AGAMA

Apa Kata al-Quran Tentang Usia?

  1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam… kerana Allah SWT sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia. (Qs.Hud: 15-16)

 

  1. Semakin bertambah usia semakin kabur mata… kerana Allah SWT sedang mencerahkan mata hati untuk melihat akhirat. (Qs. Al Isra:72)

 

  1. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita… kerana Allah SWT sedang mengajarkan bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. (Qs. Al Lukman: 22)

 

  1. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-gigi kita… kerana Allah SWT sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan terlerai dalam tanah selamanya. (Qs. Ali Imran: 145)

 

  1. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita… kerana Allah SWT sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan diambil. (Qs. An Nisa: 78)

 

  1. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita… kerana Allah SWT sedang mengingatkan pada kain kafan yang putih. (Qs. Ali Imran: 185)

 

  1. Begitu juga hati kita… semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah SWT sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan cinta dunia. (Qs. Al-An’am: 32)

Related posts

Kurban Al Khairi Disempurnakan Empat Kumpulan & Pertubuhan Wanita

adminwm

Mas Kahwin Wajib, Jenis Mahar dan Kadarnya

adminwm

PERCERAIAN HAKAM 20 FAKTA WANITA WAJIB TAHU. TOLONG HADAM

adminwm

Leave a Comment