Demi menjaga hati sang suami, isteri buat apa sahaja diminta oleh suami. Bagi isteri, dia perlu menjaga rumah tangganya walaupun ada kala permintaan suami tidak masuk akal. Isteri hanya mahu dia disayangi, dan tidak menduakannya. Ya, memenuhi permintaan suami baginya cara dia mengikat ikatan perkahwinan mereka.
Linda sewaktu kecilnya tinggal di pinggir kota. Dia benci sangat akan kehidupannya itu. Sering dia menyesali diri kerana dilahirkan miskin. Pekerjaan ayahnya tidak pernah diberitahu kepada sesiapa pun. Masakan dia mahu ada insan yang tahu ayahnya bekerja sebagai pemotong rumput. Mujurlah katanya pada waktu ayahnya memotong rumput, di tepi jalan, di padang dan di mana-mana, muka si pemotong ditutup.
“Aku benci kehidupan ini,” kata Linda kepada teman karibnya. “Benci dengan hidup susah. Malaslah belajar…baik aku keluar dari rumah dan cari kerja di kota.” “Linda… kerja apalah yang sesuai dengan kamu yang tiada kelulusan? At least kamu duduklah SPM, sekurang-kurangnya ada sijil, kalau tiada langsung kelulusan kamu nak jadi apa?”
Seperti yang dikatakan kerja apalah yang sesuai dengannya kecuali bekerja sebagai pelayan di kelab malam dan di situlah dia bertemu dengan seorang pereka fesyen. Tiada yang lebih menyeronokkan dia bila diajak memperagakan pakaian keluaran si pereka. Bermulalah statusnya sebagai peragawati sambilan.
Linda sedar selama mana dia hendak menyewa bilik? Pendapatan sebagai pelayan dan peragawati tidak mencukupi. “Aku kan peragawati, aku cantik, mengapa aku nak sia-siakan hidup aku?” katanya. “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.” Tumpuan hanya satu, mencari orang kaya yang dapat membela nasibnya.
“Tidak kiralah tua ke, sudah beristeri ke, tidak kira bangsa apa pun aku tidak kisah. Sebagai bini keempat pun aku sanggup asal lelaki itu berduit dan mampu memberikan aku kemewahan.”
Sebagai peragawati jalan untuk bertemu dengan insan-insan yang kaya raya tidak sukar. “Linda buka mata kamu besar-besar, pasang telinga dan hidu apa yang patut dihidu dan kejar sampai dapat kalau ada yang berkenan. Kalau kamu tak buat orang lain akan buat,” teringat dia akan kata-kata seorang rakan social escort. “Matlamat kamu Linda mahu cari laki kaya kan?”
Betul apa dikatakan teman. Linda tidak melepaskan peluang berkenalan apabila pada hari kala si ‘jejaka’ hadir ke coffee house dan hari itu dia kebetulan membuat pertunjukan. Sepanjang pertunjukan matanya tertumpu kepada tetamu khas petang itu, kacak dan ada title.
“He is the one,” katanya di dalam hati sebaik diperkenalkan. Mengetahui sang lelaki masih berkahwin, dia yakin dan katanya tiada yang mustahil untuk dia mendapatkannya tetapi kena kerja extra kuat.
Girlfriend dulu baru berkahwin. Itu rancangan Linda. Begitu mudah, siapa tidak mahu bercinta dengan peragawati dan seksi pula. Linda juga pandai melayan. Kali pertama bertentang mata, dia sudah berjaya menggoda si jejaka. Tidak lama kemudian dia sudahpun berpindah ke kondo mewah disewa oleh sang kekasih. Faham-faham sahajalah bila kekasih sudah menghadiahkan dia kereta dan kemudian kondo mewah menjadi miliknya.
Linda mahu berkongsi kesenangan dengan keluarganya walaupun dia sedar, dia miliki kesenangan daripada kekasih. Sebagai perempuan simpanan dia takut juga dan tidak tahu sama ada mereka boleh menerima keadaannya yang sebegitu. Usaha memiliki lelaki itu sepenuhnya belum diperolehi… dia perlu banyak bersabar.
