GAYA HIDUPkesihatan

Apa Itu Mati Pucuk Lelaki?

Mati pucuk (Erectile dysfunction, ED) terjadi apabila seseorang lelaki itu tidak mampu atau gagal mengekalkan ereksi yang cukup untuk melakukan seks. Anda mungkin mengalami ED sekiranya:

Anda boleh mengalami ereksi kadang-kadang, walaupun bukan setiap masa

Mendapat ereksi, tetapi tidak bertahan cukup lama untuk seks

Tidak mampu mendapat ereksi langsung

Apakah kebarangkalian mati pucuk lelaki?

Sekitar 12% untuk lelaki di bawah usia 60 tahun

22% lelaki sekitar umur 60 hingga 69

30% lelaki berumur 70 tahun dan ke atas

Simptom-simptom

Apakah simptom dan tanda mati pucuk?

Gejala utama ED ialah ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi hingga ke akhir aktiviti seks.

Jika penyebabnya ialah psikologikal, lelaki mungkin mengalami keresahan, naik angin (mood swings), kemurungan, insomnia dan risau dengan kemampuan seksual.

Jika penyebabnya ialah fizikal pula, gejala penyakit medikal mungkin melibatkan pendarahan yang lemah di bahagian kaki, atau nafas singkat apabila disertai senaman (kemungkinan penyakit jantung). Kencing manis juga biasanya dikaitkan dengan mati pucuk lelaki.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom dan tanda mati pucuk tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila kamu harus berjumpa doktor?

Anda mempunyai kerisauan mengenai ereksi atau anda mengalami masalah seksual lain, termasuk menunjukkan tanda mati pucuk, seperti ejakulasi pramatang atau ejakulasi tertunda

Anda mengalami kencing manis, penyakit jantung atau penyakit-penyakit lain yang mungkin dikaitkan dengan masalah mati pucuk

Anda mengalami gejala lain selain mati pucuk

Punca

Apakah punca mati pucuk lelaki?

Penyebab mati pucuk, antaranya:

Gangguan yang menyebabkan aliran darah lemah atau saraf yang cedera di bahagian zakar

Saraf di bahagian zakar terkesan daripada pembedahan bahagian pinggang dan abdomen (terutamanya pembedahan prostat), terapi radiasi, penyakit berkaitan tulang belakang dan kencing manis

Gangguan hormon

Faktor lain termasuk strok, merokok, alkohol, dan dadah.

Ubatan yang boleh mengakibatkan mati pucuk (terutamanya dalam kalangan orang tua) adalah ubat darah tinggi, anti depresi, sedatif, cimetidine, digoxin, diuretik dan ubatan terlarang.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko kamu  mendapat mati pucuk lelaki?

Pelbagai faktor risiko turut menyumbang kepada masalah mati pucuk lelaki, antaranya:

Masalah kesihatan, terutamanya kencing manis atau masalah jantung

Penggunaan tembakau, yang mana menghalang aliran darah daripada vena ke arteri, dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang kronik serta membawa kepada masalah mati pucuk

Berat badan berlebihan, terutamanya jika anda obes

Rawatan perubatan tertentu, seperti pembedahan prostat atau rawatan radiasi untuk kanser

Kecederaan, khususnya jika ia merosakkan saraf atau arteri yang mengawal ereksi

Pengambilan ubat, termasuk anti depresi, antihistamin, dan ubatan untuk merawat darah tinggi, kesakitan atau masalah prostat

Keadaan psikologikal, seperti tekanan, kerisauan (anxiety) atau kemurungan

Aktiviti berbasikal berpanjangan, yang mana boleh menekan saraf dan mempengaruhi aliran darah ke zakar, boleh membawa kepada masalah mati pucuk lelaki sementara atau kekal

tanda mati pucuk

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit mati pucuk didiagnosis?

Pengambilan ubat menerusi mulut. Doktor mungkin boleh memberi preskripsi dalam bentuk pil yang merawat mati pucuk. Ubatan biasa adalah seperti sildenafil (®Viagra), vardenafil (®Levitra, ®Staxyn), tadalafil (®Cialis), avanafil (®Stendra). Jika anda dalam keadaan sihat, doktor akan memberi preskripsi mana-mana satu ubatan ini. Anda tidak boleh mengambil mana-mana satu pil tersebut untuk merawat mati pucuk jika anda sedang mengambil nitrat, sejenis ubatan penyakit jantung. Semua pil untuk merawat mati pucuk berfungsi meningkatkan aliran darah menuju zakar. Ia tidak menyebabkan ereksi secara automatik. Bincang dengan doktor anda mengenai bila pil perlu diambil. Anda mungkin perlu menguji berapa lama masa yang diperlukan untuk sesetengah pil menunjukkan kesannya

Penggantian testosteron. Sesetengah lelaki mengalami tanda mati pucuk yang mungkin terkesan daripada kadar hormon testosteron yang rendah. Dalam kes tersebut, terapi penggantian testosteron mungkin dapat dicadangkan sebagai langkah pertama

Memberi preskripsi alatan vakum: Cara lain untuk mendapat ereksi adalah menggunakan alatan khas yang dicipta bersama tiub vakum. Masukkan zakar anda ke dalam tiub, yang mana ia bersambung dengan pam. Ketika udara dikeluarkan daripada dalam pam, darah akan mengalir masuk ke zakar dan menyebabkan ia semakin besar dan tegang. Kemudian, cincin elastik yang dicipta khas akan digerakkan daripada penghujung tiub ke pangkal zakar untuk mengekalkan darah dari mengalir semula ke dalam badan. Anda akan dapati bahawa penggunaan alatan vakum memerlukan beberapa latihan

Rawatan lain: Implan zakar merangkumi proses pembedahan untuk memasukkan alat gantian ke dalam kedua-dua bahagian zakar. Implan ini terdiri daripada yang boleh kembung (inflatable) atau rod separuh tegang. Alat boleh kembung membenarkan anda untuk mengawal bila dan berapa lama anda mengalami ereksi. Rod separuh tegang membenarkan zakar tegang namun dapat dibengkokkan

Di samping itu, doktor boleh juga menggunakan terapi psikologi untuk merawat faktor mental dan emosi jika ia menjadi punca mati pucuk lelaki.

Masalah anda mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dirawat dan memerlukan penggunaan langkah yang pelbagai.

Anda perlu bekerjasama dan memberikan maklumat yang cukup kepada doktor agar dapat memperoleh hasil rawatan yang terbaik.

Bagaimana pesakit mati pucuk lelaki dirawat?

Bagi kebanyakan lelaki, cukup jika doktor mengambil sejarah perubatan, dan pemeriksaan fizikal untuk mereka mendiagnosis masalah mati pucuk serta rawatan yang diperlukan.

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik atau doktor anda mengesyaki ada masalah lain yang turut terbabit, anda mungkin perlu melalui ujian lain atau mendapatkan konsultasi daripada doktor pakar.

Ujian untuk masalah lain yang turut terbabit antaranya:

Ujian darah. Sampel darah akan dihantar ke makmal untuk diuji sebarang tanda penyakit jantung, kencing manis, kadar testosteron rendah, dan masaah kesihatan lain

Ujian kencing. Seperti ujian darah, ujian kencing adalah untuk mencari tanda kencing manis atau masalah lain yang turut serta

Ultrasound. Ujian ini biasanya dijalankan oleh pakar di dalam pejabat mereka. Ia merangkumi penggunaan alatan seperti tongkat kecil (transducer) diletakkan di atas salur darah yang menuju ke zakar. Video imej akan terhasil, yang akan membantu doktor untuk mengenal pasti jika anda mengalami masalah salur darah

Ujian ini kadang-kadang dijalankan bersama cucukan ubatan khas ke dalam zakar untuk menggalakkan aliran darah dan penghasilan ereksi baru:

Ujian ereksi semalaman. Kebanyakan lelaki mengalami ereksi sewaktu tidur tanpa sedar atau ingat akannya. Ujian ringkas ini melibatkan pembalutan alatan khas di sekeliling zakar sebelum anda tidur

Alatan ini membantu untuk mengukur jumlah dan kekuatan ereksi yang dialami semalaman. Ia adalah penting untuk mengenal pasti sama ada masalah mati pucuk anda diakibatkan oleh kesan psikologikal atau fizikal.

Ujian psikologi. Doktor akan menanyakan beberapa soalan untuk menapis kemurungan dan kemungkinan punca psikologi yang mengakibatkan mati pucuk lelaki

Pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh kamu ambil untuk menangani mati pucuk?

Untuk kebanyakan lelaki, masalah mati pucuk adalah disebabkan atau diakibatkan oleh pilihan gaya hidup. Antara langkah yang mungkin membantu ialah:

Sekiranya anda merokok, hentikan. Sekiranya anda mengalami masalah untuk berhenti, dapatkan pertolongan. Cuba gantian nikotin, seperti gula getah serta lozeng yang boleh didapati di kaunter, atau tanyakan pada doktor mengenai preskripsi ubatan yang boleh membantu anda untuk berhenti

Kurangkan beberapa kilo berat badan. Mengalami berat badan berlebihan boleh mengakibatkan atau membuatkan masalah mati pucuk lelaki semakin teruk

Masukkan aktiviti fizikal dalam rutin harian. Senaman boleh membantu mengatasi masalah dalaman yang berkaitan dengan mati pucuk melalui pelbagai cara. Ini termasuk mengatasi tekanan, membantu mengurangkan berat, dan meningkatkan aliran darah

Dapatkan rawatan untuk masalah alkohol dan dadah. Terlalu banyak minum (alkohol) atau pengambilan dadah tertentu boleh menimbulkan masalah tanda mati pucuk, atau mengakibatkan masalah kesihatan jangka panjang

Cari solusi masalah perhubungan. Dapatkan kaunseling bersama pasangan sekiranya anda mengalami masalah komunikasi dengan si dia atau sedang mengalami masalah peribadi

Sumber Internet/hello doktor

Related posts

Spa Ceylon Ayuverda

admin

ATOME KITTENS LANCAR ‘GET IT WEEK’, ACARA

admin

“Green the Good Earth” Kempen Kelestarian Dr Greenthumb

Mahani Awang

Leave a Comment