AGAMA

SOAL JAWAB MENGENAI IBADAH KORBAN?

FAQ Korban

Ibadah korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat Hari Raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah

Penjelasan lanjut:  di dalam konteks ibadah, korban atau qurban membawa maksud yang sama;  menyembelih binatang al-an am pada hari Raya Aidiladha atau hari-hari Tasyrik.

  1. Apakah syarat untuk melaksanakan ibadah korban?
  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka (bukan golongan hamba)
  1. Apakah Maksud Mampu Korban?

Mampu untuk melaksanakan ibadah korban bermaksud orang yang mempunyai lebihan duit untuk dirinya dan tanggungannya  selepas Hari Raya dan hari Tasyrik selepas membayar nilai korban.

Makruh sekiranya dia mampu untuk berkorban tetapi tidak melaksanakannya. Sumber: Mufti Terengganu

  1. Apakah hukum untuk melaksanakan ibadah korban?

Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH – iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.

  1. Apakah jenis-jenis korban wajib?
FAQ Korban
  • Korban atas dasar Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
  • Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
  • Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu: Contohnya sesuatu haiwan telah diniatkan untuk dikorbankan, “Lembu itu khusus untuk korban”. Oleh itu lembu itu wajib disembelih dengan niat korban
  1. Bolehkah melaksanakan ibadah korban ke atas orang meninggal dunia?

Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh simati.

  1. Bolehkah melaksanakan ibadah korban untuk anak saya yang masih kecil?

Boleh, dengan tujuan mendidik anak melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibu bapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat korban.

  1. Bolehkah buat satu bahagian lembu untuk satu keluarga?

Satu (1) bahagian lembu korban hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja. Tetapi diharuskan bagi peserta itu untuk berniat (doa) sedekahkan pahala korban itu kepada ahli keluarganya yang lain.

Korban kambing: Untuk seorang sahaja

Korban unta, kerbau dan lembu: Boleh dikongsi 7 orang walaupun berlainan niat

  1. Bolehkah kita buat korban untuk orang lain?
FAQ Korban

Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.

Contohnya: seorang anak melaksanakan ibadah korban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlu berniat, agar ibadah korbannya menjadi sempurna

  1. Adakah Saya Tidak Boleh Memotong Kuku Sekiranya Berkorban?

Bagi mereka yang berkorban, bermula 1 Zulhijjah sehinggalah dia melakukan ibadah korban, dia disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan.

Hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis Riwayat Imam Muslim (1977)

  1. Adakah perlu membuat akad perwakilan?

Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah korban kepada urusetia program korban. Akad perwakilan itu juga memadai dengan niat oleh peserta korban.

  1. Orang yang menanggung bebanan hutang, adakah boleh laksanakan korban?
FAQ Korban

Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah korban.

  1. Bolehkah daging korban diagihkan kepada orang bukan Islam?

Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.

  1. Apakah amalan sunat untuk orang yang melaksanakan korban?

Sunat tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga korban dilaksanakan.

  1. Bolehkah gunakan duit bantuan atau sedekah untuk melaksanakan korban?

Boleh, bergantung kepada kemampuannya.

  1. Perlukah buat korban lagi? Tahun lepas saya sudah buat?

Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.

  1. Apakah ibadah korban yang terbaik?

Ibadah Korban yang dilaksanakan di tempat (qariah) sendiri, menyembelih haiwan korban sendiri, melihat sembelihan korban (berwakil), mengagihkan daging korban sendiri. Sebaik-baik haiwan korban adalah yang paling banyak dagingnya. Haiwan korban yang terbaik ialah unta, diikuti lembu dan kambing.

  1. Saya/anak saya belum diakikahkan, boleh ke laksanakan korban dulu?
FAQ Korban

Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berkorban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah korban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala akikah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.

  1. Adakah Haiwan Mandul Boleh Dikorbankan?

Boleh

  1. Apakah Fadilat Melaksanakan Ibadah Korban?

Ibadah korban dapat:

  • Menebus dosa yang kecil
  • InsyaAllah dapat hassanah bagi setiap bulu binatang korban
  • Mendapat kedudukan mulia di sisi Allah SWT
  • Membentuk peribadi mulia

Hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

Riwayat al-Tirmizi (1493)

FAQ EZ Qurban

  1. Di manakah tempat pelaksanaan korban?

EZ Qurban melaksanakan Ibadah Korban di dalam dan di luar negara. Selain di Malaysia, antara negara-negara pelaksanaan ialah di (ASIA) Kemboja, Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh, India, Indonesia, (AFRIKA) Mali, Chad, Kenya, Somalia, Tanzania dan termasuk juga di beberapa buah Kem Pelarian seperti Rohingya (Sempadan Myanmar-Bangladesh) & Dadaab (Somalia- Kenya).

  1. Kalau sudah ada korban dalam Malaysia, kenapa nak buat juga di luar negara?

Kami memberi peluang kepada para pelanggan untuk membuat pilihan dalam melaksanakan ibadah korban samada di dalam ataupun di luar negara dengan penawaran harga perkhidmatan yang MAMPU LAKSANA demi untuk menggalakkan Umat Islam di Malaysia agar tidak terlepas daripada menyertai ibadah korban.

  1. Macam mana mahu tahu EZ Qurban ini betul atau tidak?

EZ Qurban berpengalaman selama 14 tahun menguruskan pelaksanaan ibadah korban dan akikah di luar negara. Pejabat kami beroperasi sepanjang tahun di Batu Caves Centrepoint. 

Kami merupakan pemegang pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti yang mana pensijilan ini memastikan kualiti pengurusan terjamin. Selain itu, kami juga telah banyak bekerjasama dengan institusi perbankan (Bank Rakyat & BSN), pendidikan (program CSR), koperasi, syarikat korporat, badan-badan NGO dan sebagainya. Kami juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak media dari stesen radio seperti Ikim, stesen TV seperti Astro Awani, TV Al-Hijrah, RTM, Media Prima & dan Bernama TV, dan media elektronik seperti Astro Awani, Harian Metro, Utusan Malaysia & Sinar Harian yang mana mereka juga turut menyertai kami ke sana untuk melihat sendiri proses yang kami lakukan.

  1. Haiwan korban jantan atau betina?

Kedua-duanya.

Tambahan : Jantina haiwan bukanlah menjadi syarat samada korban itu sah atau tidak.

  1. Berapa berat (saiz) haiwan korban? Dan berapa had umur haiwan sembelihan korban?

Saiz haiwan korban mengikuti piawaian & syarat haiwan yang boleh dikorbankan iaitu: 

  • Cukup umur: (Unta: 5 tahun, lembu,kerbau & kambing : 2 tahun, biri-biri : setahun @ dah bersalin gigi)
  • Tak cacat & tak berpenyakit

Tambahan : Sebaik-baik haiwan korban itu yang paling banyak dagingnya, tapi berat & besar bukan asbab menjadikan korban itu tidak sah.

  1. Mengapa harga korban di EZ Qurban lebih murah?

Kami membeli haiwan ternakan di negara-negara penternak lembu & kambing. Dan kebiasaanya kami membeli secara terus dari penternak dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.

  1. Bolehkah minta gambar korban?

Kami tidak menyediakan perkhidmatan gambar sembelihan korban secara individu atas faktor kuantiti haiwan korban yang banyak dan tempoh pelaksanaan korban yang terhad. Jika tuan/puan ingin melihat gambar aktiviti program sembelihan boleh layari facebook kami FB: EZ Qurban Sdn Bhd. Kami akan cuba untuk mengemaskini gambar program-program sembelihan korban dari semasa ke semasa.

  1. Bolehkah pilih negara pelaksanaan?

Peserta tidak digalakkan memilih negara pelaksanaan. Setiap pendaftaran akan masuk ke dalam sistem dan negara pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan mengikut keperluan setiap negara.

  1. Bila akan dapat sijil korban?

Sijil Pengesahan Korban akan diposkan atau di email (E-Cert) kepada para pelanggan dalam masa satu hingga ke dua bulan selepas selesai pelaksanaan ibadah korban, kerana tempoh tersebut adalah tempoh proses untuk melengkapkan segala laporan pelaksanaan ibadah korban yang kami terima daripada 36 buah negara pelaksanaan.

  1. Adakah memadai akad melalui borang/telefon sahaja?

Ya, memadai. Transaksi yang berlaku ada ijab dan qabul, iaitu persetujuan antara pembeli dan penjual samada secara lafaz ataupun melalui tulisan. Terdapat bacaan akad pada borang online EZ Qurban.

  1. Apakah EZ Qurban ada melantik mana-mana ejen?

EZ Qurban tidak pernah melantik mana-mana ejen jualan atau ejen persendirian untuk melakukan kutipan bagi pendaftaran korban.

  1. Bagaimana/siapakah yang urus dan memantau proses sembelihan korban di luar negara dalam tempoh COVID-19 ini?

Kami telah berhubung dengan wakil pelaksanaan di luar negara dan mereka memberi maklum balas bahawa di sana masih boleh melakukan sembelihan korban tetapi dengan jumlah haiwan yang terhad dan harus mematuhi SOP. Untuk makluman, pada tahun ini semua urusan pembelian lembu, sembelihan, agihan dan laporan diuruskan 100% oleh wakil kami yang berada di luar negara dengan pemantauan penuh dari jarak jauh oleh pihak EZ Qurban.

Jika anda ada apa-apa soalan berkaitan korban lagi, anda boleh anjurkan kepada kami dan kami akan kumpulkan sebagai FAQ Korban untuk memudahkan anda.

SUMBER:FAQ EZ Qurban

Related posts

Hukum Isteri Menuntut Sesuatu Yang Di Luar Kemampuan Suami

adminwm

Hukum Isteri Bercantik-Cantik Bukan Untuk Suami

admin

AKIBAT SOLAT DHUHA

adminwm

Leave a Comment