DONEDONE, SEEN & HEARDSEEN & HEARD

Kisah Pendek, Aku Anak Malaysia!

Anak merdeka, dilahirkan pada 1958, just a year after the country gained its independence from the British. I felt I was very lucky, kerana tak perlu buka buku sejarah namun mendapat firsthand information and experience from those who went through it when I was very little. Ayah, mak dan nenek memang gemar bercerita tentang keperitan zaman perang dan zaman pemerintahan Jepun.

Kerana waktu itu televisyen baru diperkenalkan dan kami tidak memilikinya lagi, jadi lepas makan malam, kami sekeluarga berkumpul bermain dengan kucing yang berbelas ekor dan arwah ayah sambil-sambil itu membuka kisah silam zaman prianya di zaman Jepun dan emak pula tentang pengalamannya menjadi anak dara kala Jepun mendarat di Pontian.

Waktu itu mereka hanya makan ubi kayu dan pucuk-pucuk seperti pucuk ubi, pucuk paku dan ulaman sebagai lauk, itupun jika ada terdapat beras untuk dimasak. Sedihnya kata ibu, ada anak saudara sepupunya yang masih bayi waktu itu hanya minum air kanji sebagai susu dan akhirnya meninggal dunia mungkin kerana tidak mendapat zat yang mencukupi bagi tumbesarannya dan sering kembung perut dan sakit. Ada juga yang mengutip biji pokok getah kemudian direbus dan dimakan untuk mengisi perut.

Cerita arwah emak, semua anak dara tidak dibenarkan keluar rumah langsung agar tentera Jepun tidak ternampak akan mereka dan wajah mereka dicomot-comotkan dengan arang supaya tidak bernafsu apabila melihat wajah mereka yang hodoh, jika tidak habislah mereka jadi mangsa rogol. Ayah pula pernah bercerita bagaimana orang Jepun memaksa orang tempatan minum air paip tanpa henti hingga perutnya kembung dan beberapa hari kemudiannya meninggal dunia kerana selepas minum itu, askar-askar Jepun tersebut akan menyiksa mereka dengan memijak-mijak perut mereka terutama orang Cina dan ada juga orang Melayu yang ditangkap kerana menjadi talibarut British.

Banyak lagi kisah sedih, pahit dan ngeri yang mereka lalui dan ceritakan pada kami dan membuat kami berasa takut dan bersyukur tidak hidup di zaman itu. Selain mak dan ayah, bapa saudara dan nenek juga suka bercerita pengalaman mereka kala zaman perang dan, zaman Jepun dan British. This is also what I meant by firsthand information because I hear it from the original sources and my own mother and dad. I believe they did not lie.

Sebagai selingan emak akan nyanyi lagu-lagu Jepun. Saya ingat lagu Sakura dan satu lagi sebuah lagu yang saya amat suka tapi lupa tajuknya dan masih ingat sedikit lirik dan iramanya agak menyayat hati kerana ia selalu dinyanyikan oleh askar Jepun kala mereka pergi berperang. Suara emak memang merdu dan arwah ayah pula suka lagu-lagu Barat dan selalu didendangkan dengan Smile, lagu Perry Como atau Somewhere There Is A Someone yang dipopularkan penyanyi Dean Martin pada era itu.

Saya masih ingat lagi lirik Smile yang boleh membuatkan saya bergenang air mata; Smile even your heart is aching, smile even though it’s breaking… Mereka berdua memang suka menyanyi dan pandai juga sedikit berbahasa Jepun malah arwah ayah boleh juga menulis sedikit Kanji.

Mengapa saya katakan kami yang lahir pada tahun-tahun 50-an dan 60-an atau Anak Malaysia juga beruntung kerana pada masa sama, kami juga berpeluang melihat dan hidup dalam beberapa era terkemudian, termasuk zaman perkembangan  teknologi. Kami telah berpeluang hidup dalam hasil peninggalan dan cebis-cebis Tanah Melayu hingga kini.

We have gone through such a memorable and significant lifestyle which dated the ending of Tanah Melayu, the beginning of the era Melayu Baru, kemudiannya Malaysia Baruyang cintakan negara dan bangsanya. Bagi saya era ini begitu penting dalam sejarah Malaysia kerana selain ia perlahan-lahan melewati zaman perang dunia kedua, ia juga garisan permulaan negara menjadi sebuah negara berdaulat yang baru saja di bebaskan serta punya masa hadapan dan perkembangan yang cerah.

Semangat Malaysia Baru yang dicanang pada awal 60-an itu menyeru generasi supaya tidak lalai dan alpa. Justeru, harus berganding bahu menuju Malaysia Baru. Ia juga bertujuan menanam semangat perpaduan pada generasi baru yang amat bermakna dan penting buat negara yang baru merdeka.

