FESYEN

Ralph Lauren Menciplak?

Ralph Lauren is being accused of stealing a cape design from Malaysian couturier Datuk Zang Toi, which was worn by songstress Alicia Keys at the Met Gala on Monday, 2 May 2022. – Social Media

Demikian tajuk berita yang tersebar di media sosial termasuk New York Post. Why? Itu soalan yang terbit di minda kala membaca rencana yang dikirim See Loun Toi, abang kepada pereka tersohor antarabangsa kelahiran Kelantan, Dato Zang Toi. Why would a big and established name like Ralph Lauren want to copy works by a junior designer such as Zang Toi? Japawan See Loun mudah, “No comment!” Isu itu sebenarnya telah digembar-gemburkan dan disebarkan oleh media barat sejak seminggu lalu.

“My cape was inspired by my love for my adopted home, New York City,” nyata Zang kepada New York Post, mengenai rekaannya yang terilham dan terdorong daripada deria cintanya terhadap kota bertuah yang telah melonjakkan namanya di persada fesyen antarabangsa. Beliau berasa amat bertuah dan menganggap hasil kerjanya itu sebagai satu penghormatan dan caranya menghargai keistimewaan kota ajaib tersebut.

Semua itu beliau nyatakan dalam rekaan cape bersulam yang unik lagi menakjubkan itu.

“Saya datang ke sini 41 tahun yang lalu dengan berbekalkan USD300 untuk belajar di Parsons School of Design dan saya berasa amat bertuah kota ini telah merealitikan impian saya,” katanya menjelaskan cetusan ilham hasil kerjanya dan seolah-olah New York telah memberinya peluang dan ruang untuk mencari siapa dirinya dan berjaya hingga ke tahap dia berada sekarang. “It has embraced me — and allowed me to live the American Dream.”

                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sebaik Alicia muncul di khalayak malam Gala Met tersebut, Zang menerima banyak pesanan ringkas menyatakan yang rekaannya telah ‘dicuri’ di karpet merah gala itu. Menjelaskan kedudukannya dalam hal tersebut, Zang berkata dia sendiri tergamam dan tidak mahu membuat apa-apa kenyataan. Apapun masyarakat sedunia telah pun membuat komen dan menjatuhkan hukum di mahkamah sendiri; masing-masing memberikan pandangan negatif terhadap isu tersebut dan jelah kebenran berpihak pada Zang. 

Inilah hasil kerja Lauren yang dipakai oleh Alicia Keys yang disulamtangan menggunakan 200,000 manik kristal dalam bentuk ‘New York City’s skyline’ yang mirip rekaan Zang Toi yang dihasilkannya pada 2009.

Ralph Lauren ciplak rekaan pereka lain? Berkali-kali soalan yang sama menerjah kotak minda dan berkali-kali itu juga akal saya menolak kenyataan tersebut. Mengapa nama gah seperti Lauren mahu meniru atau menciplak hasil kerja orang lain sedangkan beliau begitu terkenal dengan konsep rekaanya yang tersendiri dan akur pada prinsipnya dalam dunia rekaan fesyen yang menuntut anak seni sepertinya beretika tinggi dan jujur dalam ciptaan seni mereka. Malah keyataan tersebut kerap beliau selitkan pada wawancara media dengannya sejak beliau mula bertapak di arena fesyen.

Apakah beliau ketandusan idea atau ini satu kebetulan? Jika ia bukan satu kerja penciplakan, bereti ia Itu juga mungkin satu kebetulan. Kerana karya seni seharusnya mengalir bagaikan mata air yang tidak putus-putus malah lestari bagi para pencipta. Apapun berbalik pada akal manusia yang mana fitrahnya terhad dan sempit, mungkin itu satu ‘maha karya’ hasil dua manusia genius pada tahap tertinggi yang apabila sampai ke suatu tahap, ia pasti bertembung dan mencetuskan coincideces yang sukar diterima akal? Hanya Yang Maha Pencipta yang lebih tahu.

Zang Punya Bukti Sahih
Kali pertama dunia melihat rekaan cape Zang ialah pada 2009 apabila beliau memperkenalkan cape rekaan tersebut pada pentas peragaa musim bunga di Anugerah Fesyen CDFA. Kali kedua beliau mempamerkan hasil kerjanya ialah pada 2020.

“Saya kembalikan semula hasil kerjatangan ikonik hand-beaded New York skyline cape out of the archive,” pintas Zang menegaskan bahawa rekaan tesebut sememangnya ilham beliau, “timeless beauty never goes out of style,” tambah beliau lagi menegaskan bahawa beliau amat terhutang budi serta mahu memberi penghargaan kepada kotaraya kesayangannya itu. Sebab itulah beliau mempamerkan sekali lagi rekaannya itu pada 2020 untuk ‘New York, New York’ runway show,” 

Siapa Ralph Lauren? – Terciptanya Sejarah Empayar Fesyen

Ralph Lauren bukan calang-calang pereka. Membuka bicara, jom kita singgah dan ambil tahu sejarah Ralph Lauren, bagaimana dia mula berkembang dalam arena fesyen hingga menjadi satu nama besar dan dikagumi.

Dalam sejarah awalnya mengukir nama sebagai pereka fesyen, Ralph memang sentiasa sensitif terhadap intellectual property. Malah dalam banyak rencana dan wawancara beliau sering menitip kisah dan pengalaman bagaimana dia begitu keras dan tegar dengan prinsip rekaannya sebagai seorang pereke walaupun ketika itu masih merangkak dalam dunia glamor, penuh cabaran dan pantas ini.

