FESYEN

Fesyen Lelaki Hilang Macho – Has the Environment Shrunk The Men’s Ego?

“Eeekk! Tak larat lah tengok husband or my son wearing those …”, “Seram! Tak jadi boyfriend lah kalau suka pakai macam tu”, “Is he straight?”, “I need real man,” Ini reaksi ramai wanita kala melihat lelaki berpakaian gaya feminin.

Mungkin kita tidak perasan betapa keadaan dunia bukan sahaja merubah dan mengawal perasaan malah menentukan citarasa manusia. Lelaki khususnya lebih terkesan dengan impak yang persekitaran mereka wujudkan, apa lagi jika ia boleh merobek poket dan dompet mereka. It’s a fact! Lelaki lebih bersikap praktikal dan berjimat dalam banyak hal termasuklah soal berpakaian dan apa yang ingin kita sentuh seterusnya ialah soal gaya dan fesyen lelaki.

Dengan apa yang dunia lalui sekarang apakah ia memberi impak pada gaya kaum lelaki? Dinilai daripada beberapa pertunjukan fesyen di London, Milan, Florence dan Paris, masih mempamerkan ciri-ciri mementingkan gaya walaupun dalam keadaan sesantai dan sejimatnya. 

Jelas, kerimasan mereka setelah terkurung berbulan-bulan tanpa kerja dan terhalang daripada melakukan aktiviti kesukaan agaknya membuat sesetengahnya ingin terus berasa bebas namun tidak kurang yang tidak sabar untuk kembali bergaya. Bagaimana pula mereka yang kecewa dan marah kerana gaji mereka dipotong oleh majikan? Sedih lagi nasib mereka yang dibuang kerja tanpa sebarang pampasan atau sagu hati? Ini kenyataan yang amat menyedihkan dan perit untuk diterima.

Situasi ini membuat ramai menjadi suram, murung dan berasakan diri mereka tidak sehebat dulu, kala mereka menjadi bread winner of the family. Mungkin hari ini ada yang terpaksa bergantung rezeki daripada pendapatan isteri atau keluarga dan terpaksa menghabiskan masa di rumah. Jadi, haruskah mereka hiraukan soal  penampilan? 

Di serata dunia dan di Malaysia juga melalui hal yang sama, baik di tempat kerja, kala bersantai atau apa yang anda dilihat di tepi jalan dan sekitar. Mungkin ada yang masih kekalkan untuk bergaya walaupun hidup dalam dunia yang penuh tekanan ini namun ramai memilih untuk lebih relaks dalam penampilan. Bagi ramai, Covid-19 dan PKP mengajar dan menginsafkan mereka kepada banyak perkara terutama pembaziran, berjimat cermat dan isu pencemaran sekitar. 

Well, it’s a maltitude of good signs that humans are back to their senses. Cuma yang peliknya dan menjadi tanda tanya, mengapa banyak pakaian lelaki hari ini bagaikan hilang ‘kelelakian’nya? 

Has the environment shrunk the men’s ego? Mungkin ada yang setuju atau berasakan it’s a statement a little over exaggerated. Sebelum anda meneruskan kritikan dan meluahkan apa yang membuak di minda, anda mungkin patut lihat dan perhatikan gaya dan fakta berikutnya. Keep reading! Lihat dengan mata hati.

Pelik Tapi Benar!

Tidak tahu dari mana datangnya idea pelik ini, suntikan feminiti menular di setiap sudut gaya lelaki malah usaha untuk menjadikan penampilan lelaki lebih feminin semakin ketara sejak lebih sedekad lalu hingga ada pihak tidak teragak-agak membuat kenyataan walaupun berbaur menuduh bahawa wujud konspirasi ke arah itu.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12549″]
[thb_gap height=”40″]

…comel, cantik dan ‘rapuh’

[thb_gap height=”40″]

Kenyataannya, banyak fakta yang menyokong pandangan ini. Apa yang terpamer di depan mata juga di sekeliling membuat kita sukar menolak kenyataan. Sumber dan bukti-bukti ini membuat kita yakin adanya usaha untuk melemahkan kesasaan lelaki. Persoalannya, untuk apa? Idea gila siapakah semua ini? Well, we leave the ‘forum’ to you! Biar anda yang menjadi juri dan rumuskan sendiri.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

… yang mana gaya pilihan anda?

