
When the Second Line Comes Back
Menariknya, second line bukan sekadar kisah rumah fesyen lama. Ia sedang kembali tetapi kali ini, ia datang dengan wajah yang berbeza.
Jika diffusion lines pada era 1980-an dan 1990-an banyak digunakan oleh rumah fesyen besar untuk membuka pintu kepada pasaran yang lebih luas, generasi baharu menggunakannya dengan tujuan yang lebih strategik: to grow without diluting the original.
Dalam dunia luxury yang harga produknya semakin tinggi, konsep ini kembali masuk akal. Pelanggan masih mahu nama dan bahasa kreatif yang mereka kenal — tetapi mereka juga mahukan sesuatu yang lebih wearable, lebih versatile dan lebih mudah dimiliki.
Maka lahirlah satu generasi baharu second lines.
BODE REC × BODE

From Heirlooms to the Locker Room
BODE mungkin bukan nama pertama yang kita kaitkan dengan diffusion line. Label Emily Adams Bode Aujla terkenal dengan pakaian yang diinspirasikan oleh sejarah, tekstil vintaj dan objek pusaka — dunia yang sangat artisanal dan mempunyai identiti tersendiri.
Kemudian datang BODE REC.
Dilancarkan sebagai cabang yang lebih sporty, ia membawa bahasa BODE ke dunia American sportswear: jersi, rugby shorts, washable merino, waxed cotton dan pakaian yang terasa seperti datang dari locker room sebuah sekolah Amerika.
Menariknya, BODE REC. tidak cuba menjadi BODE yang lebih murah. Ia menjadi BODE yang lebih aktif. Kolaborasi dengan Nike juga membantu memperkenalkan dunia ini kepada khalayak yang lebih luas, termasuk melalui Astro Grabber yang mendapat perhatian besar.
Jadi, apa yang dilakukan BODE?
Ia tidak menurunkan dirinya.
Ia meluaskan dunianya.
LUAR BASICS × LUAR

When the Brand Finds Its Everyday Uniform
LUAR mengambil pendekatan yang lebih minimal. Jika dunia utama LUAR dikenali melalui reka bentuk yang lebih fashion-forward dan statement pieces, LUAR BASICS bergerak ke arah wardrobe essentials.
Namanya sendiri sudah memberi petunjuk. Basics. Tetapi dalam konteks diffusion line, “basic” tidak semestinya bermaksud biasa. Ia bermaksud sesuatu yang boleh dipakai lebih kerap. Lebih mudah digabungkan dan lebih mudah menjadi sebahagian daripada kehidupan.
Dan itulah salah satu sebab mengapa diffusion lines moden semakin menarik: luxury tidak lagi hanya mahu menjadi special-occasion fashion.Ia mahu masuk ke dalam kehidupan harian.
ARIES × NO PROBLEMO

The Graphic Becomes the Brand
No Problemo mungkin antara contoh paling jelas tentang bagaimana sesuatu yang pada asalnya hanya sebahagian daripada identiti sebuah jenama boleh berkembang menjadi label sendiri. Aries mempunyai bahasa streetwear yang lebih experimental dan elaborate.
Tetapi “No Problemo” sudah mempunyai tarikan tersendiri.
Pada 2024, ARIES menjadikan No Problemo sebagai koleksi yang lebih accessible, dengan bentuk yang lebih straightforward dan harga entry yang lebih rendah. Hari ini kedua-duanya bergerak sebagai dua tier: ARIES sebagai label yang lebih premium dan idea-driven, No Problemo sebagai pilihan yang lebih accessible.
Dan menariknya, No Problemo bukan sekadar “versi murah ARIES”. Ia mempunyai uniform sendiri — workwear trousers, jerseys, T-shirts dan pilihan yang genderless.
Lebih simple, mudah dipakai tetapi masih terasa seperti ARIES.
Itulah formula diffusion yang baik:
Keep the DNA.
Change the entry point.
MENGAPA BARU SEKARANG?
Mengapa diffusion line kembali sekarang? Jawapannya mungkin terletak pada perubahan cara kita membeli fesyen. Luxury semakin mahal. Pengguna pula semakin selective. Mereka tidak semestinya mahu membayar harga tertinggi untuk setiap item.
Tetapi mereka masih mahu access to the world. Mereka mahu sedikit BODE. Sedikit ARIES. Sedikit LUAR. Sedikit Marc Jacobs.
Dan apabila sebuah diffusion line memberikan mereka akses itu tanpa menghilangkan identiti asal, ia menjadi lebih daripada strategi harga.
Ia menjadi strategi budaya.
FROM SECOND LINE TO SECOND LIFE
Mungkin inilah perkara paling menarik tentang revival ini. Generasi baharu tidak semestinya melihat second line sebagai sesuatu yang lebih rendah. Mereka melihatnya sebagai another way into the brand.
Satu rumah fesyen boleh mempunyai dunia yang besar. Main line untuk koleksi dan pertukangan. Diffusion line untuk everyday life. Kolaborasi untuk budaya. Aksesori untuk entry-level luxury.
Dan semuanya masih berkongsi DNA yang sama. Dalam erti kata lain, second line hari ini bukan semestinya: “lesser luxury.”
Ia mungkin: “another expression of the same idea.”
THE NEW SECOND LINE
Dulu, second line diwujudkan untuk menjadikan luxury lebih accessible. Hari ini, ia mempunyai misi yang lebih luas:
To make a brand more relevant to more lives. Dan mungkin sebab itu diffusion line sedang kembali. Bukan kerana luxury semakin lemah tetapi kerana luxury sedang belajar bahawa untuk terus hidup, ia tidak boleh hanya bercakap kepada mereka yang berada di tingkat paling atas. Ia perlu mempunyai tangga untuk beberapa pintu masuk.
Beberapa bahasa dan pelbagai cara untuk menjadi sebahagian dari dunia itu. Dan apabila dilakukan dengan betul, pelanggan mungkin tidak lagi bertanya:
“Is this the second line?”
Sebaliknya mereka akan bertanya:
“Which world of the brand belongs to me?”