From the day I was born, Malaysia had already become a multi-racial community. Mengibas kembali zaman awal persekolahan, kindergarten di Kluang, Johor yang mana juga ia adalah satu-satunya pre-school yang ada di kawasan tersebut dan saya juga adalah satu-satunya pelajar perempuan Melayu di situ. The other students were made up of another Malay boy, who happened to be my neighbour, about half a dozen which was made up of Chinese and the kids remnants of the Portuguese.

Kanak-kanak British yang belajar di situ adalah anak asykar British berpangkat tinggi atau anak ekspatriat British daripada kem askar mereka di mana ayah waktu itu bekerja sebagai kerani di pejabat mereka.

Ketika di darjah dua, keluarga berpindah pula ke Johor Bahru. Ketika itu banyak kem-kem askar British mulai ditutup dan mereka pulang ke negara mereka. We live in Johor Bahru for a few years. That is where I lived with some close families and get to know my cousins, aunties and uncles and by 10 years old my family had moved to Petaling Jaya, Selangor.

Though little then, from their story telling, I vaguely remembered how they suffered through the Japanese occupation and then came the British, the independence and Malaysia became a democratic nation with Singapore as one nation besides Sabah and Sarawak. Saya juga masih ingat bahawa Brunei sepatutnya termasuk di dalam negeri-negeri Malaysia tetapi Indonesia tidak begitu setuju dengan usaha tersebut hinggalah tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.                                 

Size Do Not Matter – Walaupun Kecil, Malaysia Boleh!

Malaysia boleh! Bukan satu slogan yang dimomokkan tanpa sebab dan tidak sia-sia malah telah menyemarakkan semangat rakyat. That was the slogan that boosted Malaysia’s spirit proposed and propagated by none other than our 4th Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad. Memang beliau seorang yang visionary dan tersenarai antara pemimpin dunia cemerlang dan hebat, berjiwa kental serta berpandangan jauh. Kalau Amerika ada Abraham Lincoln, Cina ada Mao Tse Tong kita ada Tun M, seorang pemimpin yang kita boleh banggakan waktu itu.

He was farsighted and made us Malaysians real proud wherever we go especially overseas. Kerana dunia menyanjungi beliau, kita selalu dapat ‘a thumb up’ daripada rakyat tempatan yang kita temui dan dilayani dengan hormat walaupun kita hanya sebuah negara kecil di kalangan Third World countries.

Satu lagi fakta yang mungkin baru bagi ramai terutama generasi baru, atau anda mungkin fikir saya sedang berlawak, but a fact is Malaysia is the only country in the world to have actually won the war against Communism. Perang gerilya menentang kemasukan dan penjajahan komunis yang dikenali sebagai juga zaman darurat berlangsung selama 12 tahun berakhir pada 1962.

Yang penting kita menang dan Malaysia menjadi negara merdeka dan berdikari. Malaysia sememangnya boleh! Jika tidak masakan ada sindirian sebegini dan ingin saya kongsikan; Obama’s 2008 presidential campaign might have been inspired by Malaysia, because in Malaysia, everything boleh (can)! The secret is to show off what you know, and ‘agak-agak’ what you don’t.

Saya masih ingat lagi, ketika itu berusia lebih kurang tujuh tahun, Singapura adalah tertakluk dalam negeri-negeri di Malaysia dan antara negeri yang mewakili Malaysia selain Sabah and Sarawak.Pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia. Singapura become an independent and sovereign state and the Malaysia-Indonesia Confrontation ended in the same year.

Masih ingat lagi, waktu itu kita ada Malaysia–Singapore Airlines (MSA) sebagai flag carrier of Malaysia and Singapore yang mana satu syarikat penerbangan yang diterajui oleh dua negara pada pertengahan 60-an…Well, that may sound like a century dated but I must say that we have gone through the technical revolution, from aeroplane to Boeing, computer to digital 4.0. and now, the pandemic, the political madness if I must say and all the conspiracies, if I must add.

Menyebut teknologi, saya juga sempat menggunakan mesin penaip atau typewriter lebih kurang setahun lebih ketika mula-mula bertugas di Berita Publishing, sebuah anak syarikat milik The New Straits Times yang menerbitkan Majalah Jelita. Agak terkial-kial dan kekok juga kala mula-mula kami menyertai sesi latihan khas menggunakan komputer yang selalunya wajib kami hadiri selepas waktu kerja.

