Rambut cantik dan sihat merupakan idaman setiap wanita tetapi bukan mudah untuk mendapatkannya tanpa penjagaan dan khasiat yang betul bagi rambut serta kulit kepala. Antara sebabnya ialah pengguna tidak memberikan perhatian dan penelitian yang sama terhadap keperluan penjagaan rambut mereka. Oleh itu, sementara penjagaan kulit sering didahulukan dengan mengambil tindakan segera sekiranya mendapati sebarang bintik-bintik gelap atau jerawat, namun penjagaan rambut seringkali dipandang remeh.
Dove memperkenalkan Hair Therapy baharu – rangkaian penjagaan rambut luar biasa yang ditambah dengan ramuan penjagaan kulit untuk menyuburkan rambut setiap wanita pada peringkat sel.
“Kami teruja untuk melancarkan Dove Hair Therapy – rangkaian penjagaan rambut yang terinspirasi daripada penjagaan kulit premium pertama Dove. Ramai wanita mengabaikan kulit kepala dan sering menumpukan perhatian pada wajah mereka. Walau bagaimanapun, kulit kepala kita memerlukan tahap penjagaan yang sama kerana kelenjar sebum di kulit kepala adalah lebih banyak berbanding dengan bahagian badan yang lain.
Koleksi Dove Hair Therapy menyediakan pengguna dengan ramuan penjagaan kulit premium untuk memenuhi pelbagai keperluan rambut pada harga yang berpatutan. Ini membolehkan semua orang mendapat rambut idaman mereka dan sekaligus memiliki penampilan yang terbaik”, kata Natalie Goh, Pengurus Pemasaran Unilever di Malaysia dan Singapura.