GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

KUIH LOMPANG PANDAN

Bahan A :
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
*Masak gula dengan air masukkan 2 helai daun pandan sekali. Gula hancur dan mendidih tutup api sejukkan.

Bahan B :
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
1 cawan air pati daun pandan
Sedikit pewarna hijau star brand
Secolek kapur sireh
Sedikit garam halus

  1. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam besen. Masukkan 1 cawan air pati pandan dan 3 cawan air gula yang dah sejuk tadi kacau2 sebati.
  2. Masukkan sedikit garam halus dan secolek kapur sirih. Masukkan sedikit pewarna hijau sekiranya warna bancuhan kurang cantik.
  3. Kacau hingga semua larut kemudian tapiskan. Sementara itu panaskan kukusan. Oles minyak dalam acuan lompang terlebih dahulu.
  4. Setelah air mendidih panaskan sekejap acuan lompang terlebih dahulu kemudian kacau2 dulu bancuhan tepung tadi sebelum tuang ke dalam acuan.
  5. Tutup pengukus dan kukus selama 10 ke 12 minit dengan api sedang. Sejukkan kuih lompang terlebih dahulu barulah boleh dicungkil keluar. Ulang proses yang sama hingga bancuhan habis.
  6. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah dikukus sebentar supaya tak mudah basi kelapa tu nanti.

*Air gula mesti sejukkan dahulu
*Bancuhan kena sentiasa dikacau dahulu sebelum tuang ke dalam acuan.
*Sukatan air gula mesti 3 cawan dan 1 cawan air pati pandan.

Selamat Mencuba

Related posts

CUKUP, CUKUP, SUDAH! Banteras Rasuah Dan Bina Malaysia Yang Lebih Baik Gerakan #RasuahBusters?* *SEKARANG!*

admin

vivo V21 dan V21e

admin

JOM NIKMATI HIDANGAN PERANCIS di  L’ATELIER CILANTRO

adminwm

Leave a Comment