DESPERADO

Isteri Dipaksa Bertudung Kemudian Cari Bini Lain Yang Seksi

Aku bukan jenis yang suka melayan fb. Sebulan sekali sahaja aku buka, tak update pun cuma baca posting-posting di dalamnya. Dan satu hari aku ternampak nama familier ini. Aku scroll ke bawah, hi geteknya aku melihat dia ‘bermesra’ dengan isterinya di fb nya. Dan dengan kepsyen-kepsyen yang berbaur seks, yalah hak dia nak tulis apa tapi aku getek, waktu sama geli geleman membacanya. 

Lima tahun lalu lelaki yang aku sebut di atas itu adalah laki aku. Empat tahun usia perkahwinan kami kemudian aku mengambil keputusan minta dia melepaskan aku. Aku rasa aku berhak untuk hidup bahagia, dan malas hendak melayan kerenah laki mata keranjang. Aku tidak mahu makan hati berulam jantung. Orang kata isteri yang minta cerai dengan suaminya tanpa alasan kukuh tidak akan mencium bau syurga, tetapi aku percaya apa yang aku lakukan adalah lebih baik daripada aku menjadi gila disebabkan perangainya atau akhirnya aku pula berlaku curang kerana hendak membalas dendam atau aku mungkin menjadi isteri yang kurang ajar lagi biadap.

Waktu di universiti, kawan-kawan baik semuanya berhijab, tapi aku seorang sahaja yang tidak.  Aku kata pada kawan-kawan, “Aku belum datang seru untuk berhijab.” Lagi pun ayah aku sendiri bukan dilahirkan Islam. Dia bangsa Cina, revert, kerana berkahwin dengan mama, tetapi mama pun bukannya tahu sangat hal agama. Keluarga mama, aku pun pelik, aunty-aunty aku nampak semua melecehkan hal agama. Yang tua pun tidak solat, apa tah lagi mengenakan tudung, tidak lah. Jadi apalah aku yang tidak ada ilmu agama, mengapa pula bertudung sedangkan perkara wajib pun tidak aku lakukan. Bila kawan ajak bertudung, aku jawab, “Solat pun entah betul entah tidak bacaannya, tak payah bertudung dan tunjuk alim.”

Kalau aku solat pun macam terpaksa. Pendekkan cerita, sebulan itu adalah sekali dua aku solat. Puasa, ya aku puasa tetapi kadang-kadang aku gunakan alasan haid, walaupun haid sudah lama habis, tetapi aku leka dan terus melantak di siang hari. Kawan kolej ada juga tegur, “hai period you tak habis-habis ke?” Tetapi aku tidak kisah kalau mak ayah aku sendiri pun tidak berapa menyoalkan, siapalah mereka untuk mengingatkan? Aku salahkah mama kerana bukan hendak ajak daddy lebih dekat dengan agama setelah berjaya mengajak daddy peluk Islam untuk kawin dengannya. Pendek cerita peluk Islam cuma hendak kahwin dengan mama.

Berbalik tentang lelaki yang aku sebut di atas, dia bukannya pilihan aku masa di universiti. Banyak yang lain yang aku minat, tetapi yang lain rasanya tidak berusaha mendapatkan aku, mereka hangat-hangat tahi ayam sahaja. Pendek cerita si lelaki itu (mudah aku namakan dia Ali), ya si Ali datang seperti yang lain juga ingin berkawan. Tetapi si Ali ini, dia suka cakap hal agama dan sebagainya. Dia suka beri aku ayat-ayat untuk dibaca dan minta dihafal. Aku berterus terang dan bercerita latar belakang keluarga setelah beberapa ketika kami berkawan supaya dia faham dari mana aku datang. Kalau aku tidak solat, tidak bertudung dan sebagainya, aku harap dia boleh faham. 

Dan dia faham. “Mengapa you pilih I sedangkan you suka perempuan berhijab, you kata perempuan berhijab lebih ayu daripada free hair. Dan jawapan nya buat aku mengalah, “Aku baca perempuan dari dalam hatinya dulu. Cerita tudung dan sebagainya adalah untuk siri kedua atau ketiga, pertama aku mesti mengenali hati budi seorang. Dan I sudah jatuh cinta pada you yang orangnya tidak berpura-pura.” 

