GAYA HIDUPSANA-SINI

Menjelang Ramadan, Anak Yatim Disantuni, Dijamu Seenak Selera

Bulan Ramadan yang bakal hadir beberapa hari saja lagi menjadi platform terbaik untuk kebanyakan umat Islam membuat amal kebajikan berganda daripada kebiasaan. Inilah bulannya umat Islam berpesta ibadah dengan pelbagai amalan, antaranya membanyakkan sedekah. Mengambil inisiatif sedikit berbeza, restoran makanan laut berkonsepkan masakan Thai, Restoran Thai Charoen Seafood menyantuni anak-anak yatim dari Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Mantin, Negeri Sembilan sebelum menjelangnya Ramadan. Seramai 23 anak diraikan bersama jemputan media dan rakan badan amal lain yang turut hadir.

Dalam satu hadis, Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmidzi, no. 1917).

Menurut Pengurus Restoran, Sam Aziz, agenda ini dilakukan sebelum bulan puasa supaya anak-anak ini boleh menggunakan wang sumbangan yang diberikan sebagai persiapan awal menyambut puasa. Lagi pula, pada ketika ini anak-anak masih belum sibuk dengan aktiviti Ramadan, jadi program ini tidak mengganggu fokus ibadah puasa mereka kerana diadakan lebih awal.

“Ini adalah program julung kalinya dianjurkan Restoran Thai Charoen Seafood sebagai satu usaha kerja amal kami kepada yang memerlukan. Anak yatim antara golongan yang sewajarnya mendapat perhatian masyarakat tidak kira apa jua bulan. Namun, istimewanya menjelang Ramadan, kami mahu mereka turut bergembira menyambutnya dengan jamuan makanan lazat dan ‘duit Raya’ seperti anak-anak lainnya,” tambah Sam Aziz lagi.

Menemubual Penyelia Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Umi Norjia, kongsinya, anak-anaknya ini begitu teruja apabila mendapat undangan pihak restoran kerana mereka agak jarang berpeluang menghadiri majlis seumpama itu. Beliau turut berterima kasih kepada pihak pengurusan restoran yang sudi berkongsi rezeki dengan anak-anak ini dan tumpang gembira melihat kegembiraan pada wajah anak-anak yang berselera sekali menikmati makan tengah hari itu. 

Pihak Restoran Thai Charoen Seafood dalam perancangan untuk mengadakan lebih banyak program amal seperti ini pada masa akan datang, seiring dengan pembukaan baru beberapa cawangan mereka yang akan diberitahu kelak. Restoran Thai Charoen akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan ini dan berjanji akan menyediakan hanya yang terbaik dalam juadah berbuka puasa kepada pelanggan mereka dengan masakan berasaskan menu Thai tapi dalam rencah selera orang kita.

Related posts

Makanan Pesakit Kanser

admin

Minyak Bunga Matahari Untuk Kecantikan

adminwm

Done, Seen & Heard: COVID-19 Buka Pekung Manusia!

admin

Leave a Comment