CANTIK

KECANTIKAN MUSIM AW26-THE BEAUTY OF BEING IMPERFECT

Kulit tanpa cela, kening yang tepat, kontur yang tajam, bibir penuh dan rambut yang tidak pernah tersasar walau sehelai. Ini yang dimahukan oleh ramai wanita, supaya rasa sempurna kejadiannya.

AW26 datang dengan bahasa yang berbeza. Lebih lembut dan bebas .

Di pentas fesyen dunia, kecantikan musim luruh dan dingin tidak lagi terasa seperti sebuah wajah yang baru keluar dari studio makeup. Ia seolah-olah wajah seorang wanita yang telah hidup — ada warna pada pipinya, sedikit kabur pada matanya, tekstur pada kulitnya dan rambut yang tidak terlalu berusaha untuk dilihat sempurna.

Perhaps beauty has finally learned to breathe.

SKIN — LET IT LIVE

Kulit menjadi permulaan kepada cerita AW26. Bukan flawless skin, tetapi beautiful skin. Perbezaannya halus tetapi besar.

Foundation semakin ringan. Complexion lebih transparent. Glow tidak lagi semestinya datang daripada highlighter yang jelas, tetapi daripada kulit yang terhidrat, sihat dan dengan rehat yang cukup. Dan yang paling indah — tekstur kulit tidak perlu disembunyikan sepenuhnya.

Garis halus bukan musuh. Pori-pori  bukan kegagalan tetapi anda kehidupan tidak lagi sesuatu yang perlu dipadam. Untuk wanita matang, ini satu perkembangan yang sangat dialu-alukan.

Kerana kecantikan selepas 50, 60 atau 70 tidak seharusnya cuba dilihat seperti wajah berusia 25 tahun. Ia seharusnya seperti wajah yang terjaga, bercahaya dan penuh kehidupan.

Bukan pink yang terlalu manis, tetapi warna yang lebih dalam dan romantik — cranberry, raspberry, berry, muted rose dan plum.

Blusher diletakkan lebih tinggi pada pipi, kadang-kadang melebar sedikit ke arah pelipis, memberikan wajah kesan seolah-olah baru berjalan di udara dingin. Ia bukan sekadar makeup. Ia adalah memory of winter.

Seperti pipi seorang wanita yang baru pulang dari Paris pada petang November.

THE EYES — LET THEM SMUDGE

Dan mata kembali mempunyai cerita.

Selepas beberapa musim clean girl beauty yang sangat minimal, AW26 memberikan ruang semula kepada eyeshadow, smoky grey, brown, charcoal dan soft black. Namun kali ini, jangan cari garisan yang terlalu sempurna.

The beauty is in the blur.

Eyeliner sedikit luntur. Eyeshadow tidak terlalu precise. Mata kelihatan seperti telah melalui satu malam yang panjang — sedikit misteri, sedikit sensual dan ada unsur melankolik.

It is not messy. It is lived-in.

Dan saya suka perkataan itu untuk AW26: LIVED-IN BEAUTY.

Kecantikan yang tidak kelihatan baru dibuat.

THE LIP — WINE, BERRY & A LITTLE MYSTERY

Jika mata memilih untuk diam, bibir boleh bercakap.

Burgundy, wine, deep cherry, plum dan brown-red menjadi warna yang sangat cantik untuk musim ini. Tetapi sekali lagi, jangan terlalu sempurna. Ada bibir yang blurred di tepi. Ada yang kelihatan seperti warna tinggal selepas beberapa jam. Ada yang hampir seperti seseorang baru sahaja minum segelas jus berry.

Itulah keindahan AW26.

The lipstick does not have to announce itself. Ia hanya perlu meninggalkan kesan.

THE EYES — LET THEM SMUDGE

Dan mata kembali mempunyai cerita. Selepas beberapa musim clean girl beauty yang sangat minimal, AW26 memberikan ruang semula kepada eyeshadow, smoky grey, brown, charcoal dan soft black.

Tetapi kali ini, jangan cari garisan yang terlalu sempurna.

The beauty is in the blur. Eyeliner sedikit luntur. Eyeshadow tidak terlalu precise. Mata seperti telah melalui satu malam yang panjang — sedikit misteri, sedikit sensual, sedikit melankolik.

It is not messy. It is lived-in.

Dan saya suka perkataan itu untuk AW26:

AND THEN… GOLD

Tetapi AW26 tidak hanya mahu kita menjadi natural. Di sisi lain, ada dunia yang lebih mewah dan theatrical.

Gold. Metallic. Gilded. Sparkling.

Di pentas couture, kecantikan berubah menjadi barang kemas. Mata disalut kilauan emas. Bulu mata menjadi perhiasan. Rambut mendapat sentuhan metalik. Wajah seolah-olah keluar daripada sebuah lukisan couture.

Ini sisi AW26 yang lain: Beauty as fantasy.

Dan di sinilah kita boleh melihat kontras yang sangat menarik.

The imperfect woman by day.
 The gilded woman by night.

HAIR — POLISHED, BUT NEVER HARD

Untuk rambut pula, AW26 tidak mahu sesuatu yang terlalu complicated.

Glossy. Sleek. Fluid.

Low ponytails, buns, French twists dan rambut yang disisir ke belakang kembali mendapat tempat. Tetapi rambut itu harus dilihat sihat, bukan sekadar heavily styled.

Dan ada satu trend yang sangat menarik — the no-part hair. Ya, tiada belahan yang jelas. Rambut disisir ke belakang, membentuk kepala dan wajah seperti sebuah sculpture.

Ia memberi satu aura yang sangat kuat: I know who I am. I don’t need the parting to tell you.

NAILS — QUIET LUXURY, DARKER MOOD

Dan kuku juga berubah mood. Tidak panjang dan tidak semestinya penuh hiasan. Sebaliknya, kuku pendek dan kemas dalam warna deep cherry, chocolate, emerald, navy, khaki dan  milky white terasa lebih moden. Ia seperti barang kemas yang tidak meminta perhatian.

Quiet, immaculate, expensive-looking.

THE NEW BEAUTY CODE

Mungkin inilah perkara paling menarik tentang AW26. Selepas bertahun-tahun kecantikan menjadi satu bentuk perfection, musim ini ia kembali menjadi satu bentuk expression.

Wanita tidak perlu lagi dilihat sama.

Tidak perlu satu bentuk kening.
 Tidak perlu satu bentuk bibir.
 Tidak perlu satu bentuk wajah.
 Tidak perlu kelihatan 20 tahun lebih muda.

Yang penting ialah presence. Kerana kecantikan yang sebenar mungkin bukan apabila seseorang masuk ke bilik dan semua orang berkata,

“Cantiknya makeup dia.” Tetapi apabila seseorang masuk dan kita tertanya:

“What is it about her?”

Mungkin itu yang sedang cuba diberitahu oleh AW26.

Beauty is not perfection.
 Beauty is character.

Dan selepas bertahun-tahun cuba menghapuskan segala tanda usia, kita akhirnya belajar sesuatu yang lebih indah: The face does not have to look untouched. It only has to look alive.

Itulah Beauty AW26.
 Less perfect. More personal. And infinitely more beautiful.

Related posts

SHISEIDO EUDERMINE ACTIVATING ESSENCE TERBARU

adminwm

Putryana – Malaysia’s Premium Skincare Brand

adminwm

Syampu dan Krim Perapi Safi Shayla Supa untuk Shaylanista!

Shaufik Yunus

Leave a Comment