AGAMA

Allah Laknat Perempuan Yang Menghubung Rambutnya

Menyambung rambut atau lebih dikenali dengan hair extension adalah perbuatan memanjangkan rambut dengan cara menyambungya dengan rambut orang lain mahupun dengan rambut palsu yang terbuat daripada bahan sintesis atau buatan. Perilaku menyambut rambut ini sudahpun ada sejak zaman Rasulullah SAW meskipun caranya berbeza.

Hadis ke 233 – Allah Laknat Perempuan Yang Menghubung Rambut

Daripada Abu Hurairah, daripada junjungan Nabi SAW, sabdanya, “Allah laknat perempuan yang menghubung rambutnya, dan perempuan yang meminta dihubungkan rambutnya dan orang yang mencacah atau mentatu dan yang meminta dicacah dan ditatu.”

Keterangan

Sesungguhnya perbuatan menyambung rambut dengan rambut yang lain, sama ada bagi diri sendiri atau orang lain dan perbuatan meminta supaya disambungkan rambutnya adalah haram.

Antara ulama ada yang memberi huraian demikian: iaitu dihubungkan rambut dengan rambut anak Adam (manusia) maka hubungan itu adalah haram dengan tidak ada perselisihan pendapat, kerana haram mengambil kegunaan dengan rambut anak Adam dan lain-lain anggotanya demi menjaga kehormatannya.

Ada pun jika dihubungkan dengan rambut yang bersih daripada yang bukan daripada rambut anak Adam, maka hubungan ini dilihat pula; iaitu jika perempuan itu tiada mempunyai suami, atau hamba itu tiada mempunyai tuan maka hukumnya haram juga. Tetapi kalau dia mempunyai suami dan tuan makan hukumnya ada tiga macam pula, dan yang terlebih kuatnya kalau diizinkan oleh suami atau tuannya maka hukumnya harus.

Berkata kebanyakan ulama, menghubung dengan tiap-tiap ssatu daripada rambut atau bulu atau lainnya adalah dilarang, dan perkataan ini dikuatkan oleh hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Muslim, iaitu, Rasulullah SAW melarang perempuan menghubung rambutnya dengan sesuatu.

Perbuatan mencacah sebagaimana tersebut dalam hadis di atas adalah juga dilarang dan hukumnya haram. Orang yang membuatnya kalau ia mukallaf dan tidak dipaksa maka wajib atasnya menghilangkannya kerana dengan adanya menyebabkan batal solat.

Diriwayat dalam satu hadis Asma binti Abu Bakar berkata, “Sesungguhnya datang wanita kepada Rasulullah SAW lalu perempuan itu berkata, “Sesungguhnya aku akan menikah anak perempuanku, lalu dia terkena penyakit panas, lalu rambutnya gugur dan calon suaminya memintaku untuk bertemu dengannya. Apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya?”

Maka Nabi SAW melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan wanita yang diminta disambung rambutnya (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dipetik daripada Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah mengandungi 294 Hadis Pilihan daripada Kitab Sahid Imam Al Bukhari dan dalam Islam.com

Related posts

LANGKAH DEMI LANGKAH SOLAT ISTIKHARAH

adminwm

FADHILAT MEMBERI MAKAN BERBUKA  PUASA

adminwm

MENGAPA WANITA ISLAM DIWAJIBKAN BERHIJAB? 

adminwm

Leave a Comment