“Apa famili you akan terima ke I ni tak bertudung, I ni tak pandai ngaji quran.” 

“Sayang (berdegup jantung dia sebut buat pertama kalinya sayang), I can handle them, yang nak kahwin I bukan mereka.”

Begitu akhirnya aku termakan kata manisnya dan bersetuju untuk menjadikan dia suami. Lagipun dia bukan penganjur, dia berjawatan besar juga sesuai dengan kelulusan macam aku juga. Sebagai pegawai aku tidak susah hati, dan aku pun bekerja, maka itu aku percaya hidup kami tidak susah dan akan bahagia hingga ke jannah.

Lain ceritanya selepas kami berkahwin. Tidak alim mana pun dia, tetapi orangnya bersembahyanglah juga dan aku juga digalakkan belajar agama, khasnya untuk membetulkan solat dan sebagainya. Okay yang elok aku terimalah. Dan belum setahun kahwin, dia dah mula memaksa aku bertudung, “I rasa time up, you kena bertudung, I tak selesa tengok rambut you yang mengerbang, I tak selesa tengok wife I pergi kerja seksi.” “Abang, you see my baju mana seksinya?” saya menjawab. “Ni pun yang abang yang approve, apa masalahnya. Look at it, long pant, atau kalau I pakai skirt pun bawah lutut.”

 “I say no, you’re my wife, and I want you to put on the tudung, and that’s it. I malas nak jawab dengan my family mengenai you yang tak bertudung.” “Tapi dulu…” 

“Stop it, itu cerita lama. Yang penting you are my wife, dan isteri wajib taat perintah laki, abang tak mahu tanggung dosa bini tak tutup aurat.”

Aku argue dengan dia, mengapa aurat sahaja yang dibesarkan sedangkan banyak hal wajib yang belum dia tekankan. “Have you ever check my solat, bacaan dan semuanya. Abang pun solat ikut suka hati.” Dan suami bila disebut hal-hal begitu, oh naik anginnya dia. Dia rasa tercabar. “Kan I dah suruh you belajar dan cari ustazah, what are you waiting? And do not question sama ada abang solat atau tidak, dosa abang yang tanggung, tapi kalau bini abang tak solat, dedah aurat abang tanggung dosa-dosa itu, tahu tak?”

Dan okaylah, aku pun bertudung demi memenuhi kehendak suami. Aku pun tak kisah sangat. Aku beri kawan-kawan aku baju-baju yang tidak sesuai bagi orang bertudung, and in fact I change my wardrobe totally. Aku ambil kesempatan untuk membeli pakaian baru dan menambah koleksi tudung, really i spent a big some of money to move into the new me. Aku menjadi isteri yang taat kepada perintah suami, yang bertudung litup, dan waktu sama kerana juga kehendaknya aku belajar agama. Hari minggu dalam kesibukan menguruskan dua anak kecil, yang suami tidak berapa kisah pun, and I manage to handle. Hari bekerja di nurseri dan malam aku handle sendiri, aku juga masak, mengemas dan sebagainya. Pendek cerita aku ini superwoman. Handling everything all by myself. Di mana aku mendapat tenaga, aku pun tidak tahu. Tapi aku berjaya menjadi pekerja yang cekap. I don’t complain about my job dan waktu sama aku juga mampu handle the work load at home. Aku memang hebat.

Hey, kalau aku sudah bertudung dan menurut perintah menjadi ‘isteri misali, kenapa pula kamu pantang tengok perempuan berambut perang mengerbang. Entah my instinct selalu betul, aku perasaan laki aku kian menggatal, dan yang paling aku benci, dia boleh ambil  gambar dari jarak jauh yang orang tak sedar dia ambil gambar mereka, dan tunjuk pulak pada aku gambar perempuan-perempuan  free hair dan skirt singkat yang dia ambil secara kandid. ”Tolong abang, are you crazy and why are you taking all these pictures?” Dan lepas aku sound dia tidak tunjuk lagi pada aku tapi aku tahu dia tidak berhenti hanya sebab aku marah dia. Aku kenal sangat dia.