[thb_gap height=”40″]

Menyebut gaya feminin yang dipamerkan kaum lelaki, paling penting dan patut kita dengar ialah komen daripada kaum wanita dan reaksi masyarakat di luar sana. Rata-rata tindak balas negatif apabila melihat gaya rekaan di runway yang hampir meluluhkan sifat kelelakian atau seperti kata sesetengah pengkritik fesyen dunia yang dianggap konservatif, “It strips off the men’s ego and masculinity!”  

“Eeekk! Tak larat lah tengok husband or my son wearing those…,” pintas seorang wanita, “Seram! Tak jadi boyfriend I lah kalau suka pakai macam tu,” sampuk seorang lagi, “Is he straight?” tanya seorang remaja,“I need real man,” jerit seorang artis wanita.

Terdapat kurang 10 peratus remaja wanita yang agak terbuka dan berpendapat mereka boleh menerimanya asalkan sekadar pakaian sahaja dan tidak mengubah sifat lelaki tulen. Selebihnya tegas, mereka menolak lelaki berpakaian feminin. 

Jika ini reaksi wanita malah gadis-gadis yang ‘Fashion Thread’ temui di luar sana, dan ia menimbulkan kebimbangan ibu bapa juga bos-bos yang tidak sanggup melihat pekerja mereka hilang gender, jadi untuk apa dan siapakah lelaki-lelaki ini wujud? 

Konspirasi?

Konspirasi ini bergerak begitu licik dan merancang kerja mereka begitu terperinci. Sekiranya anda bertanya dan membangitkan hal ini, anda mungkin dilabelkan sebagai ‘ISM’ yang mengikut kamus Oxford dan Wikipedia mendefinasikannya dalam konteks ini sebagai manner of action or behavior characteristic of a (specified) person or thing prejudice or discrimination on the basis of a (specified) attributed to racism or sexism. Hmmm! Anda fikir-fikirkanlah sendiri.

Tidak kira apa misinya, yang pasti ada pula berpendapat mereka yang mempersoalkan perkara ini sekadar mengenengahkan agenda sendiri by claiming they are fighting to “correct a wrong” tapi sebaliknya memburukkan lagi keadaan.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Adam Lambert (kiri) yang popular sedikit masa dulu sering dilihat menyelitkan unsur feminin dalam penampilannya/ Tiga model lelaki menggayakan pakaian feminin mirip wanita.

[thb_gap height=”40″]

Welcome to The Future,” itu reaksi Tim Gunn, hos dan juri Project Runway juga pengkritik fesyen antarabangsa tentang apa yang dilihatnya di pentas peragaan musim bunga/panas 2020. “… or as I like saying it – it’s looking gayer,” jelas beliau yang berpendapat pakaian lelaki kini semakin lembut dalam banyak sudut.

Ekoran daripada ini, jangan pula marah jika anda dicap ‘old school’ atau SJW jika anda beranggapan negatif dengan apa yang anda lihat. Apa itu SJW? Ia adalah ejekan kata pendek bagi Social Justice Worrior yang asalnya memberi impak positif tetapi digunakan dalam bentuk negatif mengikut keadaan dan isu. Dalam konteks ini ia lebih sebagai mengejek dan merujuk kepada mereka yang kononnya bertindak untuk keadilan sosial tetapi sebaliknya untuk kepentingan peribadi, sekadar memenuhi egonya saja atau mencari layanan sosial dan perhatian daripada ‘circle’ atau geng mereka saja. 

Dengan kenyataan tersebut, apakah anda juga mula gusar dan risau tentang isu gender yang semakin menular ini? Tidak hairanlah jika anda juga nanti digolongkan sebagai kumpulan primarily civil rights activists yang berlambak di media sosial dan hanya aktif di online!

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12556″]
[thb_gap height=”40″]

The pretty guys in a row

[thb_gap height=”40″]

Cuba anda gambarkan lelaki ini; berseluar sendat menampakkan bentuk kaki, dengan kemeja T jarang melekap tubuh, rambutnya pula didandan berjurai depan dan, bersubang dan wajahnya lengkap bersolek, menyandang beg tangan feminin dan kasut tirus hujung. Apakah reaksi anda?

Walaupun masyarakat, wanita khusus, malah saya sendiri secara jujurnya tidak berapa berkenan idea gaya yang menular dari Barat atau khususnya Korea yang gemar mempamerkan lelaki ‘comel’, ‘cantik’ atau yang mereka panggil ‘pretty guys’, namun ini tidak bererti wanita menolak terus sesetengah idea dan sesuatu gaya. Ramai boleh menerima lelaki metroseksual yang pentingkan penampilan kemas, rambut sentiasa rapi, kulit wajah dan badan terjaga dengan rutin penjagaan kulit wajah profesional dengan gaya mereka yang tersendiri, namun masyarakat menolak gaya feminin melampau.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12557″]
[thb_gap height=”40″]

Jika diperhati dan diperhalusi trend gaya, potongan, silhouette, corak dan warna adalah representasi gabungan beberapa dekad lalu, daripada 30-an, 50-an hinggalah membawa ke Era 2020.

