kesihatan

KEISTIMEWAAN BERAS PULUT DAN PULUT HITAM

Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak, menjadikannya melekit apabila dimasak. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut kuning, pulut lepa, pulut manis.

Penanaman

Pulut ialah sejenis bijirin yang ditanam di Thailand, Jepun, Vietnam, China, dan Laos. Sekitar 85% daripada keluaran bijirin di Laos merupakan jenis ini. Rekod tentang pulut wujud sejak sekurang-kurangnya 1,100 tahun lagi di kawasan ini. Kelainan bijirin diperbaik yang terhampar ke seluruh Asia semasa Revolusi Hijau adalah beras, akan tetapi petani Laos menolaknya kerana lebih suka akan kelainan-kelainan pulut.

Menurut legenda Cina, pulut telah ditanam sekurang-kurangnya selama 2,000 tahun.Ujian-ujian kimia mengesahkan bahawa pulut juga dipergunakan sebagai bahan utama untuk membuat lepa batu-bata bagi pembinaan Tembok Besar China. Pulut kini digunakan dalam resipi di seluruh Asia Tenggara dan Asia Timur.

Bahan

Pulut tidak mengandungi gluten diet, iaitu ia tidak mengandungi glutenin dan gliadin. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk diet bukan gluten. Apa yang membezakannya daripada jenis-jenis beras yang lain adalah bahawa ia mengandungi amat sedikit atau langsung tidak mengandungi sebarang amilose, tetapi sebaliknya mengandungi banyak amilopektin. Kedua-dua bahan tersebut merupakan bahan kanji. Amilopektin menyebabkan bijirin ini bersifat lekit. Perbezaan ini telah dikesani ke satu mutasi tunggal yang dipilih oleh petani.

Pulut boleh dimakan, baik dalam bentuk dikilang mahupun tidak, iaitu dengan brannya diasingkan atau tidak. Pulut yang dikilang berwarna putih, manakala pulut yang tidak dikilang berwarna ungu atau hitam. Bagaimanapun, pulut hitam/ungu merupakan kelainan yang tidak sama dengan pulut putih. Kedua-dua pulut hitam dan putih, baik dalam bentuk bijian mahupun dalam bentuk tepung, boleh dimasak menjadi pes.

Tahukah anda beras pulut ini banyak khasiat dan keistimewaannya yang tersendiri. Antara khasiat dan keistimewaan tersebut ialah:

  1. Tidak mengandungi kolestrol dan lemak.
  2. Mempunyai nutrisi lain seperti:
    • Selenium
    • Zink
    • Magnesium
    • Tembaga
    • Vitamin B
  3. Antioksidan

Selain itu, beras pulut juga mempunyai manfaat ke atas kulit kita. Penggunaan beras jenis ini sebagai scrub dan mask dapat membantu dalam menjadikan kita lebih awet muda.

Sumber: Homel Store

Pulut hitam merupakan bahan makanan yang sering diolah menjadi pelbagai menu makanan manis. Teksturnya yang manis lemak membuatkan banyak orang menyukai olahan makanan daripada pulut hitam ini.

Beras pulut ini berwarna hitam sebelum dimasak. Namun, setelah dimasak warnanya akan berubah menjadi keunguan.  Warna hitam pada pulut hitam ini merupakan tanda bahawa bahan makanan ini mengandungi antoisanin (sebatian pewarna) yang tinggi.

Selain itu, pulut hitam juga mengandungi zat besi, protein, karbohidrat, serat, vitamin E, serta mineral seperti kalium, natrium, magnesium, dan zink.

Manfaat pulut hitam untuk kesihatan 

Melawan Kanser dan Penyakit Jantung

Pulut hitam dipercayai dapat membantu melawan kanser dan penyakit jantung kerana adanya kandungan antosianin di dalamnya.

Antosianin salah satu pigmen daripada antioksidan ini memiliki peranan penting untuk mengurangi kadar kolesterol jahat atau LDL, sehingga mampu melawan penyakit jantung.  Selain itu, jenis antioksidan ini juga memiliki sifat antiradang dan antikanser sehingga antosianinnya mampu menurunkan risiko obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.

Menjaga Kesihatan Pencernaan

Pulut hitam mengandungi serat yang cukup tinggi. Kandungan serat tinggi ini sangat penting untuk menjaga kesihatan usus.  Serat membantu menurunkan berat badan, tekanan darah, dan kolesterol. Pulut hitam memiliki efek probiotik yang baik untuk kesihatan saluran pencernaan

Menjaga Berat Badan

Serat daripada pulut hitam ini dipercayai berkesan mencegah masalah pada pencernaan. Selain itu, seratnya juga mampu mempertahankan berat badan ideal. Mengambil makanan tinggi serat daripada pulut hitam membuatkan rasa kenyang lebih lama

Menjaga Daya Tahan Tubuh

Pulut hitam membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh dengan adanya kandungan vitamin E yang tinggi di dalamnya.  Vitamin E pada pulut hitam dapat melindungi sel daripada kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Hal ini kerana tingginya kandungan antosianin dalam pulut hitam.

Related posts

Habbatus Sauda’ Ubat Segala Penyakit Kecuali Mati

adminwm

OBESITI PUNCA PELBAGAI PENYAKIT

adminwm

NASI DAN PERLUKAH ANDA MAKAN SETIAP?

adminwm

Leave a Comment