Empat tahun menghilang dari rumah, Linda mencuba nasib untuk berbaik semula. Pulang dengan kereta Mercedes hadiah si teman. Dia dimaki tetapi bila pulang dia meletakkan wang RM5,000 di meja, mak ayah terdiam. Seminggu kemudian sebuah kereta Honda Civic di’park’ di hadapan rumah, siap dengan dokumen-dokumennya. Tiada seorang pun menyoal apa kerja si anak, yang penting hidup sekeluarga sudah berubah. Dan tidak lama kemudian si anak telah meletakkan keluarganya di sebuah kondo. Tamat kisah hidup mereka sebelum ini.
Setelah berapa pujuk rayu akhirnya dia menjadi isteri sang jejaka yang sah. Maka bermulalah kehidupan barunya… dengan title Datin di hadapan namanya begitu cepat dia memadamkan zaman lampaunya.
Meng’hire’ seorang pembantu khas, Rinn, yang bijak mewarnakan kisah hidupnya zaman kanak-kanak dengan cerita yang lebih positif. Diwarnakan zaman remaja dan sebagai isteri jutawan, semua dengan cerita yang dicipta sendiri. Dengan namanya pun ditukar, tidak siapa tahu kisah hidup derita dalam kemiskinan.
Hari demi hari Linda terbawa dengan kehidupan mewahnya. Dia selesa melayan suaminya yang gemar berparti. Apa yang dia risau dia ada tiga pembantu, dua untuk melayan tiga anaknya dan seorang lagi menguruskan rumahnya.
“Malam-malam kami akan keluar… he loves to entertain me. Dia yang ajar I minum. Mula I tak pandai, baru satu gelas dah mabuk, dan dia kata I kena pandai adapt to it. Jadi dia sediakan peti arak kat rumah, as and when kami rasa nak minum, kami minum, tiada kawalan, tidak terhad pada waktu tertentu atau minum bila ada tetamu sahaja. Anytime boleh minum. Tiada siapa melarang, mak ayah juga tidak menahan.”
Linda perasan suami senang dia berpakaian seksi. Lebih seksi lebih dia suka. Dia mahu isterinya yang tercantik dan paling diperkatakan. Ke parti terutama private party Linda tidak segan untuk ‘menayangkan’ buah dadanya yang montok. Dan dia tidak malu memberitahu pada pada teman-temannya yang dia telah menjalani beberapa pembedahan. “I did it for my hubby; he loves to see me in the sexiest look…hem.”
Cerita Linda, suami menyediakan kad kredit dengan limit yang buat dia sayang dengan sang suami. “I tahu dia sayangkan I, tak minta pun dia belikan, I dapat apa yang I mahu.”
Dulu-dulu bila mabuk, dia tidak beberapa perasan yang kawan-kawan suami juga ambil kesempatan untuk memegang-megang buah dadanya dan mengosok bontotnya… Tetapi dalam keadaan dia sedar pun kawan-kawan suami mengambil kesempatan. Kadang-kadang disuruh sang suami untuk mengosok-gosok buat dadanya. Teman-teman lelaki suami turut bernafsu untuk mencuba. Mulanya Linda rasa malu tetapi kata suami, “Darling… babe jangan susah hati… abang bersama sayang, apa yang ditakutkan? They just want to have fun. You pun tidak bolehlah nak kecil hati kalau I pun macam itu, just want to have fun. Seriously i have no issue, lagipun we just want to have fun. You’re too sexy and they can’t resist.”
“Abang tak jealous?” “Come on babe, you’re mine, nak marah apa… they just want to have fun. Lagipun just a private party, we know each other.”
Yang Linda sedar, kawan-kawan suaminya tidak bawa isteri mereka. Mereka bawa girlfriend atau social escort. “Tapi abang, perempuan yang mereka bawa bukan wife, okaylah kalau mereka nak mengatal, tapi I wife you?”