[thb_gap height=”40″]

Secara amnya wanita tidak menolak lelaki menggayakan warna pink muda, corak berbunga atau belang, memakai aksesori selain jam tangan dan sebagainya, namun perlulah ada satu garis penentu yang membataskannya. Ramai setuju, perlu ada ketegasan dan usaha mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan supaya ia tidak mengganggu-gugat hingga merosakkan pemahaman generasi muda terhadap isu gender dan juga dari sudut keagamaan. 

Walaupun kita tidak mahu hiraukan apa pandangan mereka yang setuju dan suka melihat kaum lelaki lebih feminin, ironiknya dan membuat kita tersinggung apabila ada yang mengatakan golongan SJW ini hanya memburukkan lagi keadaan hingga menimbulkan lebih masalah daripada menganganninya seperti kebanyakan isu yang ditimbulkan dan yang kita lihat di media sosial. 

Apakah pandangan kita juga boleh dilabelkan dalam kategori itu? 

Selain feminin gaya lelaki kini juga semakin santai, tidak pasti ia atas desakan apa, mungkin terkesan kegawatan ekonomi, reaksi pandemik atau mungkin sifat semulajadi lelaki yang secara amnya lebih santai? 

Hari ini, di serata dunia melihat senario yang sama, lebih lagi waktu mula bertugas selepas kelonggaran PKP ini. Namun begitu masih ramai lelaki yang tidak sabar  menunggu untuk bergaya semula setelah berbulan-bulan terperap di rumah. 

Cukuplah setakat ini hal gaya, pilhan dan naluri orang lelaki, tidak akan tamat untuk dibahaskan walaupun muncul kiamat. Anda sendiri buat penilaian dan gerakan falsafah anda. Di sini ‘Fashion Thread’ tampil kan beberapa gaya menawan menjadi trend kini sementara ada juga adalah ilham ‘flash back’ dekad-dekad lalu yang menjadi pusat daya kreativiti. Tidak kurang yang membuat minda berkocak dengan dada sarat prasangka. Let’s check itu out!

Seluar Berpinggang Tinggi

I love high waisted pants! But leave it to the girls please! Itu jika anda mahu komen saya sejujurnya. Tapi jika anda masih berdegil dan bersifat fashionista’ tegar, ada beberapa perkara perlu anda fikirkan 

Sejak dulu telah ada trend high waisted untuk lelaki seperti era 40-an dan 50-an yang dipopularkan artis Hollywood seperti Humphrey Bogard dan Marlon Brando.  

Walaupun gaya ini dikatakan sering membuat comeback setelah beberapa tahun namun ia menjadi ikutan hanya untuk segelintir sahaja. Kebiasaannya, kita kembalikan sesuatu kerana ia memberi impak positif – cantik atau berguna. Begitupun untuk gaya ini, biarlah waktu dan era itu berlalu pergi. Anda tidak perlu kembalikannya.

Apapun seluar longgar berpinggang tinggi boleh menyuntik gaya menawan jika dipadankan dengan bijak. Itu pun jika sipemakainya tinggi lampai dan berperut kempis.

Elakkan print dan pilih polos dalam warna-warna neutral seperti khaki, teh tarik, hijau lumut, kelabu, rona-rona coklat atau biru gelap dan jangan lupa tali pinggang sederhana dan tidak terlalu lebar. Boleh cuba gandingkan dengan kemeja T yang disisip ke dalam.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Apa pendapat anda tentang tiga celana ‘high waisted’ ini?

[thb_gap height=”40″]
Fabrik dan Silhouette Feminin

Farbrik dan silhouette memainkan peranan besar dalam mengkategorikan antara pakaian lelaki dan wanita. Les atau renda, organza, satin dan net biasanya hanya untuk pakaian wanita namun kini agak meluas di gunakan pada pakaian lelaki. Begitu juga halnya dengan ropol, lisu dan sebagainya menjadi antara ciri-ciri yang di ketengahkan bagi merangsang naluri feminiti dalam setiap rekaan.

Only on the runways? Anda silap. Buka mata dan buka minda! Pentas peragaan adalah tunggak arus fesyen yang menular menjadi ikutan dan apa yang anda lihat di luar sana, itulah fashion runway yang sebenar.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Fabrik feminin yang digunakan oleh pereka menyuntik hasil yang diinginkan.

