Syeba Yip sinonim sebagai perintis persada fesyen negara menerusi Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW). Sebagai Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Syeba memainkan peranan penting dalam menerajui dan mengarahkan kejayaan acara tersebut. Beliau secara peribadi menyelia pengurusan, menyelaras dan menjalankan tidak kurang daripada 20 pertunjukan fesyen secara berturut-turut dalam tempoh lima hari semasa acara tahunan tersebut. Di setiap tahun penganjuran MIFW menerima sebanyak 20,000 tetamu dan menampilkan tidak kurang daripada 120 pereka fesyen tempatan dan antarabangsa. Daripada logistik kepada organisasi acara dan pengurusan tetamu, ia merupakan usaha besar-besaran pada semua pihak yang terlibat.
Kemahiran organisasi Syeba yang cekap dan berdaya-method, perhatian yang tajam terhadap perincian, dan kemahiran pasukan yang berkarisma menyaksikan beliau menempuh cabaran tahun demi tahun, mengukuhkan reputasinya sebagai pakar-rujuk pilihan bukan sahaja untuk fesyen tetapi juga acara-acara berskala besar yang menjadi penentu-trend dan acara-acara yang tidak dapat dilupakan.
Bercita-cita tinggi dan berdaya-pacu, namun mudah didekati dan berkeperibadian, Syeba menggunakan pelbagai pengalaman beliau yang merangkumi produksi bagi TV dan komersial, penggayaan fesyen, rekaan produksi, Perhubungan Awam dan pembangunan perniagaan. Bakatnya juga terserlah di acara-acara yang menjadi tajuk utama seperti Maxis Fashion Talent Search; Miss Malaysia Universe (2010 & 2011) yang telah diubahsuai dan dijenamakan semula yang membawa kepada minat-minat baharu terhadap pertandingan ratu cantik negara; dan pertandingan L’Oréal Colour Trophy yang sulung di mana Syeba berjaya mengangkat dan memartabatkan pendandan rambut Malaysia sebagai artis dengan hak-hak mereka tersendiri.
Projek-Projek Syeba Yip
Fashion Awards Ceremony (Majlis Anugerah Fesyen) Mengiktiraf pemain industri fesyen yang memberi sumbangan besar kepada persada fesyen tempatan dan antarabangsa. Tetamu kehormat terdiri daripada ahli keluarga diraja dan personaliti industri terkemuka.
100 Iconic Faces (100 Wajah Ikonik) Pameran fotografi sebagai penghormatan kepada jurugambar fesyen terkenal Malaysia, yang menampilkan 100 karya terbaiknya. Pelancaran, majlis resepsi koktel, telah dihadiri oleh selebriti dan personaliti prolifik.
Who’s Next Model Search (Pencarian Bakal Model) Pemasaran, penajaan dan penganjuran acara untuk peraduan menarik ini dalam mencari bakat peragaan terbaik Malaysia. Pemenangnya, Yuen, terus menjadi model untuk jenama dan beraksi di pertunjukan fesyen di Hong Kong, China dan New York.
Levi’sTalent scouting and management for a regional advertising campaign juga StarFashion Week. Lain-lain Produksi surat-berita (newsletter) • Kempen pengiklanan dan bahan promosi jenama • Pengeluaran Lookbook • Daya mengena-pasti peluang perniagaan untuk pengembangan dan pendedahan jenama • Kerjasama dan perkongsian strategik dengan jenama antarabangsa• Menyertai pelbagai pameran perdagangan, minggu fesyen antarabangsa dan persidangan serta seminar yang disokong kerajaan
Selepas sedekad bersama MIFW, Syeba memulakan langkah baharu dan mengasaskan Zebra Square KL, hab untuk kepelbagaian acara di mana beliau terus bersinar sebagai minda konseptual dan kreatif. Dalam masa yang singkat, Zebra Square telah diberi penghormatan dengan keistimewaan untuk menganjurkan pelbagai acara jenama global dan acara bertaraf dunia.
Pada 2022, ketika dunia dibuka semula selepas dua tahun sekatan dan ketidaktentuan, Syeba sekali lagi mencipta semula dirinya dengan menerajui Byork KL, akronim untuk ‘Be Your Own Rare Kind’, yang menjanjikan pengalaman F&B, acara-acara yang unik dan keterujaan bersosial yang akan mengubah pengalaman warga-KL.
Pengasas Byork KL Syeba Yip bercakap secara terbuka tentang pengalaman luasnya sebagai pencetus idea di sebalik beberapa acara terbesar dan paling diingati di bandaraya (dan negara).
“Apa yang saya pelajari dalam lebih 20 tahun menganjurkan acara-acara KL yang masih meniti di bibir orang ramai.”
Apakah tiga perkara paling penting yang perlu diketahui oleh orang ramai sewaktu menganjurkan acara?