Kerjaya pertamanya dalam industri ialah di bidang runcit di Brooks Brothers sebelum beliau mereka rangkaian talilehernya. Mengimbau antara kisah awalnya yang paling menarik ialah pada tahun 1967 di mana beliau telah mereka beberapa helai talileher, jauh lebih lebar daripada talileher yang pernah ada sebelumnya menggunakan fabrik unconventional.

Talileher tersebut telah dihantarnya ke beberapa gedung beli-belah di Manhattan di bawah label ciptaannya sendiri iaitu Polo. Maka terciptalah sejarah satu jenama. Sekiranya ada yang masih ingat atau ingin tahu, dari situlah bermulanya jenama Polo Ralph Lauren.

Begitupun produknya laris, Ralph menyimpan impian untuk meletakkan produk jenama Polonya itu di Bloomingdale’s, “the hottest store in America” pada waktu itu. Itulah kisah yang beliau ceritakan kepada sekumpulan pelabur dan para penganalisa daripada Wall Street 50 tahun kemudian.

Mengikut ceritanya, jurubeli dari Bloomingdale’s amat tertarik dengan talileher tersebut dan berkata mereka akan memasarkan talileher tersebut di gedung gah mereka dengan dua syarat: kurangkan sedikit lebarnya, buang label jenama beliau dan menggantikan label tersebut dengan label Bloomingdale’s.

“I was really dying to sell Bloomingdale’s,” katanya dalam wawancara tersebut. Begitupun apabila diletakkan dalam situasi untuk memilih dan mengenepikan rekaan aslinya, dia menolak.

“I wasn’t going to change the ties,” tambahnya mengenangkan waktu-waktu belum dikenali namun dia tetap tegas dengan tuntutan hakcipta dan begitu faham makna originality dalam hasil kerja dunia seninya.Enam bulan kemudian, Bloomingdale’s menelefon beliau dan setuju untuk memasarkan talileher jenama Polo nya, dan tanpa perlu diubahsuai. Itulah titik tolak yang merupakan turning point dalam kehidupan dan kewujudannya di alam fesyen antarabangsa.

“Had I changed that tie, I would not be here today,” begitu katanya kepada kumpulan Wall Street tadi. Dan sejak hari itu dia tegas yang dia telah mempelajari satu rahsia yang menjadi pengajaran penting dalam sesuatu ciptaan atau rekaan dunia seni khususnya fesyen, “I believed in myself.”

 

Meyakini keupayaannya, beliau tegar untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan membina empayar fesyennya. Sejak itu Ralph tidak menoleh ke belakang lagi dan tidak perlu pun mengintai hasil kerja orang lain untuk menghasilkan rekaan yang menakjubkan dan luar biasa.

Hari ini jenama yang beliau cipta dan bina, Polo, adalah di antara jenama paling berjaya dan merupakan empayar jenama mewah antarabangsa yang bukan sahaja merangkumi pakaian mewah dan kasual, kasut, stoking,aksesori seperti talipinggang dan beg malah merangkumi sektor fesyen dan gayahidup termasuk haruman, hiasan dalaman serta konsep hidangan makanan mewah yang dikatakan based on a fantasy aesthetic of upper-crust life melalui restorannya hinggalah kopi yang menjadi trend minuman hari ini.

Secara ringkasnya beliau telah mengembangkan dan meletakkan labelnya Polo, dan namanya sendiri merentasi segala ekspektasi dunia fesyen dan telah menyentuh alam gaya hidup yang lengkap untuk lelaki, wanita dan termasuk pakaian kanak-kanak hingga para analisis perniagaan fesyen beranggapan Polo Ralph Lauren begitu gah lagi unik; a brand of greater scale and scope than the industry had ever seen. Jenama gah ini juga antara dua jenama pereka yang tersenarai di Fortune 500 dan merupakan pengasas jenama fesyen yang masih hidup.

Berbalik pada isu plagiat, selain warna, penggunaan manik Kristal dan aturletak pencakar langit New York, kedua-dua cape dikatakan begitu mirip sekali – are so identical that fashion followers thought Keys was wearing Zang. Malah rata-rata Fesyen bloggers di sana juga sependapat dan sukar menerima ianya satu kebetulan.

Isu plagiat bukan cerita baru dalam dunia rekaan fesyen, malah jika mahu diungkit, ini bukan kali pertama Ralph menciplak hasil kerja seni pereka lain, beliau pernah diarahkan mahkamah membayar Yves Saint Laurent sejumlah US$350,000 pada tahun 1994 kerana meniru hasil kerja jaket YSL.

Begitupun kita harus memuji sikap Zang, pereka kesayangan negara yang saya kenali secara peribadinya memang seorang yang cool and sweet. Tindakannya itu memang telah saya jangkakan; beliau bertindak ‘gentleman’ dan tidak cepat melenting. Malah Zang mengaggap isu plagiat itu telah melonjakkan lagi nama dan kewibawaannya sebagai pereka tersohor dunia.

“Jika hasil kerja saya ditiru itu membuktikan saya telah menghasilkan sesuatu yang bagus. Apa lagi jenama gah seperti Ralph Lauren, itu satu penghargaan buat kerja keras saya selama ini.”  

Related posts

Dunia Fesyen Yang Suram

admin

India menjadi Hub Fesyen Dunia?

Sharil Izwan

ZALORA 10th Birthday Celebration

adminwm

Leave a Comment