HABIB terus memperluaskan seleksi tawaran barangan kemasnya dengan memperkenalkan
koleksi terbarunya yang mengambil inspirasi daripada dunia fauna nan mempesonakan.
Koleksi eksklusif ini membiaskan aura feminin yang menekankan kehalusan bulu pelepah
sebagai titik fokusnya.
Ilham bagi koleksi ini tercetus berdasarkan pesona alam semula jadi yang pelbagai, HABIB
menerokai tekstur yang rumit serta reka bentuk nan anggun yang terdapat dalam rerimbunan buluan pelepah lantas menterjemahkan keanggunan abadinya yang diinterpretasikan dalam rekaan perhiasan yang memukau ini.
Anting-anting dihiasi 84 butir berlian bulat

RM21,760
Rantai leher dihiasi 87 butir berlian bulat

RM22,285
Cincin tangan dihiasi 60 butir berlian bulat

RM17,880
Keindahan rona emas ros jelas berkilau menyaluti keseluruhan koleksi ini di mana ianya digarap bersama emas 750/18k. Memancarkan gaya yang sofistikated serta mempesona, keseluruhan koleksi ini turut dihiasi dengan pancaran batu berlian yang mampu menawan
para penggemar barangan kemas mewah. Koleksi yang dipertaruhkan ini merupakan satu penghormatan artistik yang sinonim dengan jenama HABIB.
Koleksi ini mengetengahkan bulu pelepah yang sering dikaitkan sebagai simbol kekuatan serta keanggunan, lantas menjadi lambang kepada semangat kewanitaan.
Koleksi ini dihadirkan bersama tiga jenis barangan kemas mewah iaitu anting-anting yang elegan, rantai leher yang cukup memukau serta cincin tangan yang versatile.
Ketiga-tiga rekaan ini dihadiri dengan gaya yang senada sekaligus memancarkan ragam harmoni yang mampu membiaskan sisi keayuan si pemakai.
Koleksi ini sesuai buat mereka yang gemarkan sentuhan mewah dan inginkan sesuatu yang mampu menonjolkan aura unik tersendiri. Tidak kira bagaimana sang pemakai
menggayakannya, koleksi ini mampu membiaskan keanggunan, keayuan serta kilauan magis yang sering terlihat pada alam semula jadi. Serlahkan gaya anda dengan koleksi yang penuh kerdipan butiran berlian dan bersedialah untuk terpesona
akan rekaannya yang mentakrifkan erti barangan kemas mewah pada era moden zaman kini.