[thb_gap height=”40″]
Patchwork, Tie-dye, Bunga & Corak Binatang 

‘Mencuri’ sedikit ciri-ciri gaya wanita, sulam tampal, corak bunga dan binatang di ketengahkan dengan meluasnya dan ada pada setiap musim. Membezakannya cuma saiz, olahan kreativiti, silhauette dan aplikasinya. Selain membuat penampilan berbeza, ada yang mencetuskan aura segar dan tidak membosankan. Namun hati-hati supaya tidak keterlaluan hingga menyuntik ciri-ciri feminin melampau.  

Dari jenama busana seperti Vesace hingga label barangan sukan mengenengahkan corak-corak ini. Untuk gaya klasik boleh gandingan dengan slak hitam atau warna gelap seperti hitam kebiruan. Untuk gaya funky pilih jeans putih atau jeans kargo.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Subang, Rantai, Cincin dan Gelang

Hari ini ramai lelaki gemar memakai aksesori  namun cita rasanya agak jauh berbeza daripada dekad-dekad yang lalu. Ini bukan zaman Mr T atau era ‘Bling! Bling!’ rapper Dr. Dre  dan  Eminem  yang berantai, bersubang, bercincin dan bergelang sakan namun nampak garang dan sasa, perhiasan lelaki kini semakin femini dan adakalanya keterlaluan. 

Aksesori lelaki Mr. T dan gaya artis hip hop dua dekad lalu yang menjadi ikutan. Nampak ganas dan untuk mereka yang mahu menarik perhatian. Namun tidak sesuai sama sekali untuk lelaki profesional.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Shorts Lewat Lutut  Dan Senteng

Inilah pilihan ultimum orang lelaki untuk ke mana sahaja jika peradaban atau etika berpakaian bukan sesuatu yang penting. Ia selesa, dalam pelbagai warna dan corak menceriakan. Dengan cara yang betul masih nampak bergaya tapi ingat, terlalu santai untuk dresscode ‘Separa rasmi’, ‘Kasual kemas’ apa lagi ‘Rasmi’. Walaupun ia kini trending tapi elok jika anda gayakan saja kala di luar waktu bertugas atau untuk berlibur dan riadah. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Blazers Gedoboh

Semua ini gara-gara dialah pengaruh 80-an! Mungkin anda terlalu muda untuk mengingati siri tv Miami Vice tapi itulah gaya yang dikembalikan hari ini. Tidak kiralah sama ada ianya bercorak garisan halus atau polos, gaya ini dikatakan elemen ‘pusingan U’ paling menarik yang disuntik ke dalam gaya moden – terkini tapi tidak telalu formal. 

Pilih yang besar sedikit daripada ukuran anda atau jika anda berani pakailah ‘L’ jika ukuran anda sebenar ialah ‘S’ untuk mendapatkan gaya ketara atau ‘massively in trend’. Padankan dengan kemeja T  biasa dan seluar jeans. Anda bersedia mengambil tugas Don Johnson dan Phillip Michael Thomas.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Blazer gedoboh 2020… gaya yang boleh diterima dan masih kekalkan aura maskulin.

[thb_gap height=”40″]
Rompi

Vest atau rompi yang juga dipanggil waistcoat telah menjadi sebahagian pakaian formal lelaki lebih 100 tahun yang lalu. Ia membuat penampilan nampak rapi, bergaya dan sasa namun sejak dua tiga dekad yang lalu ia telah melalui proses evolusi rekaan dan struktur yang mendadak. 

Melengkapi rangkaian pakaian anda dengan rompi akan membuat gaya anda pelbagai dan lebih menarik. Boleh anda gayakan dengan kemeja, kemeja oxford untuk gaya rasmi atau memakainya saja dengan slak atau seluar jeans. Sebagai pengetahuan; vest berasal daripada perkataan Perancis ‘veste’ yang merujuk kepada kot atau jaket sukan.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Cermin Mata Perisai

Shades atau cermin mata hitam tidak pernah ketinggalan dalam setiap trend gaya dan musim fesyen. Lindungi deria paling berharga yang Allah kurniakan dengan cermin mata hitam. Hari ini pilihannya  begitu meluas dan telah lari jauh daripada gaya klasik atau signature Ray Ban.