“Babe, my desire ni lain, abang happy tengok mereka layan babe, dan abang happy tengok you layan mereka.” “Peliklah abang ni, orang lain jealous abang pula suka mereka raba-raba.” “Babe you’re very very special to me.”
Kawan-kawan abang sorok dengan bini, pretend to be so setia, tetapi tengok they have fun dengan girlfriend dan perempuan perempuan escort. Abang tidak mahu sorok-sorok, abang bawa you ke mana sahaja. Yang penting kita happy.”
Mereka terus dibawa arus kemaksiatan. Parti liar yang sering diadakan kian menjadi-menjadi. Suami isteri sudah hilang rasa malu, arak dan dadah menguasai mereka. Sedang berparti pun mereka boleh ke satu sudut untuk berasmaradana. Sang isteri akibat terlalu bebas sudah tidak kisah siapa meraba, dan siapa yang mencium. Kawan kawan ambil kesempatan. Dalam keadaan tidak beberapa sedar, ada juga yang mengambil kesempatan lebih daripada itu. Yang hairannya suami tidak berapa kisah bila sang isteri separuh bogel terlentang di celah kawan-kawan lelakinya. Dia boleh ketawa melihat sang isteri tercari-cari colinya, panties yang dia sendiri sorot.
Sang isteri tidak boleh marah kalau suami kesayangan ada affair sana sini. Sudah diketahui ramai si Datuk ini memang womanizer. “Siapa tidak sayang isteri, I sayang sangat tapi biasalah kita lelaki… sesekali mahu juga kelainan. Bini I pun dengan dunia dia… last night dia tidak balik, I dengar dia ‘flat’ after the party.” “Maksud you?” “Terlebih dadah barangkali. I left early that night, sebab I ada nak jumpa my girl, I told the driver nanti fetch Datin dulu. Tetapi rasanya dia memang overdose and my friend bawa dia masuk bilik. Maybe si teman pun ambil kesempatan I pun tak tahu.”
Masa berlalu, anak-anak pun kian remaja. Separuh daripada masanya juga dihabiskan di luar negara. Alasan sahaja hendak bersama anak tetapi separuh masanya masih dengan dunia ‘kemaksiatan’nya. Arak dan dadah ecstasy sudah tidak boleh dipisahkan dengannya, dan sementalah ramai kenalan di kota fesyen itu, si Datin Linda terus hanyut. Sang suami sudah jarang bersamanya, kerana dalam sporting dia rupanya cemburu bila mana kawannya yang seorang itu telah bercerita yang dia dan isterinya hebat di ranjang. “Eh aku benarkan kamu acah-acah aje, well I don’t mind you kiss her, aku benarlah kau puji buah dadanya montok and kalau nari rapat-rapat tu pun, aku tidak kisah, I even allowed you to touch her… tapi aku rasa kau dah melampau. Atau kau hendak ambil dia jadi bini ke?”
“Of course not, aku masih hormat kawan, not to the extend merampas dia daripada kamu.” “Enough Danie, you can have her all by yourself.”
“No, I love my wife. I rasa you yang galak ajak dia berparti sampai lupa dunia…” “Ya my fault tetapi… aku rasa dia tersalah arah… terlalu carried away dengan kehidupan yang aku berikan. Apapun aku yang salah. Itu aku akui.”
Sebenarnya sang suami sudah berjumpa perempuan yang hampir separuh lebih muda usia daripada isterinya. Dia sudah jatuh cinta dan mahu memperisterinya. “You tahu kan, I jenis tak tahu nak keep two at a time.”
Sewaktu rencana ini ditulis, teman yang bercerita masih belum pasti yang mereka sudah bercerai atau tidak. Rasanya Datin Linda tetap mahu mempertahan statusnya sebagai isteri. Tetapi jikalau bercerai… teman memberitahu Linda akan menjadi janda kaya. Linda tidak bodoh, dalam hal wang dia champion, dia akan buat apa sahaja demi mendapatkan haknya.