Meraikan Ulang Tahun ke 10 Kumpulan BMIC

Meraikan ulang tahun ke 10 pembabitannya dan anak syarikat Kumpulan BMIC, pengasas BMIC Michelle Hee mengadakan majlis gilang gemilang di Nail Spa Salon, (juga kepunyaannya) di Pavilion Kuala Lumpur. Tetamu terdiri daripada rakan seperniagaan, selebriti dan personaliti terkenal, dan tidak dilupakan pelanggan, para pekerja, ahli keluarga serta sahabat handai juga wakil media. Mereka diraikan dengan aneka aktiviti menarik selaras penjenamaan syarikat. Juga dipratontonkan satu video khas bertajuk ‘The important of Digestion Health and Detoxifacation’ oleh Perunding Pakar Pemakanan, Dr Chong Pei Nee selaras dengan pelancaran produk terbaru iaitu, Sun Leaf.
Pertunjukan catwalk turut diadakan. Tetamu gembira dan pulang dengan pelbagai cenderahati sebagai kenangan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_media_grid grid_id=”vc_gid:1531303640345-f2708437-5b0c-10″ include=”6510,6511,6512,6513,6514,6515,6516,6520″][/vc_column][/vc_row]