SANA-SINI

Kempen Bola Ikut sooka

Aplikasi penstriman aksi sukan LIVE dan kandungan hiperlokal – sooka, kini kembali dengan kempen untuk pelanggan yang tidak sabar menanti permulaan musim Premier League 2022/2023. Melalui kempen Bola Ikut sooka, pelanggan berpeluang untuk mengstrim kesemua 380 perlawanan LANGSUNG musim ini, memberi mereka kebebasan untuk menonton bola sepak pada peranti pilihan, dan membayar mengikut kehendak mereka.

Peminat bola sepak Manchester United ke zaman kegemilangan mereka boleh melihat dan menikmati penstriman perlawanan yang ditunggu-tunggu dengan promosi terbaru sooka – diskaun 50% untuk pelan sooka VIP+ Sports (kini RM20.95 sebulan) atau sooka VIP TV (kini RM42.50 sebulan) yang ditawarkan sehingga 31 Ogos 2022. Para peminat yang ingin menstrim perlawanan individu pasukan kegemaran juga mereka boleh memilih Single Match Pass dengan harga serendah RM7.90 setiap perlawanan.

Emarina Kamal, Ketua Program sooka berkata: “Kempen Bola Ikut sooka kami mengetengahkan bufet tawaran sooka pada musim Premier League ini, yang memberikan peminat bola sepak kebebasan untuk melanggan pelan bulanan ataupun membuat bayaran mengikut setiap satu perlawanan yang mereka ingin tonton melalui peranti mudah alih atau TV Pintar. “Selain bola sepak, pelanggan pelan VIP+Sukan dan VIP TV kami juga akan dapat menstrim acara sukan hebat lain seperti Formula 1, Jelajah Dunia Badminton BWF, MotoGP, Liga Sepak Takraw dan banyak lagi. Ini adalah sebahagian daripada visi kami untuk menggalakkan semua peminat sukan datang ke sooka dan menikmati acara-acara sukan yang mengagumkan.”

Untuk menikmati perkhidmatan sooka dan menonton aksi sukan kegemaran anda secara langsung serta kandungan hiburan tempatan melalui peranti mudah alih atau TV pintar anda, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan kedai aplikasi Samsung, LG, Sharp dan Sony (untuk VIP TV). Kesemua pelan langganan sooka hadir tanpa kontrak dan bebas komitmen.

Untuk maklumat terkini mengenai sooka, sila ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.

Related posts

Mak Siti Talent Academy

adminwm

Pure Blossom and Opulent Elegance.

adminwm

Fatia Artis Pertama Di Dunia Tik Tok!

admin

Leave a Comment