Pusat beli-belah IPC bekerjasama dengan masyarakat setempat bagi membantu keluarga yang terjejas akibat pandemik melalui kempen Happiness to Homes (Menceriakan Rumah). Melalui kolaborasi bersama HOPE Worldwide Malaysia, sumbangan daripada orang ramai ini dapat menyuntik semangat di kalangan penyewa dan masyarakat untuk menyalurkan bantuan makanan, barang keperluan dan peralatan sekolah kepada 150 keluarga B40 di kawasan Lembah Klang. Lebih menarik lagi, Pusat Beli-belah IPC turut meraikan penyewa dan pengunjung melalui inisiatif Citer-Citer IPC dengan jualan eksklusif dan kisah-kisah kecekalan usahawan di pusat beli-belah tersebut.
Sifat saling membantu kalangan masyarakat setempat mendorong pusat beli-belah di kejiranan ini untuk menganjurkan kempen Menceriakan Rumah sempena menyambut hari kemerdekaan dan Hari Malaysia yang mana ia bertujuan untuk membantu memberi kehidupan yang lebih baik kepada semua, khususnya golongan yang kurang bernasib baik. Dengan itu, Pusat Beli-belah IPC berganding bahu bersama para penyewa seperti Ben’s Independent Grocers, Harvey Norman, AEON Wellness dan Kedai Buku Popular untuk menyediakan tujuh kit keperluan asas rumah termasuklah:
1. Pakej makanan untuk bilangan ahli keluarga seramai dua (2) ke lima (5) orang bernilai RM63.05 yang mengandungi beras, minyak masak, minuman malt coklat, telur, tepung serbaguna, bawang dan ubi kentang (Nilai sebenar: RM79.62)
2. Pakej makanan untuk bilangan ahli keluarga seramai 6 orang dan lebih bernilai RM111.65 yang mengandungi beras, minyak masak, minuman malt coklat, telur, roti, tepung serbaguna, susu tepung, biskut, bawang dan ubi kentang (Nilai sebenar: RM140.90)
3. Cerek elektrik 1.5L Philips bernilai RM110.00 (Nilai sebenar: RM168.00)
4. Dapur gas Khind bernilai RM70.00 (Nilai sebenar: RM101.00)
5. Periuk nasi 1.8L Khind bernilai RM100.00 (Nilai sebenar: RM138.00)
6. Mesin sembur pembasmi kuman yang boleh dicas semula & mudah alih dengan larutan desinfeksi 1-liter bernilai RM159.00 (Nilai sebenar: RM238.00)
7. Pakej peralatan sekolah untuk seorang pelajar bernilai RM100.00 yang mengandungi buku latihan, stik gam, pensil 2B, pen, fon telinga, bekas pensil, beg sekolah (Nilai sebenar: RM136.80)
“Untuk memberi impak, ia memerlukan usaha seluruh komuniti. Kami akan terus berkhidmat untuk para penyewa dan pengunjung kami dan kami berharap dapat mencipta kenangan bermakna bersama dengan membantu lebih ramai lagi di Lembah Klang. Melalui kempen Menceriakan Rumah, kami ingin berkongsi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan bantuan,” tambah beliau lagi.
Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, IPC juga ingin menggembirakan para pengunjung melalui Jualan Citer-Citer IPC, dengan memberi ganjaran E-Baucar Merdeka bernilai RM10 kepada pengunjung untuk setiap belian RM200 dalam 2 resit bermula sekarang hingga 3 Oktober 2021. Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh didapati di https://ipc.com.my/citer-citer.
Kempen Pusat Beli-belah IPC Menceriakan Rumah juga akan berlangsung dari 16 September hingga 3 Oktober 2021.