
Dalam dunia kecantikan yang sentiasa berkembang, produk solekan bukan sekadar membantu menyerlahkan penampilan, malah perlu praktikal dan sesuai dengan gaya hidup moden. Mengutamakan keseimbangan antara fungsi dan kecantikan semula jadi, Time Phoria Malaysia memperkenalkan pelakon Mimi Lana sebagai wajah baharu Timeless Fixion All Day Perfection Skin Tint Stick.
Dikenali dengan penampilan yang bersahaja tetapi menawan, Mimi Lana dilihat sesuai mewakili produk yang mengetengahkan konsep solekan mudah, ringan dan fleksibel. Dengan jadual harian yang padat, merangkumi penggambaran, acara serta pelbagai urusan lain, produk yang mudah digunakan menjadi antara pilihan praktikal untuk melengkapkan rutin kecantikannya.
Fixion All Day Perfection Skin Tint Stick direka untuk memberikan litupan yang boleh dibina secara berperingkat mengikut keperluan, tanpa mengabaikan kemasan semula jadi seperti kulit. Pendekatan ini membolehkan pengguna memilih penampilan yang bersesuaian, sama ada untuk solekan harian yang ringkas atau gaya lebih menyerlah bagi acara tertentu.

Menariknya, produk ini hadir dalam enam pilihan warna iaitu 00 Bare, 01 Creme, 02 Birch, 03 Fawn, 03W Warm Fawn dan 04 Beige. Pilihan tersebut dirangka bagi memenuhi kepelbagaian tona kulit pengguna di Malaysia, sekali gus memberikan lebih fleksibiliti dalam menghasilkan solekan yang sesuai dengan cita rasa masing-masing.

Kerjasama bersama Mimi Lana turut mencerminkan komitmen Time Phoria dalam meneroka inovasi kecantikan yang menggabungkan fungsi, kreativiti dan kebebasan berekspresi. Berteraskan konsep kecantikan futuristik, jenama ini terus mengetengahkan produk yang dapat disesuaikan dengan keperluan kehidupan masa kini tanpa menetapkan satu definisi kecantikan yang seragam.
Bagi Time Phoria, kecantikan bukan sekadar tentang penampilan akhir, tetapi juga kebebasan untuk mengekspresikan diri melalui pilihan yang dirasakan paling sesuai. Menerusi Fixion All Day Perfection Skin Tint Stick, rutin solekan asas diberi sentuhan lebih praktikal agar pengguna dapat tampil yakin dengan gaya tersendiri.
Fixion All Day Perfection Skin Tint Stick kini boleh didapati di rangkaian Guardian dan Watsons seluruh negara, selain menerusi platform e-dagang Shopee dan Lazada Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti akaun Instagram rasmi @timephoriamy.
