EYE ME

Cinta Memang Pelik

“Aku tidak pernah merasai nikmat cinta,” terkenang kata seorang teman yang hari ini sudah pun pergi buat selama-lama. “Tetapi bukankah you berkahwin dengannya kerana you cintakan dia?” Saya bertanya. “Betul aku amat mencintainya tetapi cinta aku tidak berbalas.“ “Tapi…” “You mesti hendak tanya mengapa dia mengahwini aku? Entah barangkali dia tidak dapat meratah badanku sebelum kahwin, lalu terpaksa mengajak aku kahwin?”

Teman melanjutkan bicaranya. “Dia kacak, ada title, ada wang, ada kuasa, ada segalanya.. Perempuan mengelilinginya. Pabila dia bertindak memilih aku sebagai isteri selepas lama menduda, aku pula dituduh ahli keluarganya yang aku menundukkannya dengan jampi serapah, ya menggunakan bomoh, kata mereka. Aku dituduh mengsihirkan dia supaya dia menikahiku. Untuk menyakiti hati ini dalam masa tidak sampai setahun berkahwin, dia dengan senang hati membawa perempuan perempuan daripada pelbagai bangsa, Melayu pun ada, dan meniduri mereka di dalam kondo mewah kami. Aku hanya mampu mengintainya dari bawa pintu.

Mampukah aku berdiam? Tidak mungkin. Kami bergaduh, aku yang dulunya seorang yang tidak pandai mencarut tiba-tiba keluar segala macam carut. Bulan ke 10 kami kahwin, aku dapati diri aku mengandung. Aku ingat menghadiahkan dia anak boleh mengubah cara hidupnya. Sebaliknya aku dituduh oleh ahli keluarganya pula, anak yang aku kandung bukan daripada darah dagingnya. Dan dia percaya kata mereka.

Lalu dia merancang yang katanya sangat istimewa untuk aku. Aku dihantar pulang ke Malaysia dengan membekalkan aku wang secukupnya untuk persediaan menyambut kelahiran anak. “Belilah yang terbaik sekali untuknya (later baru aku sedar ‘bukan untuk anak kita’). Katanya juga, lebih baik anak dilahirkan di tanah air sendiri, dengan alasan mama aku yang menyambut cucu dan boleh menjagaku dalam pantang. Aku boleh berpantang sebagus-bagusnya. Katanya dia akan menyusul kemudian dan katanya pejabat di Londonnya nanti akan dijaga adindanya. Aku diberinya tiket. Rupanya one way ticket, and thats it. Selepas itu dia langsung tidak ambil tahu, tidak sekalipun dia menghubungi aku hanya sedikit wang yang dibankkan, itu sahaja. Sebaik habis pantang, aku menerima surat ‘cinta terakhir’ yakni surat cerai.”

Episod seterusnya, setelah beberapa tahun menjanda, kawan saya ini berkahwin lagi. Sekali lagi berkahwin tetapi tidak seperti orang lain yang berkahwin. “Mungkin orang lain dalam tempoh 20 tahun berkahwin, anak sudah beratur ramainya, tetapi sebaliknya kawan ini tidak dihadiahi lagi  dengan cahaya mata. “Sad, very sad… for he is very selfish, indeed he is impatient and insecure,” ceritanya. “Kami tinggal berasingan, sering berjumpa siang, dan malam dia pulang ke pangkuan ibu bapanya. Bila dia rasa dia mahu  anu, dia singgah sebentar melepaskan nafsu.”

Dan kamu bertahan?

Cinta itu pelik. Diperlakukan sebegitu masih bertahan, mengharap esok akan berubah dan tunggu esok dan esok lagi sehingga helai demi helai rambut yang hitam menjadi putih. Yang dinantikan tidak kunjung tiba. Si isteri hanya bisa menangis, tiba malam yang penuh sepi. Halilintar dan kilat yang sambung menyambung, yang ini yang amat ditakutinya membuatnya kadangkala terpaksa tidur di bawah katil berselimut dengan lapisan kain yang tebal sementara berdoa sang suami akan pulang menjengoknya. Tetapi tidak pernah sekalipun dia menjelma. 

Cinta itu dusta. Diperlaku seperti perempuan simpanan, bezanya dia tidak pun dilimpahi wang ringgit. Dia sendiri terpaksa bekerja untuk menampung kehidupannya dan anak tunggalnya itu. Bila mengadu sepi, suami mengatakan dia ada tanggung jawab yang lebih penting yakni menjaga kedua orang tuanya. Tambahan ibunya sakit. Itulah alasannya yang tidak membenarkan mereka hidup bersama. 

“Sehingga bila?” Aku tanya suamiku. “Sehingga bila-bila kita akan begini,” jawabnya. “Tetapi kalau kamu rasa kamu tidak boleh hidup sebegini lagi, sila cop jarimu atau tanda tangan di borang ini. Kita boleh berpisah secara terhormat.”

“Dan aku pun tidak berani meletakkan cap jari.”

“Mungkin dia ada perempuan lain di rumah ibu bapanya itu?” Saya cuba memberikan dia satu petanda, mengapa kehidupan suami isteri ini pelik. “No no… dia memang tidak ada sesiapa pun, dan tidak keluar ke mana pun.” 

“Kau pasti? 

“Ya.” Tapi dia tidak beri aku pergi rumahnya dan tinggal bersamanya di sana.”  