Untuk gaya 2020 anda diberi pilihan alternatif dan dalam rekaan begitu tajam dengan ciri-ciri futuristic, sleek dalam pelbagai fabrikasi daripada sustainable material seperti Kayu terpilih FSC, metal, bio-based acetate dan aluminium aerospace yang diperbuat semula, sintetik fiber dan plastik kini menjadi aksesori pilihan untuk 2020. 

Anda boleh memilih bulat kecil ala 70-an yang dipopularkan John Lenon, segi empat, segi bujur atau apa saja… pilihan tiada hadnya. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Kemeja Berkolar Cuban

Walaupun berada di tengah kebingitan kota, bayangkan bayu pantai menyapa dengan deruan lembut dalam gaya anda yang kemas tapi santai. Kemeja berkolar Cuban kini menjadi trend. Jika anda mencari sesuatu yang santai tapi menyuntik statement ke mana saja ada berada, inilah pilihan terbaik. 

Menariknya anda boleh memilihnya dalam pelbagai corak kegemaran daripada geometrik, kulit binatang, bunga-bungaan dan dedaun atau apa sahaja yang berciri alami dan mengimbau keceriaan musim panas. Belang atau polos daripada rona lembut hingga warna terang dan bold seperti kuning mustard, hijau serindit, biru elektik atau putih yang pastinya menawan.

Sempurnakan gaya anda dengan aksesori seperti beg sandang, topi straw, cermin mata hitam, sandal atau loafers, juga aksesori sesuai seperti gelang kulit dan manik maskulin.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12586″]
[thb_gap height=”40″]
Beg Selempang atau Cross-Body Bags

Tidak salah buat lelaki menggayakan beg tangan sandang bahkan ia sangat praktikal untuk bekerja mahupun kala melancong. Selain menyimpan barangan anda dengan selamat, gaya beg selempang ini menyuntik aura menawan lagi tersendiri. But the trick is, keep it ‘Manly’. Cuma pastikan hiasannya tidak berlebihan. Terlalu bling! bling! atau berlogo terlalu besar. 

Sekiranya anda mahukan pandangan ikhlas dan sejujurnya, lari daripada jenis berantai keluli seperti besi atau keemasan dan sarat. Biar ringkas dengan hiasan zipper, logo kecil yang diembossed atau timbul. Ini memberikan hasil maskulin dan nampak segak.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12588″]
[thb_gap height=”40″]
Kemeja Oxford Oversize

Sekembalinya gaya preppy dressing sejak kebelakangan ini, mungkin anda patut melabur pada sehelai kemeja Oxford yang agak besar saiznya seperti yang banyak yang diketengahkan oleh jenama gah seperti Prada, Chalayan dan Liam Hodges – The bigger the better

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12589″]
[thb_gap height=”40″]
Celana Cargo Era 90-an

Antara gaya kembali popular dan patut diberikan standing ovation ialah 90s Cargo Trousers. Sama ada ia bertali cerut atau pun berpinggang lebar dengan poket sebesar-besarnya. Walaupun celana ini menghasilkan gaya santai dan relaks namun ramai boleh menghela nafas lega dan berlapang dada kerana setidak-tidak pun orang lelaki akan nampak gagah dan sasa.  

Dikatakan untuk musim ini, seluar kargo pants yang menjadi popular di Paris mempunyai ciri-ciri kemas dan seperti yang diinspirasikan Lanvin dan Louis Vuitton yang dikatakan sesuai untuk gaya kasual kemas yang boleh dipakai juga kala bekerja.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Sandal Maskulin Bertapak Tebal

Sandal besar macam zaman Hercules dan bertapak tebal atau ‘heavy-soled’ seperti yang anda lihat daripada jenama Prada atau jenama Korea Munn kini trending tapi tolong lupakan hasrat untuk memakai stoking dengannya! Walau demikian untuk 2020, sandal masih bersifat remedial, sempurna. Gaya ini merata dilihat pada Dolce & Gabbana, Tiger of Sweden atau Pal Zileri dan juga terdapat pada refined labels seperti Lanvin, Loewe dan Hermes.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Sut Satu Kemestian

Cakap fasal gaya lelaki tidak sah jika tidak sebut sut. Stop, I’m not talking about an all-black suit! Terdapat pelbagai warna yang diilhamkan diluar sana untuk ada pilih dan sesuaikan untuk tujuan dan tempat… lelaki sentiasa nampak tampan dan sasa dengan sut walau apa warnanya. Cuma aura dan naluri anda yang menguasainya!

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Mampukah Chanel menjadi Hermes?

admin

kate spade new york’s Must-Have Bag of the Season: The Gramercy Bag

adminwm

Burberry Open Spaces

admin

Leave a Comment