DONEDONE, SEEN & HEARDSEEN & HEARD

KISAH MENTERI JADI MODEL – Sudah-sudahlah Mencaci!

I have Rina Harun’s old photo as a motivation (saya mempunyai gambar lama Rina Harun sebagai motivasi),”  kata salah seorang pengguna Twitter menggunakan nama @natashaanuar. Gambar lama Rina boleh dijadikan motivasi buat dirinya

Dah sekian lama hal ini berlaku dan ingat dah reda, setidak-tidakpun suam-suam kuku, tetapi rupa-rupanya ada juga lagi kedengaran cakap-cakap sumbang yang menjadi tumpuan perbualan di majlis-majlis. Baru-baru ini kala menghadiri majlis pun masih ada juga disebut-sebut perihal itu.

Kecuh Menteri Pembangunan Wanita & Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Mohd Harun dikecam dalam platform alam maya beberapa bulan lalu masih jadi topik hangat. Sejujurnya saya tidak mahu menyebutnya lagi. Kisah ini seharusnya sudah menjadi ikhtibar dan disimpan dalam lipatan sejarah, baik bagi yang empunya diri mahupun buat semua.

Hentikanlah komen dan kata-kata sinis yang pahit untuk didengar… and move on!

Seikhlasnya saya amat benci pada komen-komen yang sekadar untuk menaikkan darah orang ramai, meluapkan kemarahan dan kemudian selamba dengan kesan yang dicetuskan.  Bukan tidak sensitif malah kala berita itu tersebar saya juga turut tersentuh dan bersama emosi rakyat terhadap perkara itu.

Namun sebagai wanita dan sekadar keinginan untuk berfikir secara terbuka, naluri saya memaksa cuba menerima dan melihat perkara ini dalam perspektif dan ‘hukum’ yang berbeza.

Yang pasti, hentikan lah cacian dan kata-kata kesat yang tidak mendatangkan faedah malah hanya mencerminkan diri sipencaci yang bukan sahaja nampak kurang manis malah bagaikan tiada peradaban dalam berbicara.

Saya faham apa yang bermain di fikiran masyarakat khususnya kaum wanita dalam hal ini, tetapi tidak boleh kah kita melihatnya daripada sudut yang

positif? Walaupun isu ini agak berat dan perlu ditegur namun perlulah ada batas dan budibicara.

Jadikan Motivasi Diri!

Sejujurnya, saya melihat tindak tanduk YB Menteri Rina Harun sebagai satu usaha yang positif dan saya hairan mengapa kita tidak boleh melihatnya daripada perspektif tersebut? Mengapa tidak ambil usaha beliau itu sebagai satu motivasi – Jika YB Rina boleh, sudah tentu kita juga boleh kan?

Dari awal isu ini diperdebatkan saya memang berasa kagum melihat perubahan YB Rina dalam jangka yang begitu singkat sedangkan beribu wanita di luar sana yang bertungkus lumur berdiet dan melakukan pelbagai kaedah senaman melalui cara tersendiri atau yang dianjurkan oleh pakar malah tidak kurang yang melalui pembedahan.

Peliknya ada yang berbulan-bulan dan ada yang sampai bertahun-tahun mengamalkan diet yang dipilih tetapi gagal mencapai matlamat. Sedihnya ada yang menjadi lebih gemuk, atau berat badan tidak konsisten; sekejab kurus, sekejap gemuk balik, sekejap kurus dan tidak kurang yang menghidap penyakit sampingan kesan kaedah diet yang tidak sesuai atau tidak sihat.

Sebagai seorang yang conscious perihal berat badan, saya amat faham perasaan seorang wanita bila berat badan naik. Bagi saya naik dua kilo pun dah macam kalut dibuatnya. Kenyataannya bukan mudah untuk mengurangkan berat badan dan apa lagi untuk meniru kejayaan YB Rina itu. Ia bukan sahaja memerlukan kecekalan malah disiplin yang tinggi. Saya faham sangat bagaimana rasanya melihat orang berjamu di depan mata sedangkan diri terpaksa menahan dan sekadar menelan air liur, just to make sure that the scale does not shoot up.

Kita sepatutnya berbangga dengan ketabahan dan kecekalannya untuk mencapai impian tersebut. Malah sikap dan pencapaiannya itu mampu merangsang juga membantu kaum wanita untuk bekerja keras demi memiliki rupa, bentuk badan yang bukan sahaja menawan tetapi sihat dan apa lagi jika turut dikurniakan paras yang rupawan dan kepandaian serta aura yang memikat.

Perlu Ada Batasan

Memang lumrah setiap wanita, mahu berjaya dalam kerjayanya, mampu membina rumahtangga yang bahagia dan mendidik anak-anak dengan sempurna, namun sentiasa nampak cantik dan menawan adalah sesuatu yang sentiasa menjadi pririoriti dan impian dalam kehidupannya.

Keinginan itu adalah natural dan tiada salahnya, namun perlu ada batasannya dan diiringi nilai-niali kewanitaan semulajadi yang Allah kirimkan bersama kala kita dilahirkan ke muka bumi ini. Antaranya ialah prihatin terhadap perkembangan dan perihal sekeliling, khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, isu kekeluargaan dan cemerlang dalam menangani hal-hal kemanusiaan setiap hari mengikut kapasiti tersendiri serta halus budibicara dalam kerjanya.

Badan yang langsing dan menawan adalah impian setiap wanita.

Saya ingin mengambil YB Khairi Jamaluddin yang sekian ini menjadi ikon kepada anak muda dan belia sebagai contoh. Kerana ketampanan dan caranya menjaga badan juga penampilan membuat beliau dikagumi dan menjadi idola bukan sahaja kepada anak-anak muda malah seluruh peringkat masyarakat.

Mengapa penampilan beliau itu diterima malah menjadi contoh dan ikutan? Ramai yang menjawab sinis soalan ini; beliau tidaklah bersolek dan berdandan malah tidak mengadakan fotoshoot di dalam premis pejabat! Mungkin itu satu kebenaran dan sebenarnya kesilapan YB Rina hingga isu itu diperbesarkan dan melarat hingga menyentuh hal peribadinya dan sudah tentulah kapasiti juga kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin dipersoal.

Secara psikologi kecantikan dan kesejahteraan tubuh badan adalah antara faktor penting yang merangsang seseorang khususnya wanita untuk meneruskan kehidupan hariannya dengan jaya dan cemerlang. Malah kajian membuktikan, wanita yang berhias rapi dan nampak menawan selalunya berjaya membuat urusan dengan lebih mudah dalam kerjaya berbanding rakan sekerjanya.

Secara logiknya wanita yang sentiasa nampak kemas, menawan dan berdandan rapi pastilah cepat menarik perhatian dan membuka ruang untuk orang menyenanginya dalam apa jua situasi.

Dalam kes YB RIna ini mungkin ramai yang beranggapan perbuatannya itu tidak boleh diterima kerana semangat itu telah bertukar menjadi satu ‘kegilaan’ yang melampau, dan telah menimbulkan rasa kurang senang serta  tanda tanya di kalangan masyarakat. Apapun biarlah bertitik noktah di situ

ADA MENTERI BERSOLEK, BERGAYA TAPI KERJANYA MANTAP

Bercerita perihal menteri-menteri wanita, membuat fikiran terimbau jauh zaman jadi wartawan kadet. Ketika itu saya selalu gelarkan diri ‘wartawan cabuk’.

Beberapa bulan bertugas, saya diarah bos, Puan Editor Hajah Zaharah Hj Nawawi untuk mewawancara salah seorang tokoh wanita yang salah satu daripadanya ialah Datin Paduka Rafidah Aziz yang ketika itu Menteri Perusahaan Awam kini Tan Sri Rafidah Aziz.

