GAYA HIDUP

AirAsia MOVE Jalin Kerjasama dengan Antom bagi Penyelesaian PembayaranLebih Lancar

Dari kiri ke kanan: Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, Anderson Yong, Ketua Pembayaran Perusahaan AirAsia MOVE, Agnes Chua, Pengarah Pengurusan, Pembangunan Perniagaan dan Produk 2C2P dan Leiming Chen, Ketua Pegawai Kelestarian Ant International

AirAsia MOVE (MOVE), aplikasi tempahan perjalanan terkemuka ASEAN serta platform perniagaan OTA (online travel agency) Capital A telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Antom milik Ant International sebagai salah satu usaha berterusan mereka dalam mentransformasikan perjalanan, termasuk menyediakan pengalaman pembayaran yang lancar menerusi aplikasi. Di bawah perjanjian tersebut, AirAsia MOVE bakal bekerjasama rapat dengan Antom, pedagang pembayaran dan penyedia perkhidmatan digital Ant International, dan 2C2P, sebuah platform pembayaran global holistik yang juga merupakan anak syarikat milik Antom.

Kerjasama ini bakal menyepadukan teknologi pembayaran canggih Antom dan 2C2P, termasuk gubahan pembayaran dan pemerolehan untuk kedua-dua kad serta kaedah pembayaran tempatan ke dalam platform AirAsia MOVE. Teknologi canggih ini bakal memperkasakan AirAsia untuk memperkemas kaedah pembayaran, mengurangkan kos transaksi antara sempadan serta perbelanjaan operasi, meluaskan pangkalan pelanggan di samping menawarkan lebih banyak pilihan kaedah pembayaran kepada pelanggan.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE dan Agnes Chua, Pengarah Pengurusan, Pembangunan Perniagaan dan Produk 2C2P, meraikan kerjasama ini dengan majlis menandatangani perjanjian hari ini dengan kehadiran Leiming Chen, Ketua Pegawai Kelestarian Ant International, turut hadir adalah Lim Ben Jie, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Kerjasama AirAsia MOVE, Anderson Yong, Ketua Pembayaran Perusahaan AirAsia MOVE, Aaron Wang, Naib Presiden Kerjasama Strategik, Ant International dan Reggie Weston, Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan dan Produk, 2C2P.

Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu langkah penting bagi pengembangan ekosistem Capital A. Tambah beliau: “Kerjasama bersama Antom dan 2C2P bukan sahaja memanfaatkan AirAsia MOVE malah ia turut mengukuhkan ekosistem kami dengan meningkatkan kebolehan pembayaran merentasi perniagaan kami. Kami teruja bagi meneruskan kerjasama jangka panjang bersama Ant International dalam meneruskan perjalanan untuk fokus dalam inovasi dan menawarkan nilai yang tinggi kepada pelanggan kami.”

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata: “Kami teruja untuk menjalinkan kerjasama dengan Antom untuk mengolah semula cara pelanggan kami menikmati pengalaman pembayaran perjalanan. Dengan menyepadukan penyelesaian canggih Antom dan 2C2P, kami meningkatkan kecekapan, meningkatkan kepuasan pelanggan dan memberikan penjimatan kos yang ketara. Kerjasama ini menandakan komitmen kami kepada inovasi dan menawarkan nilai kepada pelanggan kami di seluruh rantau ini.

Kami berharap untuk memudahkan kerumitan yang berlaku dalam transaksi rentas sempadan menerusi kerjasama ini, malah ia selari dengan visi AirAsia MOVE dalam menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar. Dengan memanfaatkan infrastruktur pembayaran Antom dan 2C2P, kami boleh menawarkan lebih banyak fleksibiliti dan kemudahan, memenuhi keperluan pangkalan pelanggan kami yang semakin berkembang di Asia Tenggara dan seterusnya.”

Gary Liu, Pengurus Besar Antom, Ant International mengulas: “Kami berbangga untuk mengukuhkan kerjasama kami dengan AirAsia MOVE dalam perjalanan bersama untuk terus memacu inovasi dan meningkatkan pengalaman pembayaran kepada pelanggan. Penyelesaian canggih kami, termasuk gubahan pembayaran dan pemerolehan untuk kedua-dua kad serta kaedah pembayaran tempatan, membolehkan AirAsia MOVE untuk mengembangkan jangkauan kepada lebih banyak pelanggan merentasi rantau Asia Pasifik dan seterusnya. Dengan menggabungkan kepakaran kami dan teknologi pembayaran dipacu-AI, kami komited dalam menambahbaik kecekapan operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan dan mencipta nilai jangka panjang bersama.”

Reggie Weston, Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan dan Produk, 2C2P berkata: “Kami sangat berbesar hati untuk mengukuhkan kerjasama sejak sekian lama dengan AirAsia MOVE bersama-sama Antom, dan membawakan ciri pembayaran canggih terkini bagi memperkasakan AirAsia MOVE untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka di mana sahaja dengan kaedah yang optimal dan lancar.”

Perjanjian kerjasama di antara MOVE, Antom dan 2C2P merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik yang diumumkan pada Mac tahun lepas di antara Capital A dan Ant International yang merangkumi pelbagai aspek, penerokaan kepada penyepaduan lebih banyak kaedah pembayaran dan menyediakan perkhidmatan pemilikan kepada platform Capital A, pembangunan pemasaran digital dan peluang tajaan untuk memacu perkembangan perniagaan, dan untuk bekerjasama dalam meningkatkan akses kepada kewangan mampan ketika peralihan kepada ekonomi rendah karbon bagi komuniti Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PKMS).

Antom menguruskan rangkaian pemerolehan merangkumi 40 negara dan wilayah, dan ia membolehkan penyepaduan ratusan kaedah pembayaran dan menyokong transaksi dalam lebih daripada 100 mata wang. API bersepadunya menyediakan perniagaan dengan akses lancar kepada pilihan pembayaran global, termasuk kad kredit, e-dompet dan penyelesaian pembayaran tempatan. Memanfaatkan teknologi AI, Antom membantu perniagaan memastikan keselamatan transaksi, menyelaraskan pengurusan risiko penukaran matawang, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi pembayaran mata nyata dan penyelesaian blockchain. Tambahan pula, Antom turut memperkasakan pedagang untuk menyesuaikan operasi dan memperhalusi penyasaran pelanggan dengan alat dipacu-AI dan pengkomputeran sulit.

Beroperasi di Asia Tenggara dan Hong Kong, rangkaian menyeluruh 2C2P menyediakan satu titik penyepaduan kepada lebih 400 kaedah pembayaran rantau dan tempatan dan 600,000 lokasi pembayaran alternatif, membolehkan perniagaan untuk mencapai pelanggan mereka di mana-mana sahaja menerusi dalam talian, secara mudah alih atau saluran luar talian. Produk pembayarannya, Payment Air Controller (PACO), direka bagi menyelesaikan masalah lazim bagi syarikat penerbangan seperti menguruskan transaksi dan penukaran mata wang merentas syarikat kewangan, pejabat dan pasaran, menyelaraskan saluran tempahan dalam dan luar talian, menguruskan risiko penipuan, engoptimumkan kos dan memenuhi kaedah pembayaran pilihan pelanggan.

Related posts

RUANG TEMU MENUNGGU ANDA

admin

Coklat Tidak Menggemukkan

adminwm

ERA BARU SAMSUNG AI TV

adminwm

Leave a Comment