Waktu itulah kami menggunakan perkataan seperti slug, floppy disc dan bukan compact disc dan kami tidak pula memendekkan perkataannya menjadi FD seperti orang sekarang pendekkan menjadi DC.  Kami tetap memanggilnya Floppy disc. Mungkin kerana zaman ini masyarakt terlalu sibuk dan segalanya perlu diberikan singkatan kata dan thumb drive adalah sesuatu yang kami tidak pernah jangkakan akan wujud hari ini.

Kami juga sempat menyaksikan darurat pada lewat 60-an yang berlaku selepas pilihanraya. Peristiwa rusuhan kaum dan merupakan tragedi berdarah pada 13 Mei 1969 itu membawa kepada darurat yang diisytiharkan pada 16 Mei 1969. Perlembagaan Persekutuan telah digantung dan negara diperintah secara terus oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera.

Kami juga melihat, malah sama-sama dengan bangga menyahut dan mengharung arus kemajuan yang disarankan Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad hingga tersergamnya Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang mana ketika itu menjadi topik berita utama di serata dunia dan prasarana berteknologi tinggi termasuk lah pengangkutan seperti LRT dan monorel serta kita amat berbangga dengan Jambatan Pulau Pinang.

Hari ini, begitu banyak perkembangan negara ini jika mahu dibandingkan dengan negara-negara ketiga dan negara Asia yang lain dari sudut pendidikan, kesihatan, pembangunan dan juga teknologi. Malaysia boleh berbangga dengan pencapaiannya sehingga kini. Di dalam banyak bidang, rakyat Malaysia telah membuktikan kehandalan mereka.

Malah banyak lagi yang ingin dicoretkan di sini. Apapun berikut saya kongsikan beberapa fakta, peristiwa atau pencapaian Malaysia yang unik dan mungkin ada yang tidak mengetahuinya. Some are shocking but true. Jom kita lihat!

  • Apakah nama tertua Malaysia?  Pakar geografi Greco-Roman, Ptolemy menamakan negara kita Aurea Chersonesus, yang bermaksud ‘Peninsula of Gold’ dalam bahasa Inggeris atau Semenanjung Emas. Nama ini telah ditemui dalam buku Ptolemy’s book Geographia, yang ditulis lebih kurang 150 A.D.
  • –        Secara total, Malaysia mempunyai 65, 877 km (and still counting) panjangnya lebuhraya dan the Earth’s circumference is only 40, 075 km! Sebab itulah kita perlu membayar lebih banyak tol.
  • Jambatan Pulau Pinang. Jambatan Penang yang gah, termasuk ke dalam senarai jambatan terpanjang ketiga di Asia dengan memiliki panjang 13.5 kilometer.
  • Tertua di Dunia. Kesultanan Kedah adalah kesultanan awal di Semenanjung Malaya yang merupakan kesultanan tertua di dunia. Didirikan tahun 1136, kesultanan yang yang dipengaruhi Hindu Ismaini kemudian menjadi kesultanan Islam.
  • Tingkat Kematian Terendah di Dunia. Malaysia adalah salah satu negara dengan tingkat kematian terendah di dunia dalam hal penyakit pernafasan, yaitu 7,5 kematian per 100.000 orang.
  • Menara Petronas. Menara Petronas atau Menara Kembar Petronas adalah menara tertinggi di dunia periode 1998 hingga 2004. Pada 2004, Menara Kembar Petronas tidak lagi memegang rekod tertinggi di dunia kerana dikalahkan oleh Taipei 101.
  • Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur memiliki tinggi 421 meter. Menara ini termasuk sebagai menara tertinggi keempat di dunia dan tertinggi di wilayah Asia Tenggara.
  • Bunga Rafflesia. Bunga langka Rafflesia Arnoldi tidak hanya terdapat di Indonesia malah bunga ini biasa ditemui di daerah Sabah, Malaysia.
  • Gua Bawah Tanah Terbesar. Malaysia memiliki gua bawah tanah yang terbesar di dunia. Gua bawah tanah tersebut bernama Sarawak Chamber, yang terletak di Gunung Mulu National Park, Sarawak.
  • Alocasia Macrorrhiza. Sejenis tumbuhan Alocasia Macrorrhiza adalah tanaman dengan daun tunggal terbesar di dunia. Tanaman ini dapat dijumpai di Sabah, Malaysia. Daun terbesar yang pernah ditemukan adalah daun dengan panjang 3,02 meter dan lebar 1,92 meter.
Info internet oleh Global One Education The Mansion Bougenville, Jakarta, Indonesia internet

Related posts

What Another Year Of Extreme Horror After 2020!

adminwm

Mengenang Ramadan Kenapa Perlu Lebih Sepi?

admin

Beautiful People Called Malaysians

Mahani Awang

Leave a Comment