
Dari hidangan antarabangsa hingga pengalaman menyeronokkan bersama keluarga, Taste ABOVE, Dine Beyond mengajak pengunjung meneroka sisi kulinari Avenue K yang penuh kejutan.
Bagi pencinta makanan, pengalaman mencari tempat makan baharu sentiasa menjadi satu keseronokan. Lebih menarik apabila pelbagai pilihan hidangan dapat diterokai dalam satu lokasi tanpa perlu bergerak jauh.

Itulah yang menanti pengunjung Avenue K Shopping Mall menerusi kempen Taste ABOVE, Dine Beyond sepanjang September 2026. Memfokuskan restoran dan tarikan di Aras 3 dan 4, kempen ini mengajak pengunjung melihat Avenue K daripada perspektif berbeza, bukan sekadar destinasi membeli-belah tetapi juga tempat untuk menikmati pelbagai pengalaman makanan dan gaya hidup.

Tarikan utamanya ialah ABOVE Foodie Map, sebuah panduan khas yang membawa pengunjung menjelajah restoran terpilih di pusat beli-belah ini. Daripada hidangan Itali hingga sajian berinspirasikan Latin, terdapat pelbagai pilihan untuk dicuba mengikut selera masing-masing.

Antara yang menyertai laluan ini ialah Carousel & Co., Feliz, Le Mirch, Ming Ren Xuan, Natalina, Samba Brazilian Steakhouse, Shabu Fuku, SuperPark Malaysia, Tengyu Omakase dan Yakiniku Tenshin.

Sama ada merancang makan tengah hari bersama rakan, makan malam bersama insan tersayang atau mencari aktiviti hujung minggu bersama keluarga, kepelbagaian pilihan ini membuka ruang untuk mencuba sesuatu yang berbeza setiap kali berkunjung.

Lebih menyeronokkan, pengalaman food hunting ini turut disertai ganjaran menarik. Pengunjung boleh mengumpul cop menerusi perbelanjaan di premis yang mengambil bahagian untuk menebus pin enamel eksklusif Avenue K. Lengkapkan kunjungan ke sekurang-kurangnya tiga restoran berbeza dan laluan kulinari yang ditetapkan untuk melayakkan diri menerima ganjaran premium.
Bagi yang bertuah, 30 pengunjung terawal setiap hari yang berjaya menebus cop ABOVE Foodie Map juga akan menerima Special Dining Pass, dengan pelbagai manfaat dan keistimewaan sepanjang kempen berlangsung.
Dengan gabungan pilihan makanan, aktiviti penerokaan dan ganjaran eksklusif, Taste ABOVE, Dine Beyond memberikan alasan tambahan untuk menjadikan Avenue K sebagai destinasi pertemuan seterusnya.
Jadi, jika anda gemar mencuba restoran baharu atau sekadar mahu menghabiskan masa bersama orang tersayang, apa kata mulakan pengembaraan rasa anda di Avenue K? Mana tahu, restoran kegemaran anda yang seterusnya sedang menanti untuk ditemukan di aras yang lebih tinggi!
