GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

Resipi Daging Merah Thai Untuk Makan Beradap

Anda mencari kelainan bagi penyediaan hidangan pengantin, mungkin khas di meja makan beradap. Majalahwm.com berbesar hati untuk berkongsi resepi yang dikirimkan untuk group daripada Aneka Resipi Pilihan. Saya terpanggil berkongsi dengan anda.

Daging Merah Thai

1 kg daging

Sedikit pewarna merah

Sedikit garam

.

Cara-cara:

Rebus bahan di atas sehingga empuk (simpan air rebusan daging untuk kuah)

Hiris nipis dan goreng sedikit garing

Angkat dan toskan

.

Bahan sos:

  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 10 biji cili padi diketuk
  • 2 senduk cili kering blender
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit gula

Bahan Lain:

  • 1 pokok daun ketumbar dihiris kasar
  • 1 biji bawang Holland

.

Cara-cara:

Tumis bawang putih menggunakan minyak menggoreng daging tadi

Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak

Masukkan semua bahan * dan kacau sehingga memekat sedikit. Masukkan daging dan cili padi..Gaul sebati

Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya mahu daging masak merah ini sedikit berkuah

Akhir sekali tabur bawang holland dan daun ketumbar..

  • Anda mencari kelainan bagi penyediaan hidangan pengantin, mungkin khas di meja makan beradap. Majalahwm.com berbesar hati untuk berkongsi resepi yang dikirimkan untuk group daripada Aneka Resipi Pilihan. Saya terpanggil berkongsi dengan anda.

Related posts

MENTEGA

adminwm

SINDROM DOWN TIDAK ADA PENAWAR, 1 DARI 1,000 BAYI DILAHIRKAN SETIAP TAHUN

adminwm

Hukum Ibu Sengaja Tidak Menyusukan Anaknya Tanpa Sebab Munasabah

adminwm

Leave a Comment