Hubungan aku dengan suami terus renggang. Dia dengan alasan sibuk di pejabat dan seribu alasan pada hari minggu untuk ke sana ke sini dengan hobi motor besarnya. Aku mengalah, dan membiarkan dia dengan kesibukannya. Lagipun aku sendiri sibuk dan tidak ada masa untuk bertengkar hal-hal yang demikian. Kalau dia kata dia sibuk, aku lagi sibuk tapi aku boleh handle urusan rumah tangga sedangkan dia tidak. Tapi aku tidak ada langsung masa melayan whatsapp kawan-kawan atau baca berfacebook dan sebagainya. Aku terlalu sibuk menguruskan hal rumah tangga dan kerja sehingga aku lupa untuk melayan diri sendiri. Dulu aku gemar pergi ke spa, berurut, facial dan sebagainya, kini masa itu aku tumpukan kepada dua anak, dan kelas aku mengaji. Aku berterima kasih kepadanya sebab ‘memaksa’ aku belajar sampai aku sudah pandai. Daripada buta huruf aku boleh tamat mengaji dan ilmu agama pun sudah banyak yang aku tahu. Aku berjanji selain mendidik anak ilmu agama, aku mahu mak ayah aku juga belajar. Memang untuk memaksa mak dan ayah solat agak susah, isu sensitif bila anak yang menasihat namun aku berjanji membawa mereka dekat dengan Islam.

Kembali kepada kisah rumah tangga aku, permintaan Ali juga semakin menjadi-jadi. Aku yang keletihan balik kerja, fetch anak, masak, mengemas dan sebagainya, kau ingat aku ada lagi tenaga untuk memuaskan nafsunya setiap malam? Bukan aku tidak suka seks, tapi aku lelah melayannya setiap malam. Helo, aku fahamlah kamu balik kerja rehat, tonton tv, main telefon, tapi aku… ada kamu pernah terfikir untuk membasuh pinggan mangkuk di sinki. Ada kamu fikir untuk melipat kain yang bertimbun, ada kamu fikir untuk memop lantai pada hari minggu. Yang kamu tahu, kamu duduk makan,  aku masak dan aku juga yang menghidangkan. Kamu kata lantai melekek, aku mop dan kamu buat apa, selain keluar enjoy dengan kawan-kawan,

Satu hari baru masuk tahun keempat kami berkahwin, dia memberitahu aku dia hendak berkahwin lagi. Aku diam, kerana sudah tidak kuasa untuk memikirkan hal dia. Cuma aku beritahu dia, “Abang tak ingat janji-janji abang?” Dia jawab, “Abang tak ingat dan tak payah pun diingatkan. “Abang bukan hendak kita bercerai,  just that, I need another person to fulfill my need as a man.” “Abang that two kids bukti yang saya memenuhi permintaan abang sebagai isteri, memberikan zuriat untuk abang. But if you want more, and have sex two to three time a day, I can’t. Unless abang bantu kerja rumah, you help with the kids,  I did everything in this house, penat.” Dia diam tapi anda ingat dia berhenti keinginannya untuk beristri seorang lagi? Oh tidak.

Aku tidak rela dimadu. Biarlah dia hendak kahwin, aku tidak peduli. Itu hak dia tapi lepaskan aku, itu permintaan aku. Oh you hendak kahwin, tapi at the same you tak mahu lepaskan I, banyak cantik. Please, abang pilih, kahwin dan lepaskan I, atau no kahwin. Tolong kita tidak payah turun naik mahkamah, I  don’t have much time for that. Just leave us alone, and you get lost.” Rumah ini kepunyaan dua anak you, dan mereka berhak tinggal di sini, dan nafkah mereka setiap bulan, abang wajib tunaikan. Sama ada abang ada anak lagi, tapi nafkah mereka itu saya akan tuntut. Dan abang tak payah fikir untuk memberi saya apa-apa sebab saya tak perlukan itu semua.”

Betul, yang paling aku berterima kasih adalah tidak melepaskan kerja aku. Oh, dia bukan main, lepas mendapat anak, dia paksa juga aku berhenti kerana kerana sukar mendapatkan pembantu dan dia pula tidak mahu hantar anak pada parents dia, (my mother siang-siang kata tak mahu jaga cucu), apa pun aku berkeras untuk terus berkerja sebab firasat aku mengatakan kalau terjadi hal tidak diingini, aku yang menanggung susahnya nanti.