Rezeki saya agaknya, dan tentulah budibicara bos juga, belum pun sempat saya menerima maklum balas daripada pejabat beliau, editor memberitahu yang temujani sudah dibuat. Pejabat Datuk Paduka sudah memaklumkan tarikh dan tempat untuk temu ramah tersebut. Seronoknya tidak terhingga tetapi saya tertanya-tanya, bagaimana bos saya aturkan semua itu?

Dua hari sebelum tarikh yang ditetapkan, bos panggil saya untuk berbicara sesuatu. Bersahaja dia memberitahu, Datuk Paduka sendiri akan datang menjemput kami di pejabat dan bawa kami makan tengahari. Tergamam seketika. Sudah lah dapat bertemu dengan tokoh yang saya sanjungi, dapat belanja makan lagi. Orang tua-tua kata ini ‘rezeki rimau’. Seronoknya tak terhingga!

Kemudiannya barulah saya tahu, mereka berdua adalah kenalan lama sebelum masing-masing memegang jawatan penting, jadi Datuk Paduka berhasrat belanja bos makan tengahari di restoran Jepun Fima Rantei, yang ketika itu terletak di perkarangan Muzium Negara dan memang dekat dengan pejabat kami The New Straits Times. MasyaAllah! Bertuah betul dapat kawan macam tu, dah jadi menteri masih ingat pada teman-teman lama.

Sesampainya beliau, bos duduk di belakang bersebelahannya dan saya duduk di seat depan sebelah pemandunya. Ketika itu berkumandang lagu rancak dan selepas menyapa khabar begitu mesra sekali, bos perkenalkan saya kepada beliau. Saya berpusing ke belakang dan kami bersalaman. Mesranya sapaan beliau macam kami dah kenal bertahun.

Sambil melayan lagu rancak yang sedang berkumandang (saya tidak nampak apakah beliau sedang menggoyang-goyangkan badan atau menari kerana berada di depan tapi saya bayangkan itu mungkin yang sedang beliau lakukan kerana sifat beliau memang ceria walaupun serius orangnya.

Masih segar di ingatan, dari hujung mata, sipi-sipi kelihatan beliau membuka beg tangannya dan mengeluarkan sesuatu; pek bedak dan gincu bibir, sambil berkata, “Let me have some lipstick on first, kita orang perempuan, sibuk tu sibuk lah dengan kerja tapi nak lah juga berbedak, berlipstik,” pintasnya dengan senyuman lebar. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau itu.

Ya, betul seperti yang beliau katakan, penampilannya memang sentiasa kemas dan bertenaga sehingga ke hari ini. Auranya cukup kuat, walaupun ada juga rasa gemuruh, maklumlah ‘wartawan cabuk’ ketika itu tetapi hati berbunga dan seronok yang teramat sangat.

Membuat saya kagum dan teringat-ingat hingga kini ialah kemesraannya dengan bos saya itu. Perbualan mereka jelas menggambarkan mereka teman baik suatu ketika dan walaupun telah memegang jawatan tinggi ketika itu dan menjadi ikon wanita yang disanjungi, beliau sedikit tidak menunjukkan sifat sombong, angkuh atau sukar untuk didekati seperti sesetengah pemimpin atau wakil rakyat yang hingga ada dicap oleh masyarakat, susah nak jumpa, kalah PM lagak sibuknya.

Ini adalah antara bibit-bibit pengalaman dengan pemimpin dan nama gah dalam kerajaan sepanjang menjadi wartawan. Selain beliau saya juga pernah mengalami beberapa pengalaman dengan pemimpin wanita yang boleh dimasukkan ke dalam kategori ini misalnya Tan Sri Sharizat Abdul Jalil, Dato Seri Dr. Ng Yen Yen dan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Related posts

Cebisan Rasa 2021: Segan Jadi Melayu, Malu Ngaku Rakyat Malaysia

admin

Kisah Pendek, Aku Anak Malaysia!

Mahani Awang

I Will Stay Relevant As For Now

admin

Leave a Comment