AGAMA

Balasan Orang Sombong Di Akhirat

[vc_row][vc_column][vc_column_text]عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Nabi SAW bersabda, “Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum daripada muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal.” (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hassan Sahih.

 

Pengajaran:

  1. Sombong adalah sifat iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan Nabi Adam.
  2. Jika kita memiliki sifat merasa lebih mulia dan lebih baik daripada orang lain, dibimbangi menjadi pewaris sifat sombong iblis.
  3. Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.
  4. Orang sombong akan diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas
  5. Orang yang sombong akan diberi minum daripada muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

 

Marilah kita bersifat ramah dengan menjauhi sifat sombong. Elakkan daripada merasa diri kita lebih baik daripada orang lain atau memperlekeh serta merendahkan mereka.

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button