• Tetapkan matlamat dengan objektif dan belanjawan. Sebelum anda mula berkhayal tentang tema untuk acara tersebut, anda perlu menetapkan matlamat, objektif dan lebih penting lagi, belanjawan yang merangkumi semua parameter acara tersebut.
• Cari tempat dan wujudkan kontrak vendor.
• Penjenamaan.
Kesilapan biasa yang boleh mengganggu sesuatu acara/majlis?
• Tidak Merancang Awal Cukup. Sebaik sahaja anda mempunyai tarikh, belanjawan dan ringkasan, mulakan terus.
• Tidak Mempunyai Pelan Projek Acara dan Senarai Semak.
• Tidak Menjangka Belanjawan Bertambah.
• Tidak Merancang untuk Kehadiran Rendah atau “Tidak Hadir”
• Tidak Mendapat Pengesahan dalam Penulisan.
Terdapat begitu banyak butiran yang perlu difikirkan untuk membuat acara yang berjaya. Di manakah seseorang harus bermula?
– Bajet!
Daripada semua acara yang anda telah sertai, yang manakah paling anda banggakan dan mengapa?
Setiap satu daripada mereka melainkan anda terlibat di belakang tabir, anda tidak akan tahu dengan jelas berapa banyak kerja, masa, peluh dan air mata yang terlibat! Apabila tetamu menghadiri acara atau apabila pelanggan melihat hasil akhir, cabaran-cabaran telah pun diatasi supaya semuanya nampak mudah. Saya sentiasa berada di hujung tempat duduk dan menahan nafas sehingga acara itu berjaya dilaksanakan seperti yang dijanjikan dan hingga setiap tetamu terakhir telah meninggalkan tempat itu. Itu pun, kerja kami masih belum selesai kerana kami juga perlu mengemas!
Anda memilih untuk melepaskan Zebra Square yang anda mulakan dari awal dan kini memulakan Byork KL. Apa yang mendorong anda membuat keputusan ini?
Zebra Square adalah anak saya selama 12 tahun. Ia adalah taman permainan saya; ia memberi saya banyak peluang untuk mengasah dan menyempurnakan kraf dan kemahiran saya. Saya mencapai banyak kejayaan pada masa itu, secara peribadi dan profesional, terima kasih kepada pelanggan yang menyokong yang meletakkan kepercayaan mereka kepada saya dan pasukan saya. Semuanya terhenti secara dramatik kerana sekatan.
Perkara yang baik ialah, ia memberi saya banyak masa untuk berehat dan merenung – anda boleh katakan saya mengambil cuti sabatikal selama dua tahun! Saya mendapat inspirasi dan motivasi baru dalam tempoh itu. Apabila keadaan reda dan mula dibuka semula dan kehidupan bersambung semula di bawah “normal baharu”, rasanya wajar untuk saya juga memulakan permulaan yang baru.
Itulah sebabnya saya memutuskan untuk menjual Zebra Square, kemudian mencurahkan hati dan jiwa saya kepada bayi ini, Byork KL.
Nampaknya berisiko untuk memulakan perniagaan baharu sejurus selepas penutupan. Apa yang memberi anda keyakinan?
Setiap perniagaan datang dengan risikonya tetapi dalam setiap usaha, terdapat juga peluang untuk mendaki ke tahap baharu. Tidak ramai yang boleh mendakwa mempunyai bidang dan keluasan pengalaman yang saya miliki, dan saya yakin bahawa saya boleh terus menyampaikan acara dan pengalaman yang unik dan yang tidak dapat dilupakan kepada para pelanggan saya. Dengan setiap projek atau acara baharu, datang peluang baharu untuk mencipta dan berinovasi – itulah yang membuatkan api saya terus menyala.
Sudah tentu, saya tidak boleh melakukan semuanya sendiri. Selain pasukan yang hebat dan berdedikasi, saya juga amat bersyukur mendapat bermacam sokongan daripada mereka yang percaya kepada saya. Mereka melihat potensi besar di Byork KL dan ingin membantu mengemudikannya hingga berjaya. Saya berasa sangat positif tentang masa depan dan perkembangan Byork KL.
What can KL-ites look forward to from Byork KL?
Within a few short months of our soft launch, we have hosted a variety of private and corporate functions and are continuously getting requests for venue visits and food tasting. After the restrictions brought on by the pandemic, KL is more than ready to get back out there and party and mingle. And we have everything they need! Great space, great food, and the expertise to pull it all together.
Apa yang warga-KL boleh nantikan dari Byork KL?
Dalam beberapa bulan yang singkat selepas pelancaran pengenalan kami, kami telah menganjurkan pelbagai majlis persendirian dan korporat dan terus menerima permintaan untuk lawatan lokasi dan untuk merasa makanan. Selepas sekatan yang dibawa oleh wabak itu dibuka, warga KL ini lebih bersedia untuk kembali dan bersosial dan bergaul. Dan kami mempunyai semua yang mereka perlukan! Ruang yang hebat, makanan yang lazat dan kepakaran untuk menggabungkan kesemuanya.