Bagaimana Mendapatkan Hidayah dari Allah?

Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang ditentukanNya. Allah SWT mengutus para nabi dan rasul, serta diturunkan bersama mereka beberapa kitab suci.

Selepas zaman kenabian, Allah mengiktiraf pula para ulama sebagai pewaris nabi yang bertindak mengajak umat manusia kepada keredhaanNya. Semua itu adalah bukti yang jelas atas adanya ketersediaan pelbagai cara dan saluran bagi manusia untuk memperolehi hidayahNya.

Al-Quran telah menyatakan, bahawa untuk menerima petunjuk dan hidayah ada beberapa syarat yang perlu dilakukan. Kenyataan ini sebagaimana yang disebutkan di dalam firman Allah;

وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيۡنَٰهُمۡ فَٱسۡتَحَبُّواْ ٱلۡعَمَىٰ عَلَى ٱلۡهُدَىٰ فَأَخَذَتۡهُمۡ صَٰعِقَةُ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡهُونِ بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ

Maksudnya, “Dan ada pun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepada mereka, lalu mereka mengutamakan kesesatan daripada hidayah dan petunjuk; maka mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.”

(Surah Fushshilat: 17)

Dengan erti kata lain, Allah telah menyediakan salah satu cara untuk memberi petunjuk kepada kaum Tsamud dengan diutuskan Nabi Salih as kepada mereka. Namun sebaliknya mereka lebih mengutamakan kesesatan daripada menerima petunjuk (hidayah), sehingga mereka diseksa dan berakhir di api neraka.

Allah juga telah berfirman,

رُّسُلٗا مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى ٱللَّهِ حُجَّةُۢ بَعۡدَ ٱلرُّسُلِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمٗا

Maksudnya, “Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang yang kafir dan yang berbuat maksiat) supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Doa diberikan hidayah;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Dari Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) dari Nabi SAW bahawasanya baginda pernah berdoa : “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta).” 

(HR Muslim  No: 2721) 

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Rasulullah SAW mengajar kita berdoaa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, di kurniakan sifat ‘afaf dan ghina.
  2. Hidayah adalah petunjuk dan bimbingan dari Allah.

Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

  1. Setiap org perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masaalah dunia dan akhirat.
  2. Jika seseorg yg menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain.
  3. Imam Nawawi dlm Syarah Sahih Muslim mengatakan, “Afaf (الْعَفَاف) bermakna menjauhkan dan menahan diri daripada perkara yg tidak di perbolehkan. Sedangkan al-ghina (الْغِنَى) adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”
  4. Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita seperti:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Allahumma innii asalukalhuda wattaqwal ‘afaf walghina

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)

Rasulullah SAW mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:

  1. Al-huda iaitu petunjuk dlm ilmu dan amal. 
  2. Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.
  3. Al-afaf iaitu dijauhkan daripada perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.
  4. Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dengan apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

Jom amalkan doa ini;

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata, bahawasanya ia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya hati semua manusia berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. 

Allah akan memalingkan hati manusia menurut kehendakNya.” 

Setelah itu, Rasulullah berdoa, “Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepadaMu!” 

(HR Muslim No: 4798) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  • Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak-balik).
  • Hati di umpamakan seperti bulu di atas pokok yg bergerak-gerak ketika di tiup angin. 
  • Ia juga berbolak-balik di umpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.
  • Begitulah fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara kebaikan atau kejahatan.
  • Maka berhati-hatilah dalam menjaga apa yang ada dalam hati agar tetap berada atas kebaikan.
  • Sesungguhnya penglihatan, pendengaran, persekitaran, pergaulan dan apa yang di makan atau di minum serta dibaca oleh seseorang mampu menyebabkan hati itu berubah-ubah dengan izin Allah. Namun, Allah jua yang memberikan ilham dan ikhtiar kepada hambaNya untuk memilih jalan bahagia atau pun sengsara.
  • Hati manusia berada di bawah kekuasaan Allah yg Maha Pemurah. Allah memalingkan hati manusia tersebut sesuai dengan kehendakNya. Imam Nawawi menyebutkan, “Allah membolak-balikkan hati seseorang sekehendakNya.”
  • Setiap Muslim di tuntut agar senantiasa berdoa memohon hidayah kepada Allah sekurang-kurang sebanyak 17 kali sehari (dalam solat).  Rasulullah sendiri senantiasa memohon kepada Allahagar diteguhkan hati dalam melaksana akan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah.

Antara doa yang diajar oleh Rasulullah;

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Ya Allah, Engkau yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepadaMu.

  • Jika seorang hamba bergantung dan bersandar pada dirinya sendiri, tentu ia akan binasa.
  • Kita hendaklah menyerahkan segala usaha kepada Allah dan janganlah berpaling dariNya walaupun sebentar.
  • Hendaklah setiap kita senantiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar terus diteguhkan hati dalam ketaatan dan tidak terjerumus dalam maksiat atau kesesatan.