AGAMA

Pahala Wanita Solat Di Rumah

Shaikh Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz pernah ditanya, “Adakah kelebihan solat di rumah bagi wanita sama dengan kelebihan solat lelaki di masjid?”

Jawapan:
Sabda Nabi SAW, “Paling afdal solat wanita adalah di rumahnya.”

Maka, bagi wanita kelebihan besar, mungkin serupa dengan bersolat di masjid, mungkin lebih afdal atau kurang.

Maksudnya: paling afdal solat wanita adalah di rumah. Sekiranya kelebihan solat di rumah adalah lebih daripada mashid, ini bermakna seorang wanita akan mendapat seperti pahala bersolat di masjid, atau lebih. Kerana Rasulullah (SAW) bersabda, “Paling afdal solat wanita adalah di rumahnya.” Maka ini menunjukkan bahawa pahala yang diperolehi seorang lelaki yang solat di masjid, akan tercapai bagi wanita atau lebih daripadanya, kerana mentaati Allah dan RasulNya. Wanita itu berada di atas kebaikan yang besar kerana rumahnya lebih terpelihara baginya dan lebih jauh daripada fitnah. Sekiranya seorang wanita mematuhi Rasulullah SAW dan solat di rumahnya, diharapkan baginya seperti pahala seorang yang solat di masjid atau lebih.

[Fatwa Nur ‘alaa ad-Darb]

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Menolak Ajakan Suami ke Tempat Tidur, Meminta Cerai… Berikut Tanda-Tanda Isteri Derhaka

admin

Hukum Menyertai Kutu Emas

adminwm

BERBAHAGIALAH BAGI ANDA YANG SELALU RAJIN SHALAT DHUHA

admin

Leave a Comment