The Blackest Red Carpet

NAACP Image Awards, pertama kali saya mendengar tentang anugerah ini. Sedikit tentangnya, NAACP adalah anugerah tahunan yang dianjurkan oleh National Association for the Advancement of Colored People (NAACP) atau dalam bahasa Melayu adalah Persatuan Kebangsaan untuk Kemajuan Orang Berwarna (merujuk pada selebriti kulit hitam) yang mengiktiraf prestasi cemerlang dalam filem, television, muzik dan kesusasteraan di Amerika. Sama seperti anugerah seperti Oscars dan Grammys, lebih daripada 40 kategori Image Awards disokong oleh ahli-ahli organisasi anugerah (dalam kes ini, ahli NAACP).

Kita di sini bukan nak bercakap tentang yang membawa pulang trofi sebaliknya fasal fesyen karpet merah yang not so bad. Ramai selebriti yang dressed to the nines – tak kalah kalau dibandingkan dengan karpet merah Oscar. Kelebihan berkulit gelap, pakai warna apa pun masuk – daripada kuning ke merah jambu dan warna hitam sendiri boleh naik seri. Dan kita boleh gelarkan acara ini sebagai ‘the blackest red carpet’. Keseluruhannya, AACP ini bukan majlis anugerah yang biasa-biasa (sebut beshe-beshe) sebaliknya meraikan kejayaan dan keanggunan artis kulit hitam.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON