CANTIK

Tips Menjadi Wanita Islam Yang Cantik

  1. Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata. Insha-Allah, pandangan visual  akan menjadi semakin jernih dan bening.
  2. Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (alhaq) pada ulasan bibir delima kalian. Insya Allah, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai sesama.
  3. Bedakkanlah raut wajah  dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. Insha-Allah kesederhanaan lahiriah yang dibiaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.
  4. Lumurkanlah sabun istighfar ke seluruh anggota badan. Insha-Allah, ia akan mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah lakukan.
  5. Rawat rambut  dengan hijab ISLAM. Insha-Allah, ia akan menyelimuti azarauljasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.
  6. Sarungkanlah kedua-dua belah tangan dengan gelang sedekah dan jari-jemari dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. Insha-Allah, kelak akan temui warga Solihin yang nilainya melangkaui segunung emas permata.
  7. Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara dengan tilawatul Quran dan zikrullah.Insha-Allah, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kita sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.
  8. Luruskanlah postur tubuh badan  dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan pengibadatan kepada Yang Esa, Insha-Allah tidak akan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kita dalam mencari keredhaanNya.
  9. Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrubilalah ke dalam ruh dan sanubari. Insha-Allah selamanya tidak akan anda rasai ketandusan kasih sayang mahupun kegelisahan dalam kehidupan.

Semoga bermanfaat bagi kita semua,terutama kepada wanita muslimah….Aamiin Ya Rabbal’alamiin

 




 

Related posts

“Bariatrik Pilihan Akhir! Kalau Mampu Kurus Secara Alami, Usahakanlah,” – Deq Sha

Afiza Kamarulzaman

The Cartier Nécessaires à Parfum

adminwm

Supreme Anti-Ageing

admin

Leave a Comment