Allahu Akbar, si alim kucing punyalah tayang bini barunya yang berambut perang dan pakai skirt atas lutut, and at times, pakai short, hem… dulu aku dipaksa bertudung sebab berdosa aurat isteri dijaja kepada orang ramai, katanya. Dan apa sudah jadi? Helo she is not even pretty, sorry, kalau tinggi lampai hendak pakai skirt senteng dan baju tak berlengan aku respect juga, ni pendek dan kaki pun besar. Eh bukan mengata tapi kenyataan, aku rasa aku lebih cantik. Yes, i am beautiful, awak boleh bayangkan aku with my mixed heritage, of course I am prettier than her, but it is okay, I give her credit that she is young. Muda pun tak jauh mana, mungkin tiga tahun sahaja.  Aku hendak tengok berapa lama perempuan itu bertahan dengannya. Enjoy your life with him. Sebenar kalau aku jenis yang tak sabar empat tahun pun sukar bertahan. Okay aku tak mahu cakap banyak, and I pray for your happiness Sally. Kalau kamu dapat bertahan lebih empat tahun aku salute.

Gambar si bini ala-ala macam bertelanjang bukan main ditayang untuk tatapan umum. Bangganya dia mendapat bini baru, konon anak orang berada. Sebenarnya dia tidak tahu yang famili aku juga orang berada. Kalau aku hendak buka cerita how rich they are kamu Ali tak kan hendak bercerai dengan aku. Sebab kamu tidak nampak Porsche, Mercedes and BMW in front of my parents house, sebab kamu tidak nampak my mama jinjing Birkin dan Chanel sebab tu bukan cara hidup mereka. Daddy and mama, hidup penuh sederhana despite their modern lifestyle. Moden maksud aku mereka tidak berapa penting agama tapi let me tell you now Ali, duit Amanah Saham aku penuh dan tidak pernah berusik, itu yang parents aku bubuh atas nama aku. Aku ketawa, dia bangga sangat menulis nama penuh si Sally lengkap dengan berbinti Datuk Seri H… hey aku kenalkan siapa bapa si Sally, and no comment okay.

Lepas dapat bini baru, si Ali memang jarang nak mencari anaknya. And I don’t really care, afterall masa bersama dulu pun dia pun jarang nak melayan budak-budak. Rasalah nanti bila sudah tua, bila kau keseorangan, ya kau akan kesunyiaan selamanya. Jangan komplain kalau satu hari mereka tidak mengendahkan kamu. Jangan komplain kalau mereka nanti lebih sayangkan bapa tiri mereka daripada bapa kandung mereka sendiri. Aku jenis tak kisah, kalau dia nak jumpa anak-anaknya, aku tidak larang. Jalau dia nak bawa mereka holiday dan sebagainya by all mean, lagipun kamu berhak, tapi kalau kamu tidak kisah, aku tidak akan hendak ingatkan kamu untuk ambil atau jenguk anak kamu.

Aku rasalah beginilah kita patut layan bekas-bekas laki, jangan beri muka kerana mereka ingat kita yang nak tersua-sua muka. Lainlah kalau bekas bini tak bekerja, mahu tak mahu kita kena rayu dan minta simpati, tapi bagi aku walaupun aku letakkan syarat untuk tanggung anak-anaknya dan setiap bulan untuk bank-in tapi aku tidak mengharapkan sangat. Kalau ada bonos.

Hari rencana ini aku hantar ke maja pengarang, aku sudah pun menjadi isteri orang. Dua tahun menjanda aku amat selesa dengan status aku, malah aku pernah berfikir untuk tidak kahwin lagi. Aku mahu hidup sendiri dan menumpukan sepenuh perhatian kepada dua anak. Apa lagi aku mahu, aku ada anak lelaki dan anak perempuan. Sudah lengkap, dan aku juga sudah dinaikkan pangkat, dengan gaji yang dikira lumayan. Aku hidup pun cara bersederhana, aku tidak suka tayang apa yang aku ada. Tak payah tayang siapa ayah aku yang Musang King nya pun berhektar-hektar. Fahamlah dia keturunan Cina dan pandai berniaga, jadi kalau dia hendakkan Datukship anytime, thank God, bapa aku bukan jenis orang macam itu, mak aku pun begitu. Cuma aku sentiasa berdoa mereka lebih dekat dengan tikar sembahyang.

And to tell you the truth, Si Ali itu sebenarnya hendak berbaik dengan laki aku. Mulanya dia tidak tahu lelaki yang dia berurusan itu (pastinya jauh lebih hebat daripada dia), bakal menjadi suami kepada ex nya. Dan aku pun tak tahu ceritanya. Masa kami hendak berkahwin, kami rancang untuk adakan majlis paling sederhana, lagipun kedua kami berkahwin kali kedua, jadi buat majlis pernikahan seringkasnya. 

Tetapi dia banyak kawan, and ramainya minta dijemput. Kan aku kata si Ali selalu mengendeng nak kan projek bisnes suami. Hendak dijadikan cerita sebulan sebelum kami berkahwin, sewaktu dia datang ke pejabat suami, secretarynya  pula ketuk pintu pejabat dan deliver box kad kahwin. “Next month saya hendak kahwin?” beritahunya pada Ali, “Itulah saya sibuk sikit. Sekarang cuba nak kecilkan guests list, tapi susah juga…” “Jadi you tidak boleh masukkan nama I dalam list you,” si Ali berlawak. “Hem… “it’s okay, I faham big boss ramai kenalan.” 

Both of us, pernah kahwin, dulu sudah merasa naik pelamin, so kami nak buat nikah dan hi tea aje.”

I faham… all the best for you,” si Ali menjawab, “Saja nak bagitahu, I kahwin yang second time ni, huh she is so demanding.  My first dulu she was so down to earth, ya so humble. My fault…and now I lost contact, I pernah juga call tapi dia tidak minat pun hendak bercakap. Cari dalam fb, tak jumpa. Salah I juga lepas tangan, anak-anak dia yang tanggung. I menyesal, ingat kalau jumpa nak ajak rujuk?”

 “Betul ke kalau I invite you, you hendak datang, I have to make sure semua yang I invite datang, sayang ada dah rsvp sekalipun lepas itu tak datang.” “Yes, big boss, sure lah I datang, even if I have to come alone.” 

“Jenis saya kalau majlis begini, kita kena invite husband and wife, unless dia single.”

Dan kad kahwin diserahkan kepadanya setelah ditulis namanya di atas kad. Si Ali was so excited, terus dikeluarkan kad dari envelope untuk melihat rupa kad jemputan. Dia membaca, wajahnya berkerut dan tangannya menggeletar. Menarik nafas panjang, si Ali bertanya, sebab ada nama Cina di penghujung, so dia percaya yang bakal dikahwini adalah ex wifenya. “The world is so small kan.” “You kenal?” “Syarikat saya pernah berurusan dengan syarikatnya, and she was incharge of that project.” (dia menipu). “Okay Ali andai you and wife ada hal yang lebih penting dan tak dapat datang, you inform my secretary please.

Si Ali and wife hadir majlis hi tea. Aku hairan macam mana dia boleh berada di dalam majlis, mula nak tanya juga siapa jemput kamu tapi tak kisahlah, elok juga dia tengok aku happy.
Sempat aku memperhatikan dia dari jauh dengan isteri seksinya. Ingat majlis ini party birthday ke, pakai baju terdedah di belakang. Memang kamu tidak tahu adat. Apa pun aku berterima kasih pada bekas suami aku tu, sebab dia aku bertudung. Thank God, Allah memberi aku lebih daripada apa yang aku minta, seorang suami yang baik, menyayangi aku dan anak-anak aku dan dari segi kewangan jauh lebih baik, alhamdulillah.

Related posts

“Puan Dah Pernah Bersedih/Kecewa Teruskanlah”

admin

AYAH ANGKAT PARANG, MAK MENGAMUK TAK RESTU. RUPANYA ADA KISAH HITAM 

adminwm

Gaji Dua Ribu Belanja Lima Ribu

adminwm

Leave a Comment