Dari sudut bahasa :
Al-Waqf (اَلْوَقْفُ) bermaksud harta yang diwakafkan
Al-Habs ( اَلْحَبْس ُ ) bermakna harta itu ditahan
Al-Mana’( اَلْمَنْعُ ) bermaksud dihalang
Dari segi syarak :
Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.
Wakaf terbahagi kepada dua iaitu:
Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
Wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.
Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)
Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.
Wakaf am bermaksud sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak.
Wakaf khas pula bermaksud wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat Islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.
RUKUN WAKAF
- Orang yang mewakafkan. (الْوَاقِفُ)
- Pihak yang menerima wakaf. (الْمَوْقُوْفُ عَلَيْهِ)
- Benda yang diwakafkan. (المَوْقُوْفُ)
- Suratan yang berkenaan dengan wakaf termasuk wasiat (juga dikenali d
Wakaf Quran: Fadhilat dan Ganjaran Besar Bagi Mereka Yang Melaksanakannya
Wakaf Quran adalah salah satu konsep pemberian harta yang telah menjadi amalan Rasulullah SAW serta para sahabat sejak dari dahulu lagi.
Selain itu, ianya merupakan amalan kebajikan yang dianjurkan kepada umat Islam bagi meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
Fadhilat Mewakafkan Al-Quran
![](https://majalahwm.com/wp-content/uploads/2025/01/8d717d15-beb5-405c-b5c1-6ccae6830ec4.jpg)
Membaca al-Quran merupakan sebaik-baik ibadah yang kita boleh amalkan setiap hari. Ini berpadanan dengan dengan hadis yang bermaksud:
“Semulia-mulia ibadah umatku ialah membaca Al Quranul Karim (ibadah yang bukan wajib).”
Selain itu, terdapat juga firman Allah S.W.T yang menekankan kepentingan bersedekah seperti di dalam surah Al-Imran ayat 115 yang berbunyi:
“Apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, mereka tidak sekali-kali akan disekat daripada mendapat pahala. Dan Allah sentiasa mengetahui keadaan orang-orang yang bertakwa.”
Daripada firman di atas, dapat kita lihat bahawa apabila seseorang itu melakukan amalan sedekah, nescaya tidak akan tutup pintu pahala mereka.
Antara fadhilat-fadhilat mewakafkan Al-Quran adalah:
- Mendapat darjat dan kedudukan yang mulia
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang membaca al Quran dan ia mahir dengan bacaannya, mereka akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi terpuji.
Dan orang yang membaca al Quran dan ia tergagap-gagap padanya kerana kesusahan membacanya, maka baginya dua pahala.” Riwayat Imam Bukhari & Muslim.
- Mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah
- Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T
- Mendapat pahala yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
- Mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam
- Menyemarakkan syiar Islam serta berkongsi manfaat di kalangan umat Islam
- Al-Quran mudah dipelajari dan dihayati:
“Dan Demi Sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah siapa yang mahu ambil peringatan dan pelajaran (daripadanya).”
Tidak dinafikan lagi, terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh hanya dengan mewakafkan Al-Quran, tidak kira bagi yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Jom Berwakaf ersama WM
MAJALAH