelas kristal.
Napkin yang dilipat kemas.
Classic never really goes out of fashion.
Dan di sinilah kita boleh tunjukkan place setting yang lengkap — garfu di kiri, pisau dan spoon di kanan, gelas di atas — tetapi secara visual, bukan seperti buku etiket.
TIMUR



Minimalism, silence & space
Ilham dari Jepun: ceramic handmade, linen napkin, chopsticks, mangkuk kecil, natural wood.
Tidak banyak benda tetapi setiap benda mempunyai tempatnya.
“The beauty is not in what is added, but in what is deliberately left out.”
Itu sangat dekat dengan falsafah fashion juga.
MIDDLE EASTERN



The Art of Hospitality
Di sini, teko kopi — dallah — menjadi hero.
Bukan sekadar teko, tetapi objek yang mempunyai bentuk dan karakter. Di sebelahnya, cawan kopi kecil tanpa pemegang, dulang tembaga atau bras, beberapa biji kurma dan mungkin mangkuk kecil berisi pistachio atau almond.
Tidak perlu pinggan yang terlalu banyak.
Kerana dalam budaya Timur Tengah, kemewahan juga hadir melalui cara kita menyambut tetamu.
“Ada budaya yang menyambut tetamu dengan bunga. Ada yang menyambut dengan teh. Di Timur Tengah, secawan kopi kecil boleh menjadi tanda hormat yang besar.”
THE LITTLE THINGS
NAPKIN
Kain atau kertas? Linen, cotton atau tekstur ala sutera?
Cara melipatnya boleh mengubah keseluruhan meja.
GARFU
Bukan sekadar alat makan. Bentuk, material dan kemasannya memberi karakter.
SUDU
Sudu kecil untuk sup, dessert atau kopi — semuanya mempunyai bahasa tersendiri.
CHOPSTICK
Kayu, lacquer, ceramic, buluh — dan yang paling penting, chopstick rest.
PISAU
Silver, stainless steel, matte finish atau bras — sedikit perubahan boleh mengubah mood.
GELAS
Wine glass (untuk hidangan bukan Islam) , water goblet atau tumbler — walaupun kita tidak menghidangkan alkohol, gelas air yang cantik tetap boleh menjadi aksesori meja.
CINCIN NAPKIN
Ini saya rasa boleh jadi “jewellery of the table.”
Meja makan tidak perlu menjerit untuk dilihat mewah.
Seperti pakaian yang baik, ia memerlukan keseimbangan — warna yang tepat, tekstur yang menyenangkan, aksesori yang tidak berlebihan dan setiap sesuatu berada di tempatnya.
Kerana sebelum makanan sampai, meja sudah terlebih dahulu memperkenalkan siapa kita.