“Mereka tak welcome you, sayang. Bukankah cara hidup kita ini okay sangat. Kalau I tinggal sebumbung dengan you sayang, isteri I ni kena memasak hari-hari. Nanti isteri I penat, isteri tidak dapat jaga kulitnya yang sinar berseri, yang tidak dapat pedicure dan medicure hari-hari. I want my wife to be free from all these, you can enjoy your evening all by yourself, tidak payah susah-susah memasak, mengemas, membasuh kain baju I. My parents will take care of me. Rumah parents I ada tiga maid. Nak buat apa kalau tidak menjaga makan minum I juga?” Ini alasan diberikan sang suami.

“Dan you memang suka tidak memenatkan badan menjaga makan minum suami?”

“Aku tidak pernah kata begitu, malah aku mahu menjaga makan minum dan pakaiannya. Tapi dia yang memilih sedemikian cara hidupnya.”

Demi cinta, dan walaupun tidak berbalas, kawan saya ini tetap setia. Dia lalui sendirian. Sejadah menjadi saksi, kadang-kadang boleh diperah sejadahnya itu dek banyaknya air mata yang membasahinya. Kepada Allah sahaja dia berserah semuanya. “You tahu, selain Allah you adalah antara tiga orang yang mengetahui derita cinta ini. Malah ibu tidak tahu. Aku hanya tersenyum bila mana mama kata, “Kamu ini berkahwin tapi tidak berkahwin. Kamu ini pelik?”

‘The word love in the Quran appears over 90 places but interestingly it doesn’t define the word love but speaks about the very first consequences of love ‘committing’, Islam talks about commitment, if you truly love, then commit, if you do not commit, then your claim of love is not real.’

“Terima kasih kerana mengingatkan itu kepadaku kawanku,” katanya. Kemudian bertanya, “Tapi apa yang aku harus lakukan? Sepatutnya aku disedarkan hal ini 20 tahun yang lalu tetapi aku bodoh… kerana cinta, aku bertahan, kerana cinta aku merelakan diri diperbodoh oleh dua lelaki yang pernah bernama suami.”

Cinta memang pelik. Dan tiba-tiba kawan aku ini terjaga daripada ‘tidur’nya. Dia membawa diri seketika jauh ke negara Mat Salih itu, dan bertemu dengan seorang pria. Dia jatuh cinta, cinta pula berbalas, namun dia teringat dia masih isteri orang.

Saat dia mahu menandatangani surat yang sentiasa ada di biliknya… dengan nota berbunyi, “Bila kamu ready mahu dilepaskan, tekankan jari kamu di sini.” Begitu pun dia dihalang. Sang suami merintih, memohon seribu kemaafan, memohon jangan ditinggalkan, memeluknya erat, memberi dia ciuman, menghadiahkan dia cincin perkahwinan baru yang karatnya lebih besar. Memberikan dia keyakinan bahawa dia akan bersamanya dan mahu bersamanya sehingga bila-bila, sehingga nyawa dipisahkan dari badannya.

Lalu orang di sana terpaksa dilepaskan, tetapi sebaik dilepaskan, sang suami beralasan semula, “Siapa pula yang boleh menjaga ayah aku yang tua, yang bersendirian kerana ibu telah meninggal dunia?” 

Teman terduduk lagi. Dia diheret dengan cinta luka tidak berkesudahan, sehinggalah membawa kepada pemergiannya beberapa tahun yang lalu. Adakah dia pergi kerana derita cinta atau daripada penyakit kansernya? Kata saudara terdekatnya, penyakitnya berpunca daripada perasaan pilu yang menyelubungi keseluruhan hidupnya, yang tidak pernah memilik cinta, waima daripada ibu dan bapanya sendiri kerana mereka berpisah semenjak dia kecil. Kemudian dia jatuh cinta dengan insan-insan yang tidak pernah menghargai cintanya.

Kamu yang membaca, ingat pesan ini, lelaki baik akan memberimu cinta yang baik membawamu pada sesuatu yang baik dan menjadikan dirimu lebih baik. Lelaki yang baik tidak akan membenarkan kamu menangis setiap malam menginginkan dibelai dimanjai, kerana tanpa diminta pun dia akan memberikan lebih daripada apa yang dia ada. 

Cinta, kalau ia didusta, tunggu jangan lama. Setahun dua bisa saja tetapi 20 tahun, 30 tahun ia kerja gila. Jangan jadi seperti kawan saya, dia merindui untuk dicintai, namun dirinya tetap sendiri sehingga dia pergi dan tidak kembali lagi.

Apa khabar sang suami? Dengar cerita dia sedih dan kesal, tetapi untuk apa? 

I wish, you’d look at me,

Like the way I look at you.

I wish, you’d search for me,

Like the way, I search for you,

Wherever I go.

I wish you’d love me,

Like the way, 

I love you.

But I know you do not want me,

And I know you,

Will never be mine.”

People are weird. When we find someone with weirdness that is compatible with ours, we team up and call it love.” Dr. Seuss

Ceritaku tamat di sini.

 

Jurugambar: Fendi Shas
Solekan: Helmy Sharip
Lokasi: White Studio
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Doaku…

Wirda Adnan

I’m Annoyed By Fake Designer Bags And…

Wirda Adnan

MEI (mummy, emak, ibu) Syurga Anak-Anak

Wirda Adnan

Leave a Comment