AGAMA

Jika Tentera-Tentera Allah Bangun, Maka Bersiap Sedialah

Rupa-rupanya barisan tentera Allah SWT tidak berupa manusia yang lengkap bersenjata, tetapi;

  1. Air itu tentera Allah yang telah menenggelamkan kaum Nabi Nuh kerana ingkar dan memaki utusanNya.

*Semua mati lemas dalam air yang bergulung-gulung dari perut bumi dan dari langit berserta ribut petir dan taufan.

Surah al-Ankabut: 14

 

  1. Angin itu tentera Allah yang menghempaskan kaum ‘Ad kerana sombong dengan kemajuan, membina bangunan tinggi dan empangan yang kuat kukuh.

*Semuanya dihancurkan dan semua mati terhempas dan tertimbus.

Surah al-Haqqah: 6-8

 

  1. Petir itu tentera Allah yang sering disebut ribut petir yang menyambar kaum Tsamud kerana sombong menentang Allah, semua mati terbakar.

Surah Hud: 68

 

  1. Tanah itu tentera Allah yang menelan kaum Nabi Luth yang berminat dan berselera sesama lelaki (homoseksual) dengan mengenepikan wanita.

*Allah memendap dan menterbalikkan bumi, mereka dihempap batu yang besar-besar, semua mati tertimbus dan berkubur. Kawasan itu hingga sekarang dipanggil ‘laut mati’.

Surah al-Hijr: 73-76

 

  1. Panas itu tentera Allah yang membakar kaum Madyan kerana curang dalam urusan jual-beli.

*Semua mati kehausan dalam kepanasan.

Surah al-Hajj: 44

 

  1. Laut itu tentera Allah yang terbelah dan menelan tenggelam Firaun yang sombong mengaku Tuhan. Firaun dan bala tenteranya mati lemas. Dia ingin bertaubat tetapi Allah tidak lagi menerimanya. Kemudian Allah menimbulkannya untuk menjadi pengajaran kepada generasi seterusnya (kita hari ini).

*Mumia Firaun masih wujud sampai ke hari ini.

Surah al-Baqarah: 50

 

  1. Burung ababil itu tentera Allah seumpama burung pipit yang tersangatlah kecil, hanya membawa batu kerikil yang kecil tetapi panas yang telah menjadikan tubuh badan Abrahah dan bala tentera bergajahnya berlubang-lubang seperti dedaun yang dimakan ulat, ketika mereka ingin meruntuhkan Kaabah.

Surah al-Fil: 3

 

  1. Api itu tentera Allah yang membakar negara Israel dan Amerika serta negara-negara lain dalam belakangan ini, hingga tidak mampu diatasi.

 

  1. Semut itu tentera Allah yang telah masuk ke dalam kepala Mustafa Kemal Atartuk dan mengigit otak yang menyebabkan dia bertempik kesakitan kerana dia juga mengaku Tuhan. Akhirnya dia mati kepanasan.

 

  1. Ular itu tentera Allah yang telah mematuk seorang penanam tembakau yang telah mencabar hendak menetak Allah dengan parang apabila tembakaunya semua mati dalam hujan lebat beberapa hari. Ianya terjadi di sebuah daerah di negeri Kelantan berpuluh tahun dulu. Petani itu mati dipatuk ular ketika sedang menghayun parang di ladang tembakaunya hendak menetak Tuhan yang telah memberi musibah kepadanya.

 

Dalam semua sejarah dan cerita;

  • Tentera Allah itu datang setelah peringatan dari utusan dan pembela agamaNya diabaikan.
  • Tak pernah ada penentang utusan dan pencaci agamaNya yang menang. Semua akan dibinasakan
  • Bangsa Israel dan sekutu-sekutunya yang angkuh, bongkak dan sombong akan Allah hancurkan sebelum tibanya kiamat lagi.

Related posts

Sakit Pengampun Dosa

admin

“Api neraka jahanam melebihi 96 kali panasnya api dunia.”

admin

Bila Nak Kahwin, Siapa Jodoh Kamu?

admin

Leave a Comment