FESYEN

Antara Benang & Waktu; Selamat Jalan Giorgio Armani

Tanggal 4 September 2025, dunia fesyen dunia bagaikan berkabung dan diseliputi awan mendung apabila mendapat perkhabaran kematian lagenda fesyen, Giorgio Armani di Milan, Itali. Mendiang dilaporkan meninggal dalam keadaan tenang dengan dikelilingi insan-insan tersayang.

Sedikit pengenalan ringkas mengenainya, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Milan, sebelum mengambil keputusan berhenti selepas dua tahun untuk menyertai tentera. Kemudian, mendiang bekerja sebagai windor dresser  di La Rinascente dan menjadi pereka di Nino Cerruti sebelum memulakan label sendiri. Pada tahun 1975, mendiang bersama Sergio Galeotti membangunkan jenama Giorgio Armani.

Giorgio Armani bukan sekadar pereka—beliau adalah ikon fesyen yang membentuk semula estetika formal dan feminin, memastikan fesyen kekal relevan, elegan, dan penuh integriti. Gaya minimalisnya menjadi tanda kemewahan global, dan empayarnya membuktikan bahawa kreativiti dan autonomi boleh berjalan beriringan. Warisannya kekal abadi dalam setiap potongan, setiap potret karpet merah, dan dalam hati mereka yang diberi inspirasi oleh kerja dan keperibadiannya.

Sehingga pada hari terakhirnya, mendiang kekal sebagai CEO, pereka kreatif dan pemegang saham tunggal – menjadikan jenamanya antara yang paling bebas dan memiliki pengawalan penuh dalam industri fesyen. Inilah yang dikatakan perjuangan hingga ke hembusan nafas terakhir!

Sumbangan Besar kepada Dunia Fesyen

1. Revolusi “Power Suit” & Belaian Elegan – mendianglah yang bertanggungjawab memperkenalkan jaket tanpa struktur tegar (deconstructed jacket) — lembut, siap pakai, dan elegan, yang memperbaharui fesyen lelaki dan memberi kebebasan kepada wanita dengan “power suit” yang memberi keyakinan dan kuasa. Mendiang juga memperkenalkan gaya minimalis dengan warna neutral dan potongan bersih yang menonjolkan quiet luxury.

2. Pengaruh Hollywood & Karpet Merah – rekaannya mula popular selepas digayakan Richard Gere dalam filem American Gigolo (1980) serta dalam siri Miami Vice. Rentetan itu telah melonjakkan jenamanya kepada status global. Rekaannya juga kerap digayakan secara konsisten oleh bintang seperti Cate Blanchett, Beyoncé, Princess Diana, Lady Gaga dan ramai lagi di karpet merah Hollywood.

3. Empayar Gaya Hidup Global- Giorgio Armani mewujudkan pelbagai jenama seperti Armani Privé (haute couture), Emporio Armani, Armani Exchange, serta diperluas ke produk wangian, kosmetik, barang rumah (Armani/Casa), kafe dan hotel Armani. Lebih hebat lagi, turut membuka muzium “Armani/Silos” di Milan untuk menyimpan dan mempamerkan warisannya kepada generasi akan datang.

4. Pengekalan Independensi & Integriti – jenama yang kekal sebagai syarikat milik penuh dan tidak dimiliki oleh syarikat konglomerat besar, sekaligus mengekalkan visi kreatifnya sendiri. Sentiasa terlibat secara langsung dalam operasi harian jenamanya, tidak meremehkan setiap perincian atau keputusan penting.

5. Legasi Peribadi & Penghargaan – dihormati bukan sahaja sebagai pereka tetapi juga sebagai tokoh hangat, dianggap seperti ‘bapa’ oleh pekerjanya. Juga menjadi tokoh pujaan artis dan pekerja fesyen, dengan sifat rendah diri walaupun bergelar legenda. Kata-katanya yang sangat terkenal: “My vision was clear: I believed in getting rid of the artifice of clothing. I believed in neutral colors.” Banyak menerima penghargaan sepanjang hayat, termasuk penghargaan “Outstanding Achievement Award” dalam Fashion Awards 2019.

Related posts

Raya Éclat 2026: Menyulam Keanggunan dalam Setiap Helaian

Afiza Kamarulzaman

Riviera Raya Lebaran Collection 2024 – Combining Mediterranean Elegance with Raya Celebrations

adminwm

KOLEKSI MUSIM LURUH/SEJUK 2024 CARLO RINO

adminwm

